pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, December 9, 2012

Tahniah !!! Bukti Azizan Razak Cekap Di Dalam Menjalankan Tanggungjawapnya




Apalah nak jadi dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Universiti milik Kerajaan Negeri semenjak di bawah pentadbir PAS Kedah.

Dahulu, KUIN merupakan satu kebangaan rakyat Kedah, namun kini bakal musnah di sebabkan sikap Azizan Razak selaku pengerusi KUIN gagal menjalankan tanggungjawapnya memain peranan memajukan universiti milik kerajaan negeri.

Ramai yang sudah maklum KUIN mula menghadapi masalah setelah Azizan Razak melantik sahabat karibnya Jamil Osman sebagai Rektor KUIN dan Jamil Osman telah membawa masuk syarikat swasta, Insaniah Holding sebagai pihak yang mengurus tadbir KUIN.


Di sebabkan permasalahan yang di lakukan pihak Insaniah Holding, kakitangan KUIN sering menghadapi permasalahan dari segi pembayaran gaji yang selalu tertunggak berbulan-bulan lamanya. Yang lebih zalim lagi apabila gaji kakitangan KUIN di potong untuk membuat pembayaran pinjaman rumah dan kereta tapi pihak pentadbiran tidak membayarnya kepada pihak bank sehinggakan ada antara kakitangan KUIN menghadapi masalah dengan bank.


Dalam perkembangan terbaru, 8 orang kakitangan KUIN telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Alor Setar kelmarin atas dakwaan terhadap pihak pengurusan KUIN telah melakukan pecah amanah setelah  pihak pengurusan gagal membuat pembayaran kepada pihak bank seperti yang di amanahkan kakitangan KUIN sedangkan di dalam penyata gaji yang di perolehi, pengurusan KUIN telah memotong pembayaran kepada pihak bank.

Sampai bila, Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah dan merangkap Pengerusi KUIN hendak menutup mata dengan permasalahan yang di hadapi KUIN hanya di sebabkan sahabat karibnya Jamil Osman ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog