pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, November 7, 2012

Panas !!! Akhirnya Dewan Pemuda PAS Tunjuk Kelakiannya Kepada Nurul Izzah.


KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UTUSAN


Pisau Kedah :-

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS kerana berani tunjuk kelakian mereka yang selama ini di simpan di sebabkan kepentingan politik dalam Pakatan Haram. Pisau Kedah harapkan tindakan menempelak Nurul Izzah di atas kenyataannya dalam "Kebebasan Beragama" merupakan tindakan yang jujur untuk mempertahankan maruah Islam dan bukannya tindakan yang hanya untuk menyelamatkan diri dari terkena tempias  isu yang cukup kontroversi di perkatakan.

Dari maklumat terkini yang Pisau Kedah perolehi, Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyataan Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan Nurul Izzah menyokong LGBT pada 09 Nov 2012, selepas Solat Jumaat  bertempat di Ibu Pejabat PKR Tropicana. Selangor.


2 comments:

Anonymous said...

Dah sampai masa semua pihak menolak keluarga songsang mak, bapak dan anak tu. Dari sejak bapaknya dibuang hingga sekarang, politik dendam mereka telah menyebabkan banyak keburukkan.

bekas undi pas said...

Aku sokong dengan tindakan dewan pemuda pas. pas kena sedaq, ramai tinggalkan pas sebab pkr dan dap. pas sepatutnya kembali ke landasan dulu dalam memperjuangkan islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog