pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, November 25, 2012

Terpanas !!! Jom Kita Tengok Azizan Razak Terkantoi Menipu Dalam Bajet Kedah 2013


Sekiranya di lihat dalam bajet 2013 Kerajaan Negeri Kedah memang boleh di katakan bajet hebat, tapi hakikat hanyalah satu bajet yang hampeh, bajet yang boleh di katakan bajet syoq sendiri.

Pada sidang Dun baru-baru ini, Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS telah membentangkan Bajet Kerajaan Negeri Kedah yang bernilai RM 1.1 Billon meski pun Kerajaan Negeri mensasarkan pertumbuhan pendapatan pada 2013 kira-kira sebanyak RM 640 Juta.

Dari Bajet 2013 yang di bentangkan Azizan Razak, Kerajaan Negeri mejangkakan hasil pendapatan akan meningkat melalui hasil premium tanah dan keuntungan dari penjualan air kepada SADA serta kepada Pulau Pinang.


Selain itu, Kerajaan Negeri pentadbiran Azizan Razak juga menjangkakan keuntungan berlipat kali ganda juga akan di sumbangkan melalui syarikat-syarikat GLC Negeri Kedah termasuklah Bina Darulaman Berhad (BDB).

Melalui hasil pendapatan melalui premium tanah, Kerajaan Negeri menganggarkan pendapat yang tak logik akal akan di perolehi pada 2013 adalah sebanyak RM 150 Juta sedangkan hakikatnya sebelum-sebelum ini Kerajaan Negeri Kedah hanya mampu memperolehi purata pendapatan melalui premium tanah hanyalah RM 30 Juta sahaja. Ini bermakna ianya akan meningkat 4 kali ganda.( Satu anggaran pendapatan yang ternyata hanyalah anggaran syoq sendiri ) 

Dari hasil Air pula, menurut anggaran pendapatan Kerajaan Negeri dalam Bajet 2013 adalah sebanyak RM 40 Juta yang akan di jana melalui penjualan air kepada Pulau Pinang melalui kajian semula tarif penjualan air Kedah kepada Pulau Pinang dan di katakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah bersetuju dengan kajian semula tarif penjualan air.

Di sebalik kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinag sudah bersetuju dengan kajian semula tarif penjualan air, akhirnya kenyataan itu memerangkap Azizan Razak apabila Lim Guan Eng dalam kenyataan Akhbar menafikan pernah bersetuju dengan kajian tersebut.



GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan pernah bersetuju untuk membuat pembayaran bagi pembelian air mentah dari Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan mengenai Bajet 2013 yang menyatakan akan mendapat anggaran pendapatan kira-kira RM40 juta dari pembelian air.


Guan Eng berkata, tidak ada mana-mana pegawai atau Exco Kedah yang berjumpanya bagi membincangkan isu pembayaran air dan tiada sebarang dokumen hitam putih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri berhubung perkara itu.


"Tidak dinafikan ada seorang pegawai dari Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa dan Ahli Lembaga Pengarah PBAPP, Mohamad Sabu namun tiada sebarang keputusan dibuat.


"Jadi saya tidak faham bagaimana Kedah boleh cakap mereka akan mendapat pendapatan RM40 juta sedangkan tiada sebarang surat mahupun pegawai PBAPP yang bersetuju untuk membayar," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Guan Eng berkata, jika Kerajaan Negeri bersetuju membayar pembelian air kepada Kedah, sudah pasti ia dimasukkan ke dalam Bajet 2013 Pulau Pinang yang diluluskan baru-baru ini.


Menurutnya, perkara ini timbul mungkin berpunca dari masalah dan kekeliruan di peringkat Kerajaan Kedah.


"Beliau (Azizan) pun bersetuju bahawa tiada langsung surat yang mengatakan Kerajaan Pulau Pinang bersetuju membuat bayaran.


"Mereka membuat anggaran yang langsung tak wujud," katanya.


Sebelum ini pada pembentangan Bajet 2013 Kedah, Azizan berkata pendapatan Kerajaan Negeri itu akan meningkat pada tahun depan apabila Pulau Pinang mula membayar caj bekalan air mentah yang mengalir dari sungai negeri itu.


Sinarharian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog