pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, November 12, 2012

Eksklusif !!! Kejayaan Kerajaan Negeri Kedah Pentadbiran PAS.

Apa dah jadi dengan projek Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS di dalam membantu petani dan pekebun kecil untuk memasarkan hasil pertanian yang di bina di kawasan Pesiaran Aman Jaya.?

Sebelum ini PAS Kedah selalu bermegah-megah dengan kejayaan mereka membina "Pusat Pengumpulan Produk Hasil Pertaniah Lembah Jerai" di dalam cita-cita menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur dan menjadi Negeri ke 2 terbesar menghasilkan buah nenas dalam Malaysia.

Namun apa hakikat yang terjadi sekarang ini, Projek pusat pegumpulan terbabit yang di bina syarikat kerajaan negeri, Kedah Agro Holding Berhad (Kedah Agro) anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) hanyalah menjadi projek gajah putih yang tidak lagi berfungsi seperti mana tujuan sebenarnya projek berkenaan di bangunkan.

Baru-baru ini di sebalik projek berkenaan yang tidak lagi berfungsi, satu lagi pembaziran yang telah di lakukan Kedah Agro di pusat pengumpulan terbabit apabila mengeluarkan kos yang begitu tinggi di dalam membina 5 bilik penyejuk beku yang di khabarkan telah menelan belanja dalam ratusan ribu ringgit.

Bagaimana projek yang tidak mendatang hasil kepada kerajaan negeri mahu pun kepada petani dan pekebun kecil, Kerajaan Negeri melalui Syarikat Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk meneruskan projek yang merugikan.

Sebelum ini, pada bulan Ramadhan yang lalu. Kedah Agro telah berkerjasama dengan PMBKed di dalam menarik kunjungan orang ramai ke pusat pengumpulan tebabit dengan menyediakan tapak bazar ramadhan kepada peniaga-peniaga. Namun ianya tidak langsung mendapat perhatian dari peniaga-peniaga bazar Ramadhan dan pendudk setempat ke pusat pengumpulan terbabit sehinggakan membuat bazar Ramadhan yang di ushakan Kedah Agro dan PMBKed hanya mampu bertahan selama sepuluh hari sahaja kerana tidak dapat sambutan langsung dari penduduk setempat walau pun telah di umpan dengan ikan keli percuma kepada pengunjung.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog