pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 2, 2012

Ulama-ulama PAS,Ustaz-ustaz PAS di cabar menjawap persoalan ini.jangan biarkan Islam di persendakan Anwar Ibrahim!!!




Anwar Ibrahim dikata berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. Mereka berkumpul di situ bersama beberapa pemimpin PR lain. Apabila masuk waktu zohor, mereka ini dikatakan tidak masuk dalam masjid untuk solat berjemaah bersama orang ramai tetapi solat hanya di perkarangan masjid itu sahaja.

Soalnya:

1. Apakah dia terikut dengan perpecahan yang pernah berlaku dulu – kerana tidak mahu ikut imam kerajaan?

2. Apakah masa terlalu suntuk kerana sudah hendak mula Bersih? Kalau solat di dalam masjid nanti lambat. Imam baca surah panjang. Wirid lagi.

3. Apakah dia tidak larat kerana keuzurannya hendak berjalan jauh ke dalam masjid turun naik tangga? Maklumlah masih sakit belakang.

4. Apakah beliau malas nak buka kasut atau bimbang kasut beliau hilang bila tanggal kasut untuk solat di dalam masjid? Solat di luar masjid boleh solat sambil pakai kasut!

dan banyak lagi persolan dan kemungkinan lain.

Namun, apa pun sebabnya beliau tidak mahu solat dalam masjid itu terserahlah kepada dia dan “ahli jemaahnya”.

Yang peliknya ialah apabila dia solat di luar perkarangan masjid mereka solat beramai-ramai macam solat berjemaah tapi mereka solat sendiri-sendiri! Atau IB yang salah? Tolong betulkan.

Lihat gambar-gambar dari minag-jinggo ini:

a. Pemuda sebelah kiri ini mungkin nak beritahu arah kiblat. Bukankah lebih senang dalam solat masjid – mesti dah confirm arah kiblatnya.


b. Masing-masih bersedia untuk solat. Anwar menterbalikkan topi beliau. Orang sebelah kirinya mengikat sapu tangan di kepala.


c. Mereka mula bertakbir. Tunggu! Siapa imamnya? Nampak macam sebaris semua tidak ada imam di depan. Kalau orang yang sebelah kanan Anwar yang takbir dulu – mungkin dia imam kot? Sungguh bersiap siaga sekali untuk “berperang”, sebab itu boleh solat dengan pakai kasut!


d. Mereka guna banner untuk alas solat. Kenapa tidak diterbalikkan banner tu – guna yang sebelah putih. Nasib baik teringat nak tutup sikit – kalau tak tercium muka Ambiga kat banner (?). Kesian dua orang dihujung sana – banner tak cukup besar.




e. Nak kata orang sebelah kanan Anwar jadi imam tidak betul juga. Sebab dia turun sujud lambat. Anwar yang sakit belakang nampak mengeran kesakitan bila nak sujud. Tambah pulak dengan pakai kasut – lagi sakit masa nak lipat turun dan duduk tahiyyat.




f. Bertahiyyat sama-sama. Solat bersama macam berjemaah. Pergerakan semua hampir sama – macam berjemaah. Tapi masing-masing solat bersendirian. Yang belakang tu – agaknya ikut siapa. Mereka tahu tak masing-masing di depan tu solat bersendirian? Mereka mengguna Mazhab yang memboleh dedah tangan semasa solat? (di Malaysia?) Kalau di Indonesia mereka kata “oh sikit aje nampak engak apa-apa”




Yang lain yang ramai lagi tu tak solat ke? Ramai lagi yang Melayu tu … tidak mengapa – menjadi taraf pemerhati!
Sumber :-klik sini




Pisau Kedah :-


Apa kejadahnya yang membuat puak-puak ni sembahyang tak buka kasut?siapa boleh jamin kasut yang mereka pakai tu tak terpijak najis??darurat sangat ka sampai tak sempat nak buka kasut?atau sama ada nak menunjuk-menunjuk kata sembahyang.


Cabaran kepada Ulama PAS yang suka mempertahankan Anwar,sila jawap persoalan ini,beranikah anda menjamin kasut yang mereka pakai ketika menunaikan solat di luar kawasan Masjid ini bebas dari najis?terdesak sangatkah sehingga tidak dapat menanggalkan kasut?terdesak sangatkah sehingga tak dapat masuk dalam masjid yang begitu hampir untuk menunaikan solat.



Ni satu lagi Ulama PAS kena jawap.

Wanita dua Orang yang di belakang tu,sembahyang macam mana di khalayak ramai.macam mana keadaan ketika rukuk dengan keadaan ramai lelaki di belakangnya? bagaimana ketika sujud dalam keadaan ramai lelaki di belakang? sedangkan dalam surau atau masjid ada kain penghadang.lagi pun bukannya masjid jauh mana pun.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog