pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, July 4, 2012

Nasib 28,000 Kuota Jemaah Haji Malaysia yang di berikan Arab Saudi bakal di ketahui selewat-lewatnya bulan puasa ini.


Kuota haji Malaysia bakal diketahui Ramadan ini


SHAH ALAM 3 Julai - Jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diketahui Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sudah berusaha secara positif bagi memastikan sekurang-kurangnya kuota sebelum ini seramai 28,000 jemaah, dikekalkan.

Kerajaan benar-benar berharap tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas tidak menjejaskan jumlah kuota jemaah haji Malaysia tahun ini, katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada "Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Musim Haji 1433H/2012" yang menjalani kursus pengukuhan selama empat hari mulai Ahad lepas di sini.

Jamil Khir berkata, kerajaan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi mengenai isu itu. - BERNAMA



Pisau Kedah :-

Bersama kita mendoakan agar Negara Arab Saudi tidak menyekat kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan tahun ini akibat kelakuan biadap BERSIH 3.0 mengadakan demonstrasi di Madinah dan Makkah.

Inilah yang di katakan " Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga". Kerana tidak puas hati segelintir penyokong PAS yang biadap, rakyat Malaysia terpaksa menanggung risikonya apabila terpaksa berhadapan dengan masalah kuota jemaah Haji Malaysia yang besar kemungkinan akan di sekat.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog