pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, November 12, 2012

Panas !!! Azizan Razak Mendedahkan Kelemahan PAS

ALOR SETAR: Desakan supaya pemimpin PAS kembali ke tujuan asal datang daripada suara minoriti dan pihak yang tiada 'locus standi', kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit dalam wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas telah dipecat dan merupakan bekasanggota parti itu.

"Itu pandangan minoriti yang tiada locus standi... majoriti sokong apa yang dibuat kepimpinan parti, kita pun tak nampak apa yang tak baik.

"Lagipun hampir semua pemimpin dalam PAS masih lagi di kalangan ulamak, tidak ada masalah siapa pun jadi pemimpin, asalkan mereka memperjuangkan Islam,"katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau mengulas laporan berhubung wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' yang meluluskan 11 resolusi mendesak kepimpinan parti itu mengembalikan semula dasar perjuangan asalnya.

Resolusi itu menyentuh corak segelintir pemimpin PAS yang didakwa tidak mencerminkan Islam, selain menggesa parti bekerjasama dengan Umno, bukannya DAP,demi kepentingan agama.

Mengulas kerjasama dengan DAP, Azizan berkata politik masa kini memerlukan strategi dan hubungan dua hala.

"Dulu bila politik tertutu (sebelum bekerjasama dengan DAP), mereka kata PAS tak faham masyarakat majmuk, dan sekarang bila terbuka, mereka kata terbabas pula, tapi itu hak mereka la nak kata apa pun," katanya. BERNAMA




Pisau Kedah.

Azizan Razak cuba sembunyikan fakta yang sebenar terjadi di dalam parti PAS sekarang, di mana pemimpin-pemimpin atasan bukannya dari golongan ulama yang lantang mempertahankan maruah Islam.

Setelah allahyarham Ustaz Fadzir Noor meninggalkan perjuangan PAS, keadaan PAS sudah menjadi celaru sehinggakan dasar perjuangan PAS memperjuangkan Negara Islam terpaksa di gugurkan demi menjaga hati DAP.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog