Perkhabaran ini mungkin akan membuat peneroka bergembira,walau Pisau Kedah bukan anak peneroka,tetapi Pisau Kedah bersyukur ke atas rezeki yang peneroka perolehi,ini menunjukan golongan peneroka FELDA di bela oleh Kerajaan Malaysia,,bukannya seperti yang di fitnah oleh orang yang mahu FELDA di hancurkan.
JERANTUT - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan durian runtuh kepada seluruh warga peneroka FELDA yang berjumlah RM1.689 bilion buat 112,000 keluarga peneroka.
Jumlah ini disifatkan sebagai yang lebih besar dari Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disampaikan sebelum ini.
Fasa 1, setiap ketua keluarga warga peneroka akan menerima sebanyak RM5,000 hari ini. Fasa 2 pula, RM5,000 akan diberikan kepada setiap isteri peneroka. Manakala Fasa 3, RM5,000 kepada setiap generasi kedua FELDA yang melibatkan anak - anak peneroka.
Setiap keluarga dijangka menerima sebanyak RM15,000. Ianya tidak termasuk pemberian saham Felda Global Venture Holding yang bakal dilancarkan kelak.
Pengumuman tersebut dibuat dikawasan Felda Jengka 8, Jerantut dihadapan 50,000 orang warga Peneroka yang berada dikawasan sekitar. -BPUNP
No comments:
Post a Comment