pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, July 14, 2012

10 Fakta menari tentang Kedah yang patut anda tahu



1. Merupakan negeri yang mempunyai kerajaan terawal di Malaysia (kerajaan Kedah Tua) bermula pada kurun pertama Masihi lagi. Namun secara umumnya, kerajaan Langkasuka ( asal kepada kesultanan Kedah hari ini) dikatakan dibina
pada kurun ke-2 Masihi.


2.Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu.

3. Tetapi pada kurun ke-11 ia berubah menjadi kerajaan Islam sepenuhnya. Kedah merupakan negeri pertama di Malaysia yang menerima kedatangan Islam, lebih awal
dari Terengganu (batu bersurat-kurun ke-14) dan Melaka kurun ke-15.

4. Kesultanan Kedah hari ini merupakan Kesultanan tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini (anda boleh melihat buktinya di Muzium Diraja Kedah di Alor Setar).
Menjadi Agung yang ke-14 untuk kali kedua

5.Kesultanan Kedah juga merupakan legasi monarki kedua tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini. Monarki pertama tertua di dunia adalah keluarga diraja Jepun.


6.  Dahulunya negeri Kedah juga terdiri daripada Pulau Pinang, Perlis dan sebahagian Thailand (Pattani). Jika dicampur kesemua ini, Kedah mungkin akan menjadi negeri ke-7 terbesar di Malaysia selepas Terengganu. Namun keluasan Kedah sekarang adalah dibelakang Terengganu (tempat ke-8).

7. Perdana Menteri pertama Malaysia berasal dari Kedah, iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memegang jawatan (selama 22 tahun) iaitu Tun Dr. Mahathir juga berasal dari Kedah.

8. Penduduk Kedah adalah ke-6 teramai di Malaysia.


9.Bangunan tertinggi di Kedah ialah Menara Alor Setar, yang juga merupakan menara telekomunikasi ke-21 tertinggi di dunia

10. Berikut merukakan trivia tentang negeri Kedah :
IBU NEGERIAlor Setar
PUSAT PENTADBIRANAnak Bukit
TARIKH HARI KEPUTERAAN SULTAN28 November 1927


KOORDINAT GEOGRAFI2 30 U, 112 30 T
IKLIM TAHUNAN2,390 (94.09)
JUMLAH HUJAN TAHUNAN2000mm ~ 2500mm
PUNCAK TERTINGGIGunung Jerai (1,217 m)
SUNGAI TERPANJANGSungai Muda
TASIK TERBESARTasik Pedu


DAERAH TERBESARSik (124,450 km persegi)
DAERAH TERKECILYan
KAWASAN PALING PADATAlor Setar (3,518.6/batu persegi (1,358.55/km²) )
PENANAMAN UTAMAPadi



Sumber :-Darulaman.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog