pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, December 24, 2012

PANAS !!! Kisah Kezaliman Azizan Di KUIN Yang Semua Patut Tahu #tukarkedah


Sebelum ini sahabat Pisau Kedah dalam Team Media Kedah, ada mendedahkan kisah 7 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di zalimi Jamil Osman, REKTOR kesayangan lantikan Azizan Razak selaku Pengerusi KUIN di sini. Setelah rasa bertanggungjawap membela nasib 7 pelajar terbabit, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) telah tampil mendesak pihak yang bertanggunjawap supaya mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah secepat yang mungkin


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah kesal dengan pihak pentadbiran Kuliyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang tidak pernah memanggil tujuh graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang didakwa tidak mendapat sijil mereka kerana tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 
Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa walaupun tujuh graduan sudah meminta pihak pentadbiran untuk berjumpa dan membincangkan status pengiktirafan sijil mereka selepas konvokesyen pada September lepas, namun sehingga 19 Disember baru-baru ini, barulah timbalan dekan yang mewakili pihak pentadbiran Kuliyah menghubungi salah seorang pelajar berkenaan untuk membincangkan isu terbabit. 
“Mengapa, pihak pentadbiran mengambil masa terlalu lama untuk menghubungi graduan berkenaan, sedangkan perkara ini sudah berlarutan kira-kira tiga bulan.
“Kami berasa kesal dengan tindakan pihak berkenaan ini dan masyarakat boleh menilai sendiri kenyataan sebenar isu berkenaan,” katanya dalam sidang media, semalam. 
Shamsul berkata, akibatnya tujuh graduan berkenan gagal dalam permohonan kerja dalam sektor awam, di mana empat daripadanya yang menghadiri temuduga Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) gagal dalam mendapat tempat untuk pengambilan Januari 2013. 

Katanya, manakala seorang lagi daripada tujuh graduan terbabit, yang membuat permohonan menyertai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah, langsung tidak mendapat panggilan temuduga, kerana ijazah mereka masih belum mendapat pengiktirafan daripada MQA. 
Menurutnya, pada hari ini (semalam), selepas sidang media, pihak GPMS akan menghantar surat pada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk membincangkan isu berkenaan, disebabkan MQA berada di bawah kementerian berkenaan, jadi hanya pihak terbabit mampu menyelesaikan isu ini. 
Katanya, pihak GPMS sudi menjadi pengantara untuk mengatur pertemuan antara tujuh pelajar terbabit dengan Insaniah yang mana sekurang-kurangnya mereka dapat berbincang supaya kegusaran hati graduan dan keluarganya ini dapat dikurangkan. 
Menurutnya, perkara ini sudah dibangkitkan berkali-kali di media, jadi pihak Insaniah sepatutnya memainkan peranan, bagi menunjukkan mereka mempunyai rasa tanggungjawab dalam usaha menyelesaikan isu ini, lagipun sudah banyak masa, tenaga dan wang graduan berkenaan dihabiskan sepanjang tempoh pembelajaran mereka. 
Shamsul menggesa agar pihak berkenaan dapat meneliti dan mempercepatkan proses pengiktirafan itu, demi masa depan tujuh orang graduan berkenaan. - SH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog