pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, December 21, 2012

Info Terkini !!! Balai Polis Kuala Muda Di Serbu Hari Ini Setelah Penyebaran Maklumat Rusuhan @PDRMsia




Pelik sunguh la, macam mana kaum India dan kaum Melayu boleh berada di satu tempat yang sama mengadakan bantahan ni.. Ramai yang yang dok sebarkan sms, email dan bbm mengatakan Sungai Petani dah darurat akibat rusuhan kaum.

Sebenarnya gambar-gambar ini telah di ambil dari laman Facebook PDRM Kedah setelah beberapa NGO-NGO Melayu dan India serta Silat Gayong Pusaka mengadakan bantahan secara aman kepada pihak yang tidak bertanggungjawap cuba menganggu gugat kemakmuran tanah air terutamnya di Sungai Petani dengan menyebarkan Maklumat PALSU berkenaan perkauman.

Pisau Kedah sendiri yang duduk di Sungai Petani tidak nampak rusuhan antara kaum yang berlaku, sebaliknya peristiwa yang berlaku pada 16 hb baru ini hanya membabitkan kumpulan samseng nak tunjuk hebat, bergaduh hanya kerana di sebabkan perlumbaan saja.

Hanya di sebabkan pergaduhan antara dua kumpulan Samseng, Masyarakat yang berbilang kaum hendak di seret bersama-sama supaya tercetusnya rusuhan kaum.

Sehingga semalam Pisau Kedah masih lagi menerima SMS yang berbaur hasutan supaya mencetuskan huru hara di Taman Keladi dari pihak tidak bertanggungjawap, apabila Pisau Kedah membuat panggilan kembali ternyata ianya di hantar oleh budak-budak belasan tahun yang masih mentah untuk menghargai keamanan negara.

Apabila Pisau Kedah bertanya di mana dia mengetahui maklumat ini, dia kata rakannya yang sms kepada dia dan dia tidak tahu akan kesahihan perkara yang di sampaikan benar-benar berlaku.

Ini menunjukan bahawa ianya hanyalah maklumat PALSU yang cuba di ada-adakan supaya timbulnya syak wasangka buruk kepada kaum lain.

Mari kita lihat gambar-gambar yang di ambil ketika bantahan aman kepada pihak yang tidak bertanggungjawap menyebarkan maklumat PALSU,





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog