pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, December 19, 2012

Panas !!! Di Sebabkan Isu Balak, Azizan Razak Dan PAS Bakal Di Gulingkan Pada PRU13


Utusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing. Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat. Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.





Video Bukti Kesan Pembalakan Yang Tidak terkawal
Sehinggakan Menzalimi Rakyat Di Kedah.






Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya.

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar. Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang ‘menggila’ iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan. Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya. Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: “kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan. Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang.”

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka. Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu. Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.”

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui ‘tender terbuka’ tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut.

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan. Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan.

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato’ Seri Syed Razak dan Dato’ Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan. Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL. Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap ‘menggila’ sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali.

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka ‘buat tak tahu’. Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang ‘tidak tahu apa-apa’ ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan.

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco. Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur. Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri. Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar.

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun. Kata beliau:

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la. Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

--- Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar ‘buat-buat tak tahu’? Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur…

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog