pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, December 8, 2012

Biaq Betul !!! Setelah Mendoakan Kehancuran UMNO, Ahli PAS Kedah Tinggalkan PAS..




Di Sebabkan Doa UMNO/BN KO tempoh hari, kira-kira 16 orang penyokong tegar PAS dari cawangan Genting Palas dan Bendang Hilir telah istihar tinggalkan PAS setelah melihat sikap suka mendoakan keburukan sesama Islam adalah tindakan berlandaskan kehendak Islam.

Setelah meninggalkan PAS, 16 orang penyokong tegar PAS itu telah mengambil tindakan menyertai UMNO setelah melihat perjuangan UMNO demi menegakan Agama, Bangsa dan Tanah Air lebih mulia berbanding PAS yang memperdagangkan agama demi kepentingan politik pihak lain.

Penyerahan borang keahlian UMNO telah diadakan pada 4 Disember 2012 jam 9:30 malam sehingga 11:30 malam di pekarangan rumah Pengerusi JKKKP Kampung Genting Palas, Kuala Nerang.

Selaku ketua bahagian, Dato Seri Mahdzir Khalid dengan sendirinya telah hadir menerima kesemua borang keahlian UMNO tersebut.  Walaupun pada permulaan hanya 16 orang, ini hanya permulaan bagi mencetuskan gelombang perubahan yang sangat baik. 

Mahdzir Khalid menyatakan UMNO mengamalkan dasar keterbukaan dan tidak menyekat rakyat untuk membuat pilihan. Manakala dua orang bekas ahli PAS tegar yang masuk UMNO ketika ditemuramah pula berkata, mereka kecewa dengan perjuangan PAS yang sekarang ini sudah tersasar daripada perjuangan asal. Malah mereka turut menaruh keyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membawa negara ini di atas landasan yang benar. 

Malah menurut mereka lagi, PAS sekarang ini tidak lagi mengikut suara majoriti sebaliknya lebih tertumpu kepada kehendak seseorang. Dan seseorang itu pula mengawal PAS walaupun bukan ahli dan bukannya kepimpinan utama. Ketakutan pemimpin peringkat pertengahan dalam PAS untuk mengkritik kerana bimbangkan periuk nasi serta masa hadapan politik mereka, telah menjadi kayu pengukur sebenar tentang perjuangan Islam yang kerap kali dicanang-canangkan oleh PAS.

Alhamdullilah, pada ahli Pas yang telah sedar. Bagi yang belum sedar, rasanya masih tak terlewat untuk meninggalkan Pas dengan perjuangan yang sia-sia dan menyertai UMNO bagi membawa panji-panji kebenaran.

Pas mengaku mereka Islam, namun apakah Islam mengajar kita doakan kehancuran umat Islam yang lain? Fikirkanlahh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog