pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, November 21, 2012

Panas !!! Artis Terkenal Beri Penjelasan Isu Murtad Nik Aziz



Azhar Sulaiman

Artis beri penjelasan isu murtad

Shah Alam -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.- Sinar



Pisau Kedah :-

Pisau Kedah menyokong penuh tindakan yang di lakukan Azhar Sulaiman, sebagai seorang yang beragama Islam dan menjadi ahli UMNO, Azhar Sulaiman ada hak ke atas dirinya mempertikai tindakan Nik Aziz mengatakan UMNO Murtad.

Membuat tuduhan murtad bukan satu perkara yang boleh di pandang remeh kerana ianya membabitkan maruah diri seorang  yang beragama Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog