pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 13, 2012

Panas !!! Pendedahan di sebalik kanak-kanak di cabul di pusat penjagaan anak-anak yatim di bawah seliaan Kerajaan Negeri Kedah


Pernah Team Media Kedah dedahkan cerita bagaimana seorang anak yatim di cabul di sebuah pusat penjagaan anak yatim di Padang Terap Kedah oleh wardennya sebelumnya di sini.

Namun di sebalik kisah pusat penjagaan anak yatim ini ada kisah yang tersembunyi sehinggakan ianya terpaksa di tutup dari pengetahuan umum kerana ianya membabitkan Kerajaan Negeri.

Kisah yang di sembunyikan adalah kisah penyelewengan yang di buat pengurusan pusat penjagaan anak yatim tersebut membabitkan kewangan dan sumbangan orang ramai yang di buat ke atas nama pusat penjagaan anak yatim  tersebut dan dalang yang mendedahkan penyelewengan tersebut sedang di cari di percayai seorang gadis yang belajar di sebuat pusat pengajian setelah membuat pratikal di pusat penjagaan anak yatim berkenaan.

Semua sedia maklum, rakyat Malaysia tak kira parti poltik sangat pemurah dengan anak yatim. maka pusat penjagaan anak yatim tersebut juga menerima manfaat dari sikap rakyat Malaysia yang pemurah menderma. 

Selalunya pemberian penderma ini berupa wang ringgit atau barang keperluan harian untuk anak yatim, Namun ianya di seleweng oleh individu yang tidak bertanggungjawap dalam pusat penjagaan anak-anak yatim tersebut. Malahan pusat penjagaan anak-anak yatim tersebut tidak pernah di audit walau pun di bawah seliaan Kerajaan Negeri Kedah.

Untuk pengetahuan umum barangan keperluan yang di sumbangkan penderma di katakan akan di jual kembali kepada pihak tertentu dengn harga murah. 

Dari maklumat yang Team Media Kedah perolehi, pusat penjagaan anak-anak yatim tersebut kini di tutup untuk sementara waktu sejak hari Ahad yang lalu, dan anak yatim di arah pulang ke rumah saudara mara mereka yang terdekat.

Atas dasar apa pusat penjagaan terbabit di tutup tak dapat di ketahui, kerana ianya tidak di dedahkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog