
Berkaitan tindakan Ops Bersih Aman 3.0, pihak Polis telah mengedarkan sebanyak (116) gambar-gambar kepada pihak media untuk meminta bantuan orang awam dan orang-orang tertentu agar tampil kehadapan bagi membantu siasatan. Pihak Polis telah menubuhkan ‘Task Force’ untuk membantu mengadakan operasi tertentu bagi mengesan mereka yang terlibat dan pihak Polis memberi peluang terakhir untuk mereka menyerah diri sebelum pihak Polis bertindak mencari mereka dari rumah ke rumah.
Pada hari ini sebanyak (25) gambar inidividu yang terbabit dalam Perhimpunan Bersih diedarkan untuk membantu siasatan dan pihak Polis menyeru mereka tampil kehadapan, sekiranya perlu boleh hadir bersama peguam untuk datang berjumpa agar pihak Polis dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Setakat jam 10.00 pagi hari ini pihak Polis telah menangkap seramai (12) individu yang telah menyerah diri dan masih ramai lagi yang perlu tampil bagi membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment