pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, November 6, 2012

Gempar !!! Sawah Padi Milik Azizan Razak Bertukar Jadi Lombong Emas ?



Di awal pentadbiran Kerajaan Pas di Kedah banyak pekara baru yang pas ingin lakukan seperi pelaburan pelaburan di luar negara..Pisau Kedah terbaca satu artikel di blog pemuda Pas Kedah tentang pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pas Kedah di Timor Leste..Baca artikel dibawah
Pada Disember 2009 yang lalu  kerajaan Pas Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi bagi menangani kekurangan bekalan beras di Malaysia..Kosnya pula jauh lebih murah berbanding di negara kita .

Pemajakan tanah yang luas ini merupakan insetif kerajaan negeri bagi menangani kekurangan beras yang kerap berlaku di negeri ini dan negeri lain di Malaysia. ia juga sebagai persiapan menghadapi keberangkalian permasalahan ekonomi yang akan menghimpit negara membangun seperti Malaysia.

Kerja-kerja awal sudah dijalankan di kawasan di Timor Leste ini. Namun ada satu perkara yang menakjubkan ialah penemuan emas yang begitu banyak sekali di kawasan yang menjadi milik kerajaan Kedah sekarang. Menurut perjanjian dengan kerajaan Timor Leste, setiap apa yang terkandung di tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah. Maka penemuan emas yang bernilai besar ini menjadi satu rezeki baru yang tidak disangka-sangka.

Oleh itu kerajaan Kedah dikatakan akan memulakan operasi pelombongan emas di kawasan ini tidak lama lagi. Demikianlah berkatnya bumi apabila diperintah oleh parti Islam. Begitu juga dengan penemuan terbaru bijih timah yang besar jumlahnya di Bukit Kinci, Sintok berhampiran UUM. Di zaman pemerintahan BN dahulu tidak timbul semua hasil-hasiul bumi ini. Namun takdir Allah menemukan hasil ini ketika Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.



Sampai sekarang status projek berkenaan masih menjadi tanda tanya dimana kerajaan Pas Kedah tidak mendedahkan lagi sama ada ianya menguntungkan atau mengalami kerugian..

Dengan bangganya Pas mencanang kepada semua rakyat bahawa Allah SWT telah menurunkan rezeki mencurah curah kepada Pas sebaik saja memerintah Kedah..Dengan limpahan hasil bijih timah dan biji besi di Kedah yang boleh memberi pulangan lumayan..

Sebenarnya bijih besi dan bijih timah sudah lama wujud, tetapi kerajaan BN sebelum ini hanya mengusahakan di kawasan Gurun sahaja melalui anak syarikat PMBKed (PKB)..Ianya tidak timbul selepas Pas mengambil alih pentadbiran di Kedah..

Baca kenyataan Azizan yang tak tau pasal kewujudan bijih besi di Gurun
ALOR SETAR – “Apabila Pakatan Rakyat memerintah Kedah, rezeki dari Allah datang kepada kita. Sebelum ini, tak pernah timbul bijih besi tapi sekarang ini ada,” ulas YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak ( PAS- Sungai Limau) menjawab soalan sempena Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Kedah Ke Dua belas, di sini.

Tambahnya lagi, operasi berjalan dengan baik dan lancar dan tidak mencatatkan kerugian terutama di daerah Kuala Muda dan Baling. PKB merupakan salah satu GLC yang mengendalikan operasi berkenaan dan setakat ini telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM15 juta untuk tahun 2012.
Kerajaan BN sebelum ini sentiasa memantau tahap pengeluaran bijih bagi menjamin ekosistem dikawasan lombong tidak tercemar..

Berlainan dengan kerajaan Pas, mereka lebih rakus untuk untuk membolot segala hasil bumi untuk membuktikan mereka boleh membawa keuntungan kepada kerajaan negeri..Pisau Kedah difahamkan kawasan perlombongan baru di Bukit Kachi Sintok mengalami kemusnahan alam sekitar yang dasyat. Baca Seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog