pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, December 9, 2012

Eksklusif !!! Adun Belantik Mendedahkan Kezaliman PAS Kedah Terhadap Rakyat Sik #tukarkedah @TajudinSik



Kehadiran Mantan Perdana Menteri, Ayahnda Tun Mahathir ke Sik telah menyuntik semangat kepada ahli UMNO Sik supaya memberi sokongan padu kepada calon yang di pilih kepimpinan parti untuk menghadapi PRU 13 ini.

Sebelum memberi ucapan di dewan IKM Sik, Ayahnda Tun Mahathir telah di bawa Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajudin Abdullah ke kampung Landai yang terletak di Gulau, Sik untuk melihat kezaliman yang telah di lakukan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS kepada penduduk di kampung tersebut.




Akibat pembalakan yang di lakukan Kerajaan Negeri tidak terkawal, penduduk di kampung berkenaan terpaksa berhadapan dengan satu masalah besar apabila jambatan yang baru di bina sebulan yang lalu melalui peruntukan Kerajaan Pusat telah runtuh setelah kayu-kayu balak dan sisa-sisa pembalakan yang di lakukan Kerajaan Negeri telah merempuh jambatan ketika banjir baru-baru ini.

Jambatan berkenaan merupakan satu-satunya jalan di gunakan penduduk kampung untuk ke jalan utama yang terletak di seberang sungai.

Rata-rata penduduk kampung berkenaan merasa bimbang dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi kerana anak-anak mereka yang bakal mulakan persekolahan tidak lama lagi, terpaksa melalui jambatan yang rosak teruk untuk ke sekolah.

Lebih membimbangkan penduduk kampung berkenaan apabila berlaku kematian kerana kesukaran penduduk kampung untuk mengusung jenazah ke kubur yang terletak di seberang sungai .

Justeru dari permasalahan yang di hadapi penduduk kampung, Adun Belantik, Tajudin Abdullah meminta  Kerajaan Negeri mengambil sikap bertanggungjawap ke atas ke zaliman yang telah di lakukan mereka terhadap rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Pembalakan ni akan membawa masalah besar jika x ditangani segera. Tun seorang yg bijak..beliau pasti tahu ancaman dan keburukan yg bakal dihadpi akibat kerakusan pembalakan x terkawal ini.

Namun apakan daya..kuasa di tangan Kejaan Negeri.cuma apa yg boleh dibuat la ni semoga rakyat kedah nanti pastikan PRU 13 jangan undi PAS perakus/perogol balak Kedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog