pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, December 9, 2012

Terpanas !!! PAS Kedah Cipta Rekod Kedah Terbaru



Hebat percaturan PAS Kedah di dalam mentadbir Negeri, sudah bermacam sejarah pentadbiran carca merba telah tercipta. Sebelum ini PAS Kedah mencipta sejarah baru dalam pentadbiran Negeri apabila mengerahkan ahli majlis lantikan politik mendesak Setiausah Kerajaan Negeri (SUK) di bawah kuasa Sultan meletak jawatan.
SUK merupakan ketua bagi Kedah Civil Service (KCS) dan sistem pentadbiran ini telah wujud sejak lebih seratus tahun dahulu lagi.



Sejak tertubuhnya KCS belum pernah dalam sejarah Kedah, ada pihak mendesak SUK yang di lantik Sultan meletakan jawatan hanya kerana kepentingan politik.

Terbaru satu lagi sejarah telah tercipta di Kedah apabila Kerajaan Negeri telah melantik EXCO sebagai YDP Pihak Berkuasa Tempatan setelah Pegawai Daerah (DO) lama yang juga merangkap YDP telah di tukarkan ke kawasan lain dan mengantikan DO yang baru  tanpa memegang jawatan YDP.

Perlantikan YDP Pihak Berkuasa Tempatan seharusnya melalui Mensyuarat Exco-Exco dan di sepertujui EXCO-EXCO Kerajaan Negeri.

Yang menjadi persoalannya siapa yang melantik EXCO Kerajaan Negeri sebagai YDP ?

Sebelum ini belum pernah lagi ada dalam sejarah pentadbiran kerajaan Negeri Kedah seorang EXCO yang merupakan seorang ahli politik telah di lantik sebagai YDP bagi Pihak Berkuasa Tempatan.

EXCO yang di maksudkan adalah, Phahrolrazi, musuh ketat Azizan Razak di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah

Phahrolrazi telah di lantik YDP di Majls Daerah Kubang Pasu (MDKP) setelah mengantikan Ahmad Faisol yang di tukarkan oleh SUK ke kawasan lain di atas jawatannya sebagai DO.

Apakah Phahrolrazi melantik dirinya sendiri melalui Mensyuarat EXCO-EXCO sebagai YDP baru bagi Majlis Daerah Kubang Pasu ???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog