pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 13, 2012

Panas !!! PAS Kian Bercelaru Di Saat PRU 13 Bakal Tiba



Sehingga kini Ulama PAS masih belum memberi sebarang maklum balas berkenaan video di atas ini yang telah di baca seorang Khatib jemputan yang menyampaikan khutbah Jumaat yang di politikan demi memperbodohkan ahli-ahli PAS supaya menyokong Anwar Ibrahim.

Di dalam masalah Pakatan Haram baru-baru ini timbul, apabila kebanyakan dari ahli PAS mahukan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, apakah ahli PAS sendiri yang menidakan khutbah Jumaat yang di sampaikan khatib politik di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai tempoh hari ?

Sekiranya PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam, PAS perlu mempertahankan permintaan ahli-ahli nya supaya Hadi Awang di lantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menang PRU 13.

Dalam Pakatan Haram, PKR inginkan Penasihatnya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Pakatan Haram, manakala DAP, satu parti yang terkuat dalam Pakatan Haram menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana mereka mempunyai agenda tersendiri sekiranya Anwar Ibrahim berkuasa walaupun mereka menyedari Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak menjadi Perdana Menteri di sebabkan permasalahan sosialnya.

Bagi ahli-ahli PAS pulak ianya sukar di terima kerana mereka menyedari siapa yang layak menjadi Perdana Menteri. 

Mereka, ahli PAS akar umbi menyedari akan nasib yang bakal di timpa kepada umat Islam sekiranya mereka menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Namun ahli-ahli PAS akar umbi ini boleh di ibaratkan melukut di tepi gantang kerana tanpa mereka menyedari bahawa Anwar Ibrahim sendiri yang telah memain peranan dalam pemilihan kepimpinan atasan PAS apabila kebanyakan kepimpinan atasan PAS telah di atur oleh Anwar Ibrahim yang menjadi ketua Pakatan Haram.

Kebanyakan kepimpinan atasan PAS merupakan orang yang pro kepadanya termasuklah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz yang cukup berdendam dengan UMNO. 

Bagi presiden PAS, Hadi Awang pulak, yang dahulunya memperjuangkan kerajaan perpaduan dengan UMNO bersama dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha terpaksa mengikut acuan pemimpin-pemimpin atasan PAS berada di sekelilingnya yang rata-rata pro kepada Anwar Ibrahim kerana Hadi Awang bimbangkan statusnya sebagai Presiden parti akan tergugat seperti mana yang telah di alami Timbalannya dahulu, Ustaz Nasha.

Apa yang pastinya, mahu atau tidak mahu ahli PAS akar umbi, Anwar Ibrahim tetap menjadi pilihan kebanyakan pimpinan atasan PAS sebagai Perdana Menteri dari Pakatan Haram sekiranya Pakatan Haram berjaya dalam PRU 13 ini, maka berkecailah hasrat kebanyakan ahli akar umbi PAS yang mahukan jawatan itu di sandang oleh Presiden pari mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog