pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, November 23, 2012

Terpanas !!! PAS Kedah Hilang Teloq Dalam Sidang DUN Menjawap Pertanyaan Pembangkang


Semalam berlangsung perbahasan mengenai bajet negeri Kedah. Tak banyak aktiviti menarik yang menarik perhatian Team Media Kedah. Banyak yang membosankan, namun pukulan Tok Det keatas pentadbiran Pas Kedah memang best dan menarik!

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Tok Det) mempertikaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh KUIN (Kolej Universiti Insaniah) mempunyai banyak program dan kursus, tetapi tiada pelajar! Malah KUIN baru-baru ini disaman oleh seorang kontraktor kerana gagal membayar hasil kerjanya.

Malah KUIN juga mempunyai banyak penyelewengan dalam pentadbirannya!!

Sebelum berkuasa, PAS Kedah bukan main lagi bercakap tentang penyelewengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Tok Det) yang akan membolehkan para pengikut bersorak apabila Tok Det diseret ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil, bahkan para pemimpin PAS masih lagi meneruskan ceramah tuding jari mereka seperti yang dilakukan sewaktu mereka masih jadi pembangkang di Kedah.

Menurut Tok Det, beliau tidak gentar malah mengalu-alukan sebarang siasatan dibuat terhadap diri beliau berhubung penyelewengan sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.

Cabaran tersebut Tok Det buat semasa membahas bajet Kedah 2013.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk negeri Kedah, menyebabkan PAS Kedah tersentak. Walaupun selama ini, mereka telah mendidik ahli-ahli PAS agar tidak membaca apa-apa maklumat, melainkan hanya daripada Harakah dan Roketkini serta Keadilan Daily, namun bagi ahli-ahli yang berotak, mereka mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Hasilnya, Laporan tersebut dibaca dan segala macam keburukan dalam pentadbiran negeri telah dikesan.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS Kedah segera menuding jari dan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu dengan mengeluarkan senarai kegagalan projek di bawah pentadbirannya.

Bagaimanapun, apabila diamat-amati dan diteliti, kegagalan tersebut hanyalah disebabkan oleh masalah prosedur bukannya disebabkan penyelewengan.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, Tok Det turut membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang antara lain menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Secara tidak langsung, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyaksikan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh PAS Kedah.

Turut disentuh oleh Tok Det ialah cadangan kerajaan negeri yang mahu membuka ladang buah-buahan di Genting Bunga berhampiran Tasik Pedu yang merupakan kawasan tadahan air. Keseluruhan kawasan hutan simpan tersebut adalah 500 hektar, tetapi sehingga setakat ini, sudah 400 hektar hutan simpan tersebut telah ditebang.

Sekaligus menimbulkan keraguan sama ada memang wujud ladang buah-buahan sebagaimana yang didakwa atau ia sekadar alasan untuk menutup motif sebenar iaitu menebang balak, memandangkan dalam apa-apa projek sekalipun, ia akan dilakukan secara beransur-ansur apatah lagi memandangkan tapak projek tersebut berada terlalu hampir dengan empangan.

Dalam perbahasan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga merupakan ADUN Bakar Bata, turut mengecam tindakan PAS yang bermusuh dan mencari masalah dengan KCS sehingga mengadakan demonstrasi mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri meletakkan jawatan, sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku.

Ini adalah kerana KCS yang pentadbiran kerajaan negeri yang sama sama ada ketika di bawah Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Tindakan bermusuh dengan KCS dilihat sebagai usaha terakhir PAS untuk melindungi ketidakmampuan mereka menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Kedah dengan mengalihkan tumpuan kepada KCS yang telah wujud di Kedah lebih dari 100 tahun.

Datuk Tajuddin (BN-Belantik) pula mempersoalkan kepada jabatan agama Islam negeri Kedah, kenapa aktiviti salahguna masjid dibiarkan. Masjid bukannya tempat berpolitik! Malah ada sesetengah imam masjid yang berlambang hijau, mengunakan khutbah Jumaat sebagai tempat berceramah politik.

Soalan Datuk Tajuddin dijawab oleh Taulan Rasul, Exco Agama Kedah (Pas-Tokai), beliau mengatakan, ceramah politik dalam masjid dan semasa khutbah Jumaat tak salah, dan sah. Janji rukunnya sah dan dipenuhi!

Taulan juga mengakui bahawa, kerajaan negeri tidak pernah membina sebarang masjid di Kedah selama 5 tahun mereka memerintah.

Sementara itu, Datuk Nawawi Ahmad (BN-Kuah) berkata, belanjawan yang dibentangkan pada Selasa dengan jangkaan hasil RM640 juta manakala perbelanjaan RM1.1 bilion menunjukkan defisit hampir 72 peratus.

"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Datuk Nawawi.

Betul lah apa yang dikatakan oleh Datuk Nawawi, sememangnya tiada kemajuan di Kedah buat masa sekarang. Apa yang kerajaan negeri buat hanyalah, membalak dan mengaut hasil bumi dengan sewenang-wenangnya.

Wang hasil bumi tersebut, dibelanjakan untuk markas Pas dan projek mengkayakan kroni. Biar projek tu lingkup, janji duit masuk poket mereka.- Kedah Ke Kl


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog