pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, December 16, 2012

Panas !!! Melayu DAP Menuduh Bangsa Melayu Punca Rasuah Demi Mempertahankan Jawatannya


GEORGETOWN: Seorang senator DAP hari ini mencadangkan rombakan besar-besaran dalam polis dan perkhidmatan awam dilakukan jika pembangkang menawan Putrajaya bagi memastikan kedua- dua organisasi itu tidak didominasi oleh kaum Melayu demi mengekang rasuah.

Ariffin S.M. Omar berkata rasuah boleh dibanteras dengan lebih berkesan jika perkhidmatan awam dan polis tidak dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja.

"Kalau penjawatan awam itu terdiri daripada berbilang kaum maka kita dapat cegah rasuah juga, ini satu cara untuk mencegah rasuah yang terdiri daripada pelbagai kaum, gejala rasuah ini tahu sajalah satu gejala paling dasyat dalam institusi awam," kata beliau selepas menyertai perbahasan di Kongres DAP di sini petang tadi.

Beliau turut mendakwa kredibiliti polis terjejas kerana pasukan itu dilihat sebagai hanya memberikan tumpuan kepada kes-kes yang melibatkan orang Melayu sahaja.

“Saya mahu PDRM berikan layanan yang sama kepada semua bangsa lain juga, tidak boleh hanya berikan layanan yang lebih sahaja kepada bangsa Melayu, mesti adil juga kepada bangsa India dan Cina,” kata beliau.

"Polis perlu keanggotaan kaum lain dalam mencegah rasuah dan sebagainya. Ini kerana kes-kes di negara ini seolah-olah PDRM hanya lebih kepada kes orang Melayu," tambah beliau.

"Saya akan bawa usul ini ke Parlimen bagi dibahaskan dalam sesi parlimen akan datang dalam memastikan keadilan ini diberikan sama rata kepada semua bangsa," katanya.

Perbahasan pada hari pertama Kongres DAP bertumpu kepada membidas parti komponen Barisan Nasional serta rancangan parti itu sekiranya menawan Putrajaya.

Perwakilan menjauhkan diri daripada sebarang isu-isu dalaman parti termasuk pertelagahan sesama pemimpin, perebutan kerusi menjelang PRU, atau menyentuh kerjasama parti itu dengan PAS yang banyak diperkatakan oleh banyak pihak.

Pengerusi Karpal Singh sebelum ini menggesa ahli DAP untuk berbahas secara terbuka dan berani mengutarakan kelemahan parti dan Pakatan Rakyat, namun gesaan itu nampaknya tidak diendahkan.
Dua puluh lima perwakilan yang berbahas hari ini menyuarakan penuh keyakinan parti itu akan bertapak di Putrajaya dan membawa “lembaran” baru dalam politik Malaysia.

Kongres dua hari itu, yang terakhir sebelum PRU 13, berakhir esok. -AntaraPos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog