pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, November 10, 2012

Terpanas !!! Biaq Betul Anak Pak Anuwar Bakal Di Ceraikan Di Sebabkan Isu Kebebasan Beragama ??



Dalam kemelut kisah Nurul Izzah yang membuat kenyataan yang cukup kontroversi satu blog baru dari beliawanis yang berfikiran relevan blognya Cik Yah Kata. Baca apa yang si Cik Yah tulis kat bawah, 

Perempuan dan kisah panas tak dapat di pisahkan. Setuju tak uolls?? Haaa kalini Cik Yah Cun ada isu panassss lagi menggelegak. Kalah pisang goreng panasss. Mari kita tengok video kat bawah ni:

“Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam”

Inilah kenyataan yang mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam yang diungkapkan oleh Izzah plural baru-baru ini ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Lazer betul mulut si Izzah ni ye.

Selain Izzah plural, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiaz, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ,Mujahid Yusof Rawa Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas, Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng. Apa yang menyedihkan Cik Yah ialah Mujahid Yusof Rawa seorang ahli PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan Izzah plural ni. 

Selain itu, macam biasalah pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah memulakan lakonan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang ‘politically incorrect’ bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.

Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme. Si ayah pula (Anwar Ibrahim) pun turut sama-sama menjayakan drama tragis ni. Anwar beria-ia mempertahankan anak kesayangannya.


Walaupun Mujahid Yusof Rawa menyokong Izzah, ini tidak bermakna ahli PAS turut menyokong. Buktinya Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan , ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

Nak baca sambungannya boleh Kat Sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog