pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, July 7, 2012

Panas !!! Suaram di beri masa 7 hari kemukakan dokumen syarikat


KUALA LUMPUR - Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata satu notis mengenai arahan itu diserahkan semalam kepada setiausaha syarikat berkenaan dan juga melalui pos berdaftar, mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965.
Beliau berkata, notis itu mengarahkan Suara Inisiaif menyerahkan dokumen bersabit penubuhan Suaram dan penyata akaun kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Pemeriksaan rutin terhadap syarikat-syarikat adalah amalan biasa yang dilakukan oleh SSM. Semua syarikat termasuk milik kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertakluk kepada Akta Syarikat 1965," kata Ismail Sabri di sini hari ini ketika mengulas tentang status sebenar Suaram.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Franchise International Malaysia 2012 (FIM2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ismail Sabri berkata pada 2011, sebanyak 1.094 juta pemeriksaan rutin dilakukan ke atas syarikat-syarikat.
"Kalau satu juta syarikat yang SSM periksa tidak ada masalah, apa masalah dengan Suaram. Adakah mereka dianggap tidak boleh disentuh. Kalau tidak ada perkara yang hendak dilindungi, apa masalah Suaram sehingga tidak berpuas hati dengan pemeriksaan rutin itu," katanya.
Ahad lepas, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa Suaram tidak didaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi sebagai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2.
Beliau yang membuat pemeriksaan di SSM mendakwa jumlah pendapatan syarikat itu adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 (2010). - Bernama


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog