pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 13, 2012

Video Panas !!! Anwar Ibrahim Minta Nyawa Kena Balun Dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia @TunFaisal @NajibRazak





SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya diketahui umum sebagai seorang yang tidak mempunyai pegangan agama yang tetap, kata Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz.

Justeru katanya, tidak menghairankan sekiranya pengikut-pengikut Ketua Pembangkang itu di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya, boleh dipersoalkan akidah mereka.

Lebih-lebih lagi tambah beliau apabila mereka dilihat meletakkan kedudukan Islam lebih rendah daripada fahaman sosialisme, golongan Lesbian, Gay dan Transeksual (LGBT) dan fahaman liberalisme.

“Anwar Ibrahim memang kita tahu selama ini pendirian dia tentang akidah ini tidak berapa betul. Orang-orang dalam Pakatan, terutamanya daripada PKR akidahnya boleh dipersoalkan.

“Dia meletakkan sosialisme lebih tinggi daripada Islam, dia meletakkan LGBT lebih tinggi daripada Islam, dia letakkan liberalisme juga lebih tinggi daripada Islam,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Golongan berpengetahuan agama di dalam PKR seperti mereka yang daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dinasihatkan perlu berani menegur pemimpin mereka sekiranya mendapati terdapat perkara yang bertentangan dengan akidah yang dilakukan.

PAS juga katanya, perlu mengkaji semula kerjasama mereka dengan PKR memandangkan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin tertinggi parti itu secara jelas bertentangan dengan dasar PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Jadi kita harap dalam PKR sendiri ada orang-orang macam daripada gerakan ABIM, ada orang yang latar belakangnya daripada universiti Islam, perlu semak semula kedudukan akidah pemimpin-pemimpin mereka dan buat teguran. Kalau itu pun tak berani juga, jangan cakaplah nak bergabung dengan PAS dan sebagainya.

“Dan ulama-ulama dalam PAS kena menilai semula kerjasama dengan PKR ini sebab jelas daripada kenyataan pemimpin tertinggi PKR, pegangan mereka tak sama langsung dengan pemimpin-pemimpin PAS yang betul-betul berpegang dengan Islam,” tegas Pengerusi Unit Media Baru Umno (UMB) itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kecenderungan Anwar yang juga merupakan Ketua Umum PKR itu menjemput pemimpin-pemimpin politik berfahaman pluralisme ke negara ini.

Terkini, kerajaan negeri Selangor yang dipimpin PKR telah menjemput bekas Presiden Republik Indonesia, BJ Habibie untuk mengadakan forum di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam.

Pada forum yang bertemakan Majlis Pidato Habibie: 'Habibie dan Transisi Indonesia ke Demokrasi' itu, Habibie telah mendakwa bahawa fahaman pluralisme telah lama bertapak di Malaysia di mana katanya ia perlu dianggap sebagai satu kekuatan untuk mewujudkan keseimbangan dengan negara jiran seperti Indonesia.

"Pluralisme adalah satu kekuatan, bukan kelemahan. Indonesia dan Malaysia sudah biasa hidup dalam pluralisme.

"Jadi saudara-saudara, tidak ada alasan untuk kita berkecil hati," katanya yang hanya sempat menjadi Presiden selama 1 tahun 5 bulan.

Mengulas mengenainya, Tun Faisal menjelaskan bahawa pluralisme seperti yang difatwakan ulama-ulama adalah tidak betul dari segi akidahnya.

Berpendapat ianya pendapat peribadi Habibie, beliau menyarankan kenalan rapat Anwar itu supaya membuat rujukan terlebih dahulu dengan ulama-ulama di negaranya sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Pluralisme yang kita faham mengikut fatwa ulama-ulama, pluralisme ini dari segi akidahnya tak betul.

“Kita tidak menyamakan Allah dengan mana-mana tuhan yang lain dan kita tidak samakan Islam dengan mana-mana agama yang lain.

“Dan kita rasa, pandangannya itu hanya pandangan peribadi. Bukan pandangan ulama-ulama yang daripada Indonesia atau Malaysia. Jadi mungkin lebih elok dia rujuk kepada ulama-ulama di Indonesia sebelum dia buat kenyataan,” gesa Tun Faisal.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali Anwar dan PKR menjemput pemimpin berideologi pluralisme ke negara ini.

Sebelum ini, beliau pernah menjemput bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar ke ibu negara untuk bercakap mengenai pendekatan liberalisme kepada tetamu yang rata-ratanya ahli PKR.

Dalam ucapannya itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Dan di dalam responnya, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyatakan rasa kesalnya dengan Anwar yang dianggap bersekongkol dengan penganut Islam berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama.

Haron kemudian berkata PAS tidak merestui pendirian Anwar itu selain berkata penubuhan PKR bukan berlandaskan Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog