pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, November 21, 2012

( Patut Baca ) Panas !!! Lagi Pendedahan KUIN Bakal Musnah Di Tangan Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS Kedah #tukarkedah



Mengapa kita perlu menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dari di musnahkan oleh tangan-tangan kotor dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang di tadbir Pakatan Haram.

Untuk pengetahuan anda, KUIN bakal di beli oleh sebuah syarikat swasta yang berpengkalan di Instanbul, Turki setelah syarikat terbabit mengetahui KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang meruncing.

Surat di bawah ini adalah bukti salinan email yang telah di hantar syarikat dari Instabul, Turki kepada Prof Dato' Jamil Osman, REKTOR KUIN kesayangan Azizan Razak yang mahu membeli KUIN dengan pegangan saham 90% dalam KUIN dan Kerajaan Negeri hanya memiliki baki dari 90% saham yang di miliki syarikat dari Instabul, Turki.




Dalam emel itu, jelas ada komplot yang mahu memperdagangkan KUIN yang menjadi aset kebanggaan Kerajaan Negeri dan rakyat Kedah sebelum ini.

Melalui emel ni jugak kita dapat tengok seorang yang bernama Shaya'a Othman telah menyatakan dia ada memasukkan sebanyak RM200,000 sebagai sumbangan pendahuluan dari Caprice Group yang berpengkalan di Turki.

Siapakah Shaya'a Othman? Dia adalah bekas CEO Insaniah Holdings yang kini bekerja di Caprice Group di Istanbul, Turki. 

Di dalam emel itu apakah niat Caprice Group melalui Shaya'a "menderma" sebanyak RM1 juta untuk membina sebuah masjid baru untuk Insaniah? Baik hati sangat sampai "menderma" sebanyak RM1 juta?

Mula-mula dia serahkan RM200,000 dan akan masukkan lagi duit dalam akaun Insaniah sebanyak RM100,000 sampai cukup RM1 juta, itu katanya. Apa tujuan "derma" tu? "Derma" atau "RASUAH" sebenarnya?

Jawapannya terjawab di akhir perenggan emel tersebut yang menyatakan bahawa...

"Saya faham KUIN sedang menghadapi masalah kewangan dan jika Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk menjual KUIN maka syarikatnya boleh mempertimbangkan untuk mengambil alih pegangan saham universiti itu sebanyak 90% dan menawarkan agar semua pihak pengurusan universiti itu dikekalkan di dalam kumpulan syarikat itu.

"Kami juga akan membuka cawangan (KUIN) di Turki serta merta"

Dari itu, kita faham bahawa Shaya'a cuba "memancing" untuk membeli KUIN dari Kerajaan Negeri Kedah dan mengambil alih sebanyak 90%. Jadi, aku boleh menyifatkan derma berjumlah RM1 juta itu adalah bertujuang untuk "merasuah" pengurusan tertinggi KUIN untuk menjual KUIN padanya.

Siapa pengurusan tertinggi KUIN kalau bukan Azizan Razak, Jamil dan konco-konconya? 

Penat-penat Kerajaan BN bina dan tubuhkan KUIN, tapi dalam masa 4 tahun PAS memerintah saja KUIN sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing sehingga datang syarikat luar yang "simpati" dan mahu membeli universiti berpotensi tinggi tu..!!!

Majlis Perpisahan Tn Hj. Shaya'a sebagai CEO Insaniah Holdings dan kini dia nak beli pulak KUIN sekali dengan Azizan Razak dan Jamil..???!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog