pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, November 5, 2012

Cerita Artis !!! Azad Dan Eira Elakan Diripada Mengetahui Jantina Anak




Eira & Azad




KUALA LUMPUR – Pasangan artis, Azad Jasmin dan Eira Syazira tidak mahu mengetahui jantina anak sulung mereka walaupun ingin diberitahu oleh doktor yang merawat Eira.
Bagi Eira, dia mahu jantina anak mereka sebagai kejutan di saat dia melahirkan nanti.
Malah, dia juga tidak kisah menerima bayi perempuan atau lelaki sebagai cahaya mata pertama dalam keluarga mereka.
Bagi menyambut kelahiran bayi mereka, Eira dan Azad akan membeli pakaian dan barangan bayi yang boleh dipakai oleh perempuan dan lelaki memandangkan mereka tidak tahu jantina lagi.
“Doktor ada tanya hendak tengok jantina atau tidak semasa buat imbasan tetapi saya dan Azad sepakat untuk jadikan ia sebagai kejutan kelak,” kata Eira seperti dalam laporan Kosmo Online.
Sejak mengandung, berat Eira telah naik secara mendadak iaitu tiga kali ganda dari berat asalnya.
Namun, Eira tidak kisah dengan pertambahan berat badannya dari 45 kilogram ke 67 kilogram kerana ingin memastikan kandungannya menerima zat dan vitamin yang secukupnya.
Eira juga faham pertambahan berat badannya disebabkan air dan angin yang banyak di dalam badannya.
“Saya tidak makan banyak sangat pun masa mengandung, tetapi mak dan mak mentua saya cakap badan saya banyak angin dan air sebab itu nampak macam kena pam,” katanya.
Untuk memastikan dia dapat menjalankan tugasnya sebagai pelakon semula, Eira telah menanam azam yang tinggi untuk menjalani diet yang sihat sepanjang tempoh 44 hari berpantang.
Justeru, dia tidak akan menerima sebarang tawaran berlakon atau sesi fotografi sekiranya tidak mencapai berat sasarannya.
“Saya ingat dalam pantang nanti hanya mahu makan nasi sekali sehari sahaja dan banyak minum air halia. Nasi memang kena makan juga untuk membolehkan saya menyusu badan nanti.
“Saya tidak akan adakan sesi fotografi dengan mana-mana syarikat media selagi saya tidak kurus selepas bersalin nanti. Kalau saya tolak pelawaan fotografi, itu maknanya saya tidak kurus lagilah,” beritahu Eira.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog