pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, November 22, 2012

Tu Dia !!! PAS Dan PKR Perang Dingin Di Sebabkan Jawatan Perdana Menteri


Sepertimana yang dijangka oleh para pemerhati politik, semakin dekat dengan PRU, semakin kelam kabut Pakatan Haram jadinya. Sebelum ini semua pihak di dalam Pakatan Haram menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri serta mengiakan saja apabila Buku Jingga mengambil-alih hudud atau Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam. 

Berbagai-bagai kenyataan dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Haram untuk menjustifikasikan keputusan yang diambil secara ‘sepakat’ ini.

Malangnya, PR bukan sebuah parti yang wujud atas satu pendirian yang sama. Setiap dari parti sekutu PR berdiri atas pentasnya sendiri, dengan setiap pemimpin tertingginya mengimpikan singgahsana masing-masing. Penyokong masing-masing pula berpegang kepada keyakinan bahawa parti merekalah yang lebih kuat, yakni mendominasi Pakatan Rakyat.

Pengundi Cina percaya bahawa DAP menguasai PAS dan hanya kerana itu mereka berani memberi sokongan kepada DAP.

Penyokong PAS pula berusaha memaksa diri untuk percaya yang DAP tidak akan menguasai PAS dan PAS juga tidak mudah dikuasai kerana itu mereka terus menyokong PAS. Lagipun, mereka gusar tidak dapat masuk syurga jika tidak menyokong PAS.

Manakala, penyokong PKR pula percaya yang kedua-dua DAP dan PAS pasti tunduk kepada Manusia Hebat Luarbiasa Anugerah Tuhan, iaitu Anwar Ibrahim dan kerana itu mereka terus mengabdikan diri kepadanya dengan harapan agar mendapat satu dua projek atau sebijik dua Ferrari bila beliau menjadi PM nanti.

Justeru, untuk sementara, PR berada dalam tenang dan stabil bersandarkan senario di atas. Namun, segala-galanya kini berubah selepas Muktamar ke-58 PAS.

Muktamar tersebut mendedahkan bahawa penyokong-penyokong PAS telah tersedar yang DAP menguasai pemimpin mereka dari luar dan PKR pula telah menguasai mereka dengan cara menyelinap terus ke atas. Lalu, pemberontakan dalaman dan tekanan untuk melihat PAS menguasai diri dan juga PR, mula terserlah. Ini diterjemahkan dengan melonjakkan nama Hadi Awang sebagai PM sekali gus menolak Anwar Ibrahim.

Kesemua pemimpin PR cuba meremehkan tindakan akar umbi PAS sebagai sebuah impian atau harapan semata-mata dan tidak semestinya diambil-kira. Maka, berguraulah Mat Sabu konon sekiranya kedua-dua Hadi dan Anwar kalah maka beliau juga boleh jadi PM. Tidak mustahil Mahfudz Omar juga ada memasang angan-angan untuk menjadi PM berdasarkan senyum simpulnya ketika kelu ditanya pemberita mengenai siapa yang disokongnya sebagai PM.

Malah, saranan Tun Mahathir bahawa Karpal Singh yang paling layak juga tidak wajar diketepikan begitu saja. Karpal sudah lama berjuang dan cukup konsisten dalam menyatakan pandangan terutama dalam menolak hudud dan Negara Islam. Cuma satu saja yang Karpal tidak konsisten iaitu dahulunya beliau menghentam Anwar tetapi kini beliau pula yang membela dan menjulang Anwar.

Namun, jangan lupa, jika Karpal dianggap layak, maka apa kurangnya Lim Kit Siang? Bukankah beliau lebih layak sebagai PM di negara bermasyarakat majmuk ini kerana beliau telah berpengalaman secara langsung dalam ‘menangani’ masalah perkauman ketika tragedi 13 Mei.

Dan jangan kita lupa juga pada Nik Aziz yang dianggap wali keramat serta berhak menghukum manusia lain dengan hukum Allah SWT. Lagipun, bukankah hanya Ulama saja yang layak memerintah, bak kata orang PAS? .. err..suatu ketika dahululah..

Rata-rata pemimpin PR nampaknya mengelak untuk mengecam saranan akar umbi PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. Malah, Anwar sendiri mengelak untuk memperbesarkannya. Mungkin Anwar yakin yang tidak mungkin PAS mampu mengenepikannya bagi jawatan tersebut. Mungkin juga DAP yakin yang siapapun menjadi PM, mereka tetap akan menjadi dalang di belakangnya. Justeru, masing-masing hanya memberi komen umum tanpa kepastian yang tuntas tentang siapakah bakal PM jika PR menang PRU.

Dengan mengambil sikap mengelak dan membisu atau memberi respon umum, maka PR meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam keadaan berharap sementara pengundi atas pagar pula dibiarkan dalam keadaan keliru dan kabur. Seolah-olah jawatan PM bukan sesuatu yang penting dan boleh dibincangkan semula selepas menang nanti.

Sedangkan, jawatan PM adalah tonggak utama bagi meletakkan keyakinan rakyat kepada PR. Dari jawatan itu, barulah dapat dibayangkan ‘rupa paras’ kabinet PR dengan lebih jelas, serta hala tuju negara di bawah pemerintahan mereka.

Ini kerana, jika PMnya Anwar, maka Malaysia akan dibawa ke arah liberalisme, jika Kit Siang atau Karpal maka Malaysian Malaysialah jadinya dan jika Hadi Awang maka Malaysia akan menjadi negara Islam
konservatif.

Kita perlu ingat bahawa PR bukan seperti BN yang mana parti-parti komponennya berpegang kepada aspirasi yang sama, menjunjung perlembagaan dan kedaulatan Raja-raja. Pun begitu, jawatan PM bagi BN tetap penting, apatah lagi bagi PR yang caca-marba aspirasinya.

Dengan meremehkan isu jawatan PM, semakin terserlahlah sikap PR yang melihat politik sebagai perkara main-main iaitu sekadar satu perlumbaan merebut kuasa. Siapa yang paling bijak mengatur langkah, maka dialah yang berjaya. Hala tuju negara atau nasib rakyat adalah tiada kena mengena sama sekali dengan permainan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog