pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 20, 2012

Patut Baca !!! NGO Mahasiswa Bayangan Pakatan Haram Memutar Belit

Pisau Kedah tertarik membaca satu artikel dari blog sahabat Pisau Kedah, Duke Of UMNO berkenaan satu pertubuhan NGO Mahasiswa yang di bayangi Pakatan Haram telah membuat kenyataan yang berat sebelah tanpa melihat kesalahan tanpa menyatakan kesalahan yang telah di lakukan Pakatan Haram.

Gabungan-Mahasiswa-Islam-Se-Malaysia-Gamis

Nampaknya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sudah menunjukkan belang mereka apabila Timbalannya, Eikhwan Ali berterus-terang menunjukkan sikap anti-kerajaan pertubuhan mahasiswa itu dengan menghentam UMNO dengan keras. 
Eikhwan dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO mesti ditolak pada PRU ke-13 bagi memastikan Malaysia untuk terus aman, makmur, mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan. 
Paling “menarik”, budak hingusan itu menegaskan bahawa  UMNO tidak berkeupayaan langsung menyelesaikan isu-isu berbangkit  termasuk permasalahan sosial yang berpunca daripada hiburan melampau dan pergaulan bebas. 
Sebenarnya, saya tertanya-tanya dari mana budak mentah ini mendapat idea untuk menghentam UMNO dengan menggunakan platform sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya bebas politik. 
Mungkin budak ini belajar dari PAS, PKR atau Chegu Bard yang menjadi tulang belakang SMM? 
Sebagai seorang mahasiswa, saya melihat Eikhwan sebagai seorang budak yang sangat mentah, “naif” dan begitu mudah terpengaruh dengan doktrin omongan kosong yang selama ini dipropagandakan oleh Pakatan Haram. Baca Selanjutnya.

Sebelum ini banyak pendedahan yang di lakukan berkaitan penumbuhan pusat maksiat di Negeri yang di tadbir Pakatan Haram, namun langsung tidak di sebut oleh NGO hinggusan terbabit sehinggakan di Kedah, sebuah negeri yang di tadbir PAS, pertumbuhan tempat maksiat bagaikan cendawan.

Sebagai satu parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan kebajikan rakyat, PAS sendiri sebagai pentadbir di Kedah menghalalkan tempat-tempat maksiat dengan memberi lesen untuk beroperasi.



Apakah perkara sebegini, NGO hingusan terbabit tak pandang serius dan bersikap double standard kerana negeri yang di tadbir merupakan dari pakatan haram. ( Nampak sangat pakatan haram merupakan tulang belakang NGO terbabit ).


Sehingga sekarang tiada satu pun tempat Maksiat di tutup oleh pihak pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah bawah pimpinan PAS malahan kian bertambah sehinggakan membimbangkan ibu bapa.

Selain itu, NGO hingusan terbabit juga menafikan keamanan dan kebajikan rakyat yang di telah di perjuangkan Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional dari sejak dahulu lagi sehingga rakyat kini dapat menikmati kenikmatan yang di anugerahkan Allah S.W.T ke atas pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Nagi Pisau Kedah, NGO hingusan terbabit patut mendengar apa yang di perkatakan Ayahnda TUN Mahathir berkenaan kenikmatan yang di kecapi rakyat Malaysia sekarang ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog