pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 6, 2012

Panas !!! Baru Bernikah Fasha Sanda Dah Makan Hati Dengan Suaminya Jejai ???



PETALING JAYA: Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan rasa sedih apabila suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai melarangnya untuk membelai dan bermain dengan kucing belaannya.


Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata, sejak dia mula mengandung lagi, Jejai, 36, tidak membenarkan Fasha menyentuh malah melihat kucing-kucingnya sebanyal 13 ekor itu.

"Rasa sedih sangat apabila hubungan saya dengan kucing-kucing terjejas sedangkan sebelum ini saya sering bercakap dengan mereka.

"Malah Jejai telah meletakkan kesemua kucing kami itu di sebuah bilik tingkat atas rumah kami dan dia tidak membenarkan saya naik melihat mereka langsung.

Fasha dan Jejai sedang menanti saat-saat bahagia untuk menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

"Kadang-kala pernah terfikir juga nak melihat kucing-kucing itu, ketika ketiadaan Jejai, tetapi dah dikira deharka pada suamilah pula," katanya.

Tambah Fasha, suaminya itu risau sekiranya kuman yang terdapat pada kucing boleh berjangkit dan pelakon itu mungkin boleh terkena penyakit sekiranya tidak berjaga-jaga.

"Saya percaya mereka (kucing) pasti merindukan saya. Mana tidaknya, sayalah orang yang menjaga makan, minum serta kebersihan mereka.

"Malah saya turut memandikan mereka sendiri setiap seekor tanpa menghantar ke kedai langsung," ujarnya.

Bagaimanapun, Fasha tidak tahu adakah Jejai membenarkannya dia bermain dengan kucing lagi selepas bersalin kelak.

"Entahlah, kata orang, bila dah bersalin nanti, memang kena elakkan kucing datang dekat dengan bayi kita kerana takut terkena jangkitan kuman, tengoklah macam mana situasinya nanti," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha yang kini mengandung lima bulan itu bakal menjadi duta kepada dua produk ternama kecantikan dan barangan bayi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog