pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 9, 2012

Panas !!! Tok Azeez rempit buat hal lagi di Baling

Sebanyak 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerima sumbangan RM200 seorang daripada Yayasan Pembangunan Rakyat Baling (YPRB) di sini hari ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban pelajar terbabit untuk melakukan persiapan memasuki IPT masing-masing.

Katanya, ia sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada pelajar dari daerah ini yang akan atau sedang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di IPT tempatan dan luar negara.

"Kita mahu membantu anak-anak dari daerah ini yang memerlukan sumbangan tersebut. Walaupun sedikit jumlahnya, ia boleh meringankan sedikit sebanyak beban mereka," katanya selepas menyerahkan wang bantuan tersebut kepada pelajar terlibat di Dewan Masjid Tok Kaya Pulai dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah dan Ketua Puteri UMNO Baling, Suriati Che Mid.

Abdul Azeez berkata, pemberian wang sumbangan itu juga melibatkan pelajar-pelajar daripada kaum India, Siam dan Cina.

Beliau menambah, pihaknya sentiasa memberi penekanan terhadap bidang pendidikan di daerah ini dan pastinya fokus utama adalah untuk membawa perubahan besar kepada masyarakat di daerah ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pelajar terbabit supaya tidak terikut dengan rentak protes yang didalangi parti pembangkang bagi menggagalkan usaha kerajaan membawa pembangunan.

Katanya, para pelajar IPT tidak wajar terpengaruh dengan cubaan mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan mengelirukan mereka.

Abdul Azeez menegaskan, para pelajar perlu menghargai peluang belajar yang disediakan di menara gading dengan belajar bersungguh-sungguh dan menabur bakti kembali kepada masyarakat apabila tamat pengajian kelak.

Mengenai pelajar yang gagal mendapat bantuan hari ini, kata beliau, pihaknya masih membuka peluang kepada mereka untuk memperolehnya sehingga minggu depan

Utusan Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog