pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, November 24, 2012

Panas !! Blogger Ternakan PAS Kedah Kini Kecut Teloq Setelah Kantoi Mengfitnah

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Sebelum ini Blogger pencacai PAS Kedah yang di ternak oleh Ketua Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Zulkifli Yahya dan termasuk Setiausaha Politik Azizan Razak, Sanusi Md Nor sering menuduh bekas Menteri Besar Kedah yang kini menjadi ketua pembangkang di Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid terbabit dengan penyelewengan syarikat-syarikat GLC Kedah.

Setelah Kerajaan Negeri Kedah berpindah kepada pentadbiran Pakatan Haram sejak PRU 12 , sehingga kini setelah 4 tahun memegang tampok pentadbiran Kedah, Kerajaan Negeri pentadbiran Pakatan Haram tidak pernah membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai bukti penyelewengan yang telah di lakukan Dato' Seri Mahdzir Khalid.

Apa yang dapat di lihat, tindakan Blogger pencaci PAS Kedah menimbulkan fitnah terhadap Dato' Seri Mahdzir Khalid adalah bertujuan menutup kegagalan mereka di dalam mentadbir Kedah setelah Audit Kedah baru-baru ini mendedahkan kerugian di sebabkan kelemahan pentadbiran Negeri.

Pada Sidang Dun yang di adakan baru-baru ini, Dato' Seri Mahdzir Khalid mencabar pihak Pakatan Haram di dalam Sidang Dun supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa di atas tuduhan penyelewengan duit syarikat-syarikat GLC Kedah.

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada sebarang penyelewengan ketika beliau memegang jawatan itu.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.

Ketua Pembangkang Dun itu meminta kerajaan negeri sekarang supaya tidak menyalahkan pihak lain termasuk kerajaan negeri sebelum ini, terhadap kegagalan mereka, tetapi gagal membuktikan berlakunya penyelewengan.

Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, kerajaan negeri sekarang mengeluarkan senarai kegagalan projek kerajaan dahulu tetapi jika dilihat, kegagalan itu hanya disebabkan masalah prosedur tetapi tiada yang disebabkan oleh penyelewengan.

“Boleh bawa kes-kes ketika saya menjadi Menteri Besar kepada SPRM dan pihak berkuasa. Apa yang berlaku (kerajaan negeri sekarang) apabila nak 'defence' (pertahan) diri bubuh (salahkan) orang lain,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah ketika menjawab soalan Abdullah Jusoh (PAS-Pantai Merdeka), menyenaraikan projek kerajaan negeri sewaktu di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang berhadapan dengan masalah.

Sementara itu, Mahdzir dalam perbahasannya turut membangkitkan mengenai Belanjawan Negeri 2013 yang antara lain kerajaan negeri menyasarkan kutipan premium tanah yang dianggarkan RM150 juta tahun depan.

“Ini terlalu tinggi... jika dilihat sejak 2007, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Jadi kerajaan negeri kena beri penjelasan bagaimanapun kutipan RM150 juta itu boleh dicapai begitu tinggi kerana ia akan memberi kesan kepada belanjawan negeri,” katanya.

Mahdzir turut membangkitkan kebimbangannya tentang cadangan kerajaan negeri mahu membuka ladang buah-buahan di Genting Bunga berhampiran Tasik Pedu, yang merupakan kawasan tadahan.- Sinar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog