pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, December 4, 2012

Panas !!! Kehadiran Mokhzani Tun Mahathir Di Kedah Di Alu-Alukan Rakyat Kedah


Angin politik Kedah bertiup kencang apabila ramai yang mengharapkan anak Ayahnda Tun Dr Mahathir, Mokhzani Tun Mahathir supaya berada di dalam pentas politik UMNO Kedah untuk membantu BN merampas kembali Kedah dari pentadbiran Pakatan Haram.

Siapa pun tidak dapat menafikan aura pentadbiran Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri sehingga kini masih lagi mendapat sokongan yang begitu kuat dari segenap rakyat di Malaysia.

Apa yang di perkatakan seorang blogger dalam Kelab CheDet, Cikgu Lokman adalah benar. Mokhzani mampu mempengaruhi kemenangan bergaya BN di Kedah sekiranya di beri ruang untuk menjadi calon kerana ianya pasti mendapat sokongan kuat dari rakyat.

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan hanya 4 sahaja yang dapat dipertahankan oleh Barisan Nasional pada tahun 2008. Antara kerusi parlimen tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun dan Alor Setar. Sama ada kita sedar atau tidak, semua kerusi tersebut adalah kawasan yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir.  
Parlimen Alor Setar (Kota Setar) adalah parlimen pertama Tun bertanding. Manakala Kubang Pasu dan Langkawi sinonim dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Jerlun pula sebuah kawasan baru dan cuba dijadikan kubur politik Mukhriz pada PRU12, tetapi tanpa dijangka dan kuasa Yang Maha Esa, usaha jahat ini tidak terlaksana. Siapa sangka ‘magis’ dan ‘bisa’ negarawan ini masih kuat auranya dalam politik di Negeri Kedah.  
Legasi perjuangan negarawan tersohor ini harus diteruskan melalui anak ketiga beliau iaitu Mokhzani. Beliau adalah antara individu terbaik untuk memikul harapan dan cabaran untuk membantu kemenangan salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13. Malah ramalan banyak kerusi yang dijangkakan akan kembali memihak kepada BN pada pilihnraya akan datang boleh menjadikan kehadiran 2 orang anak negarawan ini untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional di Kedah. 


Umum mengetahui ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, anak-anak beliau tidak dibenarkan bertanding. Selepas persaraan Tun, hanya Mukhriz sahaja dibenarkan aktif berpolitik dan Mokhzani terpaksa mengalah. Keadaan kini sudah berubah, Tun Dr Mahathir harus membenarkan Mokhzani turun ke gelanggang membantu kemenangan BN Kedah.  
Pengalaman menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dan Bendahari UMNO Negeri Kedah adalah aset besar untuk Mokhzani terlibat semula secara aktif. Dengan kekayaan perniagaan dan diiktiraf antara orang Melayu terkaya, beliau tidak perlukan jawatan politik untuk mengumpul harta. 
Ketika politikus lain hanya mempunyai jaket keselamatan atau pelampong untuk berenang, Mokhzani sudah mempunyai bahtera untuk meredah dan belayar di samudera politik Malaysia. 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' : 'Kalau tidak diberikan peluang, manakan nampak kehebatannya'.


Pisau Kedah biasa mengikuti satu majlis berbuka puasa yang di buat Mokhzani di satu taman perumahan kawasan Bukit Selambau. Ternyata ianya mendapat sokongan dari penduduk di situ. Malahan Pengerusi Masjid kawasan berkenaan yang Pro kepada PAS juga memberi sokongan dan menyediakan tempat untuk mengadakan majlis berbuka puasa di dalam kawasan Masjid.

Sebelum Mokhzani mengadakan majlis berbuka puasa di Masjid berkenaan, Ketua PKR Cabang Merbok, Saiful Izham juga mengadakan majlis berbuka puasa di tempat yang sama, namun ianya tidak mendapat kerjasama dari pihak Masjid berkenaan.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog