pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 9, 2012

Panas !!! Pendedahan PAS Kedah kerajaan Munafik di dalam menguruskan KUIN



Semalam Ketua Pembangkang Kedah ada membuat sidang media mengenai masalah yang telah menimpa KUIN. Salah satu IPTS kebanggaan kerajaan negeri. Malah Menteri Besar Kedah kini yang menjadi BOS besar dalam pentadbiran KUIN sekarang.

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan Kedah, kini berhadapan dengan krisis kewangan yang serius sekali gus memberi impak kepada kakitangan dan pensyarahnya.
 
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS dan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menguruskan kolej universiti tersebut dengan baik.


Bercakap pada sidang media, di sini hari ini, Mahdzir berkata ada kakitangan Kuin mendakwa potongan bulanan gaji mereka yang dibuat untuk bank, Pertubuhan Keselamatan Sosial, pemotongan zakat pendapatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak sampai kepada pihak terbabit.

"Buktinya ada di kalangan pensyarah kolej tersebut mendakwa pemotongan gaji dilakukan oleh pihak Kuin namun terkejut setelah menerima surat dari pihak bank kerana gagal membuat pembayaran sewa beli.

"Ini satu penganiayaan kepada kakitangan kolej tersebut oleh kerajaan negeri yang gagal untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik," katanya.

Mahdzir berkata Kuin juga menangguhkan skim pelarasan gaji 13 peratus untuk kakitanganya ke suatu tarikh yang tidak ditentukan.

Katanya Kuin yang hanya mempunyai dua sumber kewangan iaitu kerajaan negeri dan yuran pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin berhadapan masalah disebabkan pelaburan tidak menguntungkan.

Beliau berkata kerajaan negeri mewujudkan banyak anak syarikat milik Kuin seperti Insan Medic yang menguruskan fakulti perubatan yang menelan belanja yang banyak iaitu RM350,000 sebulan.

"Dalam sidang DUN baru-baru ini, Azizan telah beritahu akan mengambil 50 pelajar untuk menyertai kursus dalam bidang perubatan tersebut dan 45 pelajar telah ditawarkan.

"Setakat 2 Mei lepas, hanya lapan pelajar sahaja yang mengikuti kursus tersebut dan dua daripadanya telah membayar penuh yuran pengajian bagi satu semester," katanya.

Katanya dengan jumlah pelajar tersebut menyebabkan fakulti tersebut tidak dapat menampung kos pengurusannya dan terpaksa bergantung kepada kerajaan negeri untuk memperoleh sumber kewangan.

Beliau berkata Kuin juga menaikkan yuran pengajian kepada pelajarnya iaitu daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.

Katanya peningkatan yuran yang terlalu mendadak berkuat kuasa Julai tahun ini yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah Kuin itu akan membebankan pelajarnya yang rata-rata datang dari kawasan luar bandar.

Ini amat bertentangan dengan perjuangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN dan memberi pengajian percuma tetapi kerajaan PAS telah menaikkan yuran tersebut dan ia amat membebankan pelajarnya.

Mahdzir menggesa Menteri Besar Kedah supaya bertanggungjawab terhadap isu kewangan tersebut yang boleh mencalarkan imej kolej dan persepsi orang ramai terhadap kolej yang dibangunkan oleh kerajaan negeri sejak 1995.

Untuk membuktikan dakwaan Ketua Pembangkang Kedah itu benar, Mc sertakan salinan potongan dan surat bank yang menunjukkan surat amaran tertunggak.

Surat amaran bank pembayaran insuran yang tertunggak


Potongan telah dibuat oleh pihak KUIN namun di bank ia masih belum dijelaskan..


Satu lagi surat amaran yang diterima oleh kakitangan KUIN


Bukti transaksi bank yang menunjukkan ada potongan namun tidak disalurkan kepada bank.

Sebenarnya Team Media Kedah mempunyai pelbagai bukti lain yang boleh dipaparkan disini. Seperti potongan KWSP yang tertunggak dan dokumen lain. Semua ini membuktikan pentadbiran kewangan KUIN sekarang sangat bermasalah. 

Pada penganut Pas, atau penyokong Pakatan Haram yang mendakwa semua ini palsu, boleh mencabar Team Media Kedah untuk dedahkan lebih banyak dokumen KUIN. Lagi banyak kami dedah, lagi terlondeh la seluar Menteri Besar Kedah kelak.

Mentadbir sebuah IPTS pun Menteri Besar Kedah gagal, apatah lagi nak mentadbir sebuah negeri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog