pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, October 31, 2012

Gempar !! Angkara Love Bite Seorang Wanita Telah Lumpuh


Bagi pasangan yang suka buat cop mohor kepada pasangannya patut membaca cerita ini supaya menjadi teladan dan bagi pasangan yang belum bernikah di harapkan jauhi tabiat ini kerana bukan saja memberi risiko pada pasangan anda tetapi yang paling utama adalah ianya  perlakuan maksiat.



AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.
Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
 
Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. 
Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya. 
Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan – kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu. 
Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. – DailyMail


Gempaq !!! Gambar Dan Video Di Sebalik Ibadah Korban Di Tapak Masjid Yang Ghaib



Tapak masjid Bayan Mutiara yang ghaib tatkala kerajaan Dap mentadbir Pulau Pinang telah menjadi tempat khairiah Bayan Baru menunaikan tuntutan Qurban. 




Untuk bacaan seterusnya : KLIK SINI

Video Gempar !!! Para Nelayan Di Kedah Mengamuk Ketika Kehadiran YAB DS Najib Razak Ke Pantai Merdeka @NajibRazak

Mengerunkan apabila melihat lebih daripada 100 biji bot nelayan mengamuk di tengah lautan di antara Jeti Tanjung Dawai dan Jeti Pantai Merdeka sempena kehadiran YAB DS Najib Razak ke Pantai Merdeka, Sungai Petani.

Tu Dia !!! Setpol Azizan Razak Di Bogelkan Tentang Projek Papua New Guinea



Aku rasa aku perlu suarakan dan dedahkan jugak auta puak-puak PAS Kedah, khususnya jawapan Sanusi Setpol dan Azizan Razak pasal isu pelaburan Papuan New Guinea...

Depa kata...
Depa taktau apa-apa masa perjanjian dan urusan jual beli syarikat di Papua (MAS) tu... depa bantai letakkan kesalahan tu kat Akashah sebagai CEO KCB masa tu...kononnya, Akashah sorang la yang salah dan tak ikut prosedur...depa tak salahhh...
Padahal...

1. CEO KCB tu hanya boleh sign perjanjian atau sebarang bentuk CAPEX yang bernilai dibawah RM10,000 saja...walhal, projek di Papua tu bernilai ratusan juta ringgit..!!! Projek bernilai macam tu hanya boleh ditandatangani oleh Pengerusi KCB dan Board of Director KCB saja...

Bukan ke Azizan yang jadi Pengerusi KCB dan dia yang sign kelulusan projek tu? Hangpa pikiaq sendiri...heh! Menipu betoi!

2. Depa kata Akashah langgaq procedure buat projek tanpa kajian. Gila ke apa? Dah tentu KCB dah buat kajian dan depa setuju ambik alih syarikat kat Papua tu bernilai RM134 juta. Tapi, depa tetap salahkan Akashah lepas firma kewangan kat London tu batalkan perjanjian pinjaman duit untuk KCB...

Awat depa salahkan Akashah sorang saja? Depa tak salah? Depa yang silap buat kajian, tapi tuding jari kat Akashah.. Dalam hal ni Akashah jadi "kambing hitam". Sampai kena buang kerja la dari KCB lepas tu...heh! Hangpa pikiaq ambik...

3. Depa kata Akashah punca utama kerugian projek tu. Sapa lantik Akashah jadi CEO kat KCB? Pandai betoi depa pilih CEO anak syarikat negeri noooo..! Pilih yang tak berapa cerdik, lepas tu senang la depa perbodo lagu tu saja...heh! Heh! Sendiri pikiaq la bebbbb..!!!

P/s: Lepas ni kita sembang pasai Rahman Dahlan aka Man Lengkong yang depa jadikan "kambing hitam" kedua pulak...heh! PAS ni pandai menipu nihhhh...Islam sungguh depa noooo..

Terpanas !!! Azizan Razak Kena Luku Dengan Dato' Tajul Urus Pasal Projek 99East Di Langkawi

SUNGAI PETANI, 30 Okt - Bekas Pengerusi Eksekutif Kedah Corporation Berhad (KCB) Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa projek 99East di Langkawi menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung kerugian. 
Beliau berkata isu rugi tidak sepatutnya timbul kerana mengikut perjanjian, projek usahasama antara KCB dan sebuah syarikat dari Singapura, Terra Monda Development (TMD) itu, KCB hanya perlu menyelesaikan masalah tanah manakala semua bentuk pelaburan dan pembangunan akan dilaksanakan oleh TMD.  
Projek 99East bernilai RM1.2 bilion dan dibangunkan di kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut bermula 2007 dijangka mampu memberi pulangan RM200 juta kepada KCB, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.  
Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata projek itu mempunyai empat fasa dan dijangka siap menjelang 2016 yang membabitkan pembinaan sebuah kelab golf bertaraf antarabangsa, istana hinggap untuk Sultan Kedah, pembinaan hotel dan kediaman.  
Oleh yang demikian, katanya kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri ditadbir PAS ketika ini sebenarnya bukanlah disebabkan projek 99East, sebaliknya didakwa berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan projek terbaharu di bawah KCB. - BERNAMA  

 Pisau Kedah :-

Bagi yang nak tahu kisah 99 East di Langkawi yang Pisau Kedah Dedahkan secara terperinci sila klik sini dan klik sini

(Terkini) Gambar-Gambar Menarik Kunjungan YAB DS Najib Razak Ke Tanjung Dawai Dan Pantai Merdeka

























Azizan Patut Menjawap Isu Projek Lembu Di Perth Australia Yang Merugikan Duit Rakyat.



Azizan Razak patut berterus terang soal projek pembelian lembu  dari sebuah syarikat penternakan di Perth Australia untuk di pasarkan ke Indonesia pada tahun 2010.

Azizan Razak pernah bersama Mihat dan beberpa rombongan termasuklah Sanusi Md Nor, Setpol Azizan Razak telah pergi ke Perth, Australia untuk mendatangani MOU dengan Syarikat penternakan di Perth Australia.

Sekarang Azizan Razak perlu memperjelaskan apakah status projek berkenaan dan berapa kerugian yang di laburkan di sebalik MOU dengan syarikat terbabit ?

Untuk pengetahuan semua, lembu yang akan di pasarkan ke Indonesia adalah dengan usahasama antara Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS dan Gus Dur ( Bekas Presiden Indonesia ) melalui Pertubuhan Nahdatul Ulama yang membekalkan daging di Indonesia.

Di harapkan Azizan Razak tidak memberi jawapan bodohnya itu " Saya Tak Tahu" sebab jawapan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang di beri kuasa oleh rakyat mentadbir Kerajaan Negeri.


Gambar Terkini Kehadiran PM Ke Tanjung Dawai

Kehadiran YAB DS Najib Razak untuk bersarapan dengan penduduk Tanjung Dawai di sambut oleh ribuan penduduk Tanjung Dawai sebelum YAB DS Najib Razak meneruskan perjalanan ke Pantai Merdeka dengan menaiki bot nelayan dari Jeti Tanjung Dawai ke Jeti Pantai Merdeka bagi menghadiri program Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendedahan Pelajar Malaysia Yang di Kaitkan Dengan Al_Qaeda




SUNGKAI – Dia adalah seorang pelajar kolej yang suka bersendirian dan lebih suka berdoa dan solat berseorangan di masjid yang sering dikunjungi.

Ini menimbulkan rasa aneh di kalangan jemaah lain kerana solat berjemaah digalakkan dalam Islam dan menjadi salah satu sebab mengapa umat Islam pergi ke masjid atau surau.

“Dia kerap pergi ke masjid, tetapi dia akan bersembahyang bersendirian dan tidak akan menyertai kami,” kata seorang jiran di Beranang.


“Dia kelihatan seperti budak yang baik dan bagus walaupun sangat pendiam dan tidak suka bergaul. Apabila saya menegurnya, dia akan membalas senyuman tetapi dia tidak akan berhenti untuk berbual,” tambah jiran.

Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, yang telah ditahan di Lubnan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, adalah seorang pelajar yang pendiam dan baik, kata rakan kolej dan warden.

Pelajar Kolej Yayasan Felda Trolak di Sungkai, Mohd Razali Husin berkata dia terkejut apabila mendengar berita penangkapan Razin.

Dia menyifatkan Razin sebagai seorang yang kuat agama dan pendiam.

“Saya bertemu dengannya pada bulan Julai 2011 apabila kami mendaftar untuk kursus Diploma Sains Komputer di kolej. Kami kemudian menjadi kawan.

“Razin tidak pernah membuat apa-apa masalah dengan pensyarah atau pelajar lain dan kita biasanya dapat mencari dia di surau,” kata Razali.

Dia menambah, Razin cemerlang dalam pelajarannya dan tidak pernah bercakap tentang Timur Tengah atau jihad.

“Kami terputus hubungan apabila mula menjalani latihan praktikal pada bulan September di organisasi yang berbeza.”

Razali dan warden tidak pernah mendengar tentang penangkapan Razif Mohd Ariff yang telah ditangkap dengan Razin di Lubnan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.

Razif, 30 dipercayai telah merekrut Razin menyertai militan (dan bukan sebaliknya seperti yang dilaporkan sebelum ini).

Warden, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata Razin adalah seorang pelajar yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.

Dia berkata Razin, yang bergraduat tahun ini, sering memetik ayat-ayat al-Quran dalam perbualannya.

“Tak ada apa-apa yang luar biasa mengenainya,” katanya.

Maklumat daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Razin bekerja dengan LPP di Melaka selama dua minggu dari 18 Oktober sebagai seorang pembantu hal ehwal ekonomi.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Zulkifly Ismail berkata: “Walau bagaimanapun, dia tidak memberi kesemua dokumen yang relevan seperti laporan perubatannya. Dia tidak hadir untuk bekerja sejak 3 Oktober, jadi kita tidak mengesahkan kedudukannya. “

Pengarah LPP Melaka Mohd Fauzi Badron menambah: “Apabila dia tidak melaporkan diri untuk bekerja selama tiga hari, saya menghantar pegawai saya untuk memeriksa bilik yang disewa. Mereka mendapati motosikalnya, komputer riba dan pakaian di rumahnya yang terletak di pusat bandar. Ia kelihatan seolah-olah dia tidak ke mana-mana.

“Dia kelihatan seperti lelaki biasa.”

Rupa-rupanya, keluarga telah membuat pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen untuk mencari di mana Razin berada dan mendapati dia telah meninggalkan negara.

Ibu bapa Razin tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Tidak banyak yang diketahui tentang keluarganya kerana suami dan isteri dan anak tunggal mereka tidak suka bergaul, menurut jiran-jiran mereka di pinggir bandar Beranang.

Seorang jiran, yang enggan namanya disiarkan, berkata ahli keluarga ini jarang dilihat di luar rumah mereka dan mereka tidak bergaul dengan orang lain.

Seorang jiran, Walid, berkata Razin tidak bercampur dengan lelaki lain di kejiranan.

Dia berkata budak lelaki itu kerap pergi ke masjid, tetapi solat dan berdoa sendirian.

Apabila diberitahu bahawa Razin adalah salah seorang suspek yang dikaitkan dengan al-Qaeda, Walid berkata: “Saya tidak fikir dia mampu menjadi anggota militan.” – mStar Online

Tu Dia !!! Awal-Awal Pagi Buta Hadi Awang Bermimpi Pasal Hudud PAS




Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) dijangkakan berlangsung bila-bila masa saja dari sekarang dan sebagaimana biasa, makin dekat musim pilihanraya maka kian aktiflah para pemimpin pembangkang misalnya dari PAS mendendangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud.

Itulah yang terjadi kini apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tiba-tiba sahaja memberi kenyataan terbuka mendakwa sudah wujud titik temu di antara DAP dengan PAS berhubung isu hudud PAS yang sedang hangat diperdebatkan tika ini.

Menurutnya, "Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. 

Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional," demikian kata Hadi dalam satu kenyataannya semalam.

Dari bait demi bait kenyataan rasmi Presiden PAS itu, ternampak jelas Hadi cuba membersihkan imej keras DAP khususnya dalam hal melibatkan isu hudud.

Itulah hakikatnya sejak dulu, pemimpin PAS akan senantiasa mencari hujah yang bersimpul-simpul semata-mata memepertahankan rakan sepakatannya sekalipun sudah disedarinya DAP tidak pernah berganjak dari pendiriannya dalam isu tersebut.

Entah di mana wujudnya titik temu bagi DAP dan PAS dalam isu hudud sukar dimengertikan. Seringkali yang terjadi apabila isu hudud di bawa ke mesyuarat tertinggi PR akan berakhir dengan kenyataan 'hudud bukan keutamaan PR" ataupun "hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah negara".

Kemudian macam biasalah, para pemimpin PAS akan gebang keliling kampung kononnya UMNO yang menolak perlaksanaan hudud. PAS yang berjanji, PAS yang memasukkan janji hududnya dalam manifesto 1986 dan 1990, UMNO pula yang dipersalahkan.

Kalau soal penerimaan DAP terhadap Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara dijadikan asas oleh Hadi untuk mendakwa wujudnya kesepakatan diantara mereka, jelaslah Hadi sudah terbelit dengan lidah sendiri.

Mana tidaknya bila sebelum ini, Hadi jugalah yang mentakrifkan perlembagaan negara sebagai perlembagaan kafir, jahiliah dan sekular melalui amanatnya kira-kira hampir 30 tahun lampau, namun kini perlembagaan itu pula yang dijadikan sandaran oleh PAS untuk menonjolkan konon sudah wujud kesepakatan dan titik temu antara DAP dengan PAS.

Satu-satu caranya untuk PAS membuktikan betapa seriusnya mereka untuk melaksanakan hudud mengikut lunas demopkrasi berparlimen ialah dengan bertanding di minima 167 kerusi parlimen dan menang di sekurang-kurangnya 148 kerusi tersebut supaya perlembagaan negara dapat dipinda bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud PAS.

Soal dasar dan prinsip perjuangan PR pun tidak mampu ditentukan oleh PAS, hatta untuk menuntut hak kuota bertanding di minima 100 kerusi juga tak tercapai dek kemampuannya, apatah lagi mahu bertanding di 167 kerusi parlimen.

Hadi boleh terus bermimpi indah sambil mengharapkan para penyokong PAS serta umat Islam keseluruhannya percaya bahawa PAS benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud, tapi hakikatnya realiti yang terpampang depan mata tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak.

Baik dalam Buku Jingga yang menjadi dasar perjuangan PR dan dipersetujui oleh PAS mahupun dalam mana-mana mesyuarat peringkat tertinggi pimpinan PR berkaitan isu hudud, semuanya jelas menunjukkan PR mahupun PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Janji demi janji sejak dulu hingga kini sama ada dari mulut Presiden PAS mahupun lain-lain pemimpinnya, hanyalah gebang dan dongengan semata-mata, tak lebih tak kurang hanyalah bertujuan supaya penyokong PAS terus lena dibuai mimpi indah. Realitinya, jauh panggang dari api.

Gempar !!! Benarkah Malaysia Sebuah Negara Pengganas


Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara pengganas ekoran penahanan dua rakyat negara ini di Lubnan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menarik !!! Video Antara Manusia-Manusia Terpantas Di Dunia




Tuesday, October 30, 2012

Gempar !!! PARIS Bakal Di Landa Tsunami Yang Pernah Berlaku 1500 Tahun Lalu



PARIS - Satu kejadian tsunami akibat runtuhan batu yang berlaku 1,500 tahun lalu telah mencetuskan ombak setinggi 13 meter sekali gus menenggelamkan kawasan di sepanjang tebing Tasik Geneva, Switzerland, lapor beberapa saintis kelmarin.

Kejadian tersebut membayangkan bandar raya Geneva dan Lausanne mungkin dilanda tsunami.

Ia juga boleh berlaku di beberapa buah bandar lain yang terletak di tepi tasik kawasan pergunungan dan fiord di Switzerland.

"Risiko tersebut dipandang remeh oleh kebanyakan orang yang tidak mengetahui bahawa tsunami boleh berlaku di kawasan tasik," kata seorang saintis di Universiti Geneva, Switzerland, Katrina Kremer.

Dalam sepucuk surat kepada jurnal saintifik, Nature Geoscience, sekumpulan saintis yang diketuai Kremer menyatakan mereka telah mengkaji bencana itu yang berlaku pada tahun 563 dan dikenali sebagai Peristiwa Tauredunum.

Menurut para saintis itu, terdapat bukti bahawa sebahagian tanah di sebuah kawasan pergunungan jatuh ke dalam Sungai Rhone, lima kilometer dari tasik berkenaan.

Pasukan Kremer itu menggunakan radar canggih untuk meninjau kawasan yang paling dalam di tasik tersebut.

Anggota-anggota kumpulan itu menemui timbunan mendapan sepanjang lebih 10 kilometer (km), lebar 5km dan ketebalan sehingga 5m.

Menurut Kremer, sepanjang tempoh 10,000 tahun lalu, beberapa kejadian tsunami yang besar berlaku di Tasik Geneva.

Justeru, katanya, kejadian itu boleh berlaku lagi.

Sebelum ini kejadian tsunami kerap dikaitkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di dasar laut berdekatan kawasan pantai. - AFP

Panas !!! Kes Projek Lembu Azizan Razak Yang Memalukan PAS Kedah.



Sikap dwistandard pembangkang yang hanya gemar mencari salah kerajaan tetapi menutup mata jika sesuatu skandal itu melibatkan mereka walaupun ia melibatkan wang rakyat, terbukti semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Malah pemimpin-pemimpin pembangkang juga mula memperlihatkan reaksi tidak selesa apabila kelemahan mereka 'dilondehkan' wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sedangkan selama ini pakatan itu mendabik dada kononnya telus dan berakauntabiliti.

Semuanya bermula apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mempersoal mengapa pembangkang cuba menutup skandal penternakan lembu Kedah Corporation Berhad (KCB) bernilai RM1 juta yang mempunyai persamaan dengan kes National Feedlot Corporation (NFC).  

Sedangkan jelas beliau, sebelum ini pemimpin pembangkang begitu ghairah dan cukup bernafsu mendedahkan kontroversi projek NFC sehingga pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan. 

 "Isu penternakan lembu bernilai RM1 juta yang dilaksanakan KCB yang dibangkitkan dalam laporan audit cuba ditutup oleh pembangkang apabila kita lihat tiada seorang pemimpin mereka membangkitkan isu ini sedangkan ia hampir sama dengan kes NFC.

"RM1 juta mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia 0.10 peratus daripada bajet kerajaan negeri Kedah yang berjumlah RM1 bilion. Peratusan itu sama dengan kes NFC yang juga 0.10 peratus berbanding bajet kerajaan Pusat.

 "Ini skandal besar bagi sebuah negeri yang memiliki ekonomi seperti Kedah tapi mengapa pemimpin pembangkang tidak timbul isu ini, mengapa dwistandard," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang).

Mengulas mengenai persoalan tersebut, Hamim berkata, satu sidang media akan diadakan esok selepas mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diketuai Timbalan Pengerusinya, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) bagi membincangkan perkara itu.

"Cuma saya nak jelaskan di sini, saya setuju dengan Kota Belud. Pembangkang jelas sekali dwistandard apabila skandal itu membabitkan mereka. Sepatutnya kalau nak tegur, tegurlah semua, jangan main pilih bulu. Kalau tak betul, cakap tak betul," katanya.

Kurang selesa apabila sikap pembangkang dilondehkan, Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangun mencelah dengan bertanya, kalau skandal, siapa isteri atau suami kepada Exco Kerajaan Negeri Kedah yang terbabit dalam projek penternakan itu.


Tindakannya itu kemudian dibidas Abdul Rahman apabila dengan tegas beliau berkata, siapa pun yang terlibat, kecil atau besar nilai skandal tersebut, apa yang pasti ia melibatkan wang rakyat dan kerugian sudah pun berlaku.

Tu Dia !!! Buat Kerja Penipu Kerajaan Pentadbiran PAS Kedah Di Dedahkan. #tukarkedah

Kalau buat kerja tak menipu rakyat, itu bukan namanya parti PAS la. Segala buat kerja puak-puak PAS ni dalam mentadbir Kedah dah tak boleh lekang dok menipu rakyat Kedah


Sekiranya orang tidak tahu akan penipuan PAS Kedah, pastinya akan mempercayai apa yang tertulis pada papan iklan di atas yang di pasangkan PAS Kedah berkenaan perlombongan bijih besi dan hasil balak yang di perolehi ketika PAS mentadbir Kerajaan Negeri.

Berkenaan fakta perlombongan bijih besi di Gurun, sehingga sekarang Kerajaan Negeri belum mendapat sebarang bayaran royalti seperti yang di perkatakan pada papan kenyataan berkenaan, bayaran royalti RM10 Juta setahun kepada Kerajaan Negeri.

Yang menghairankan papan iklan ini hanya di pasang di sekitar luar bandar di mana tempatnya kurang pengguna internet, dan tak di pasangkan di sekitar bandar di mana kebanyakan penduduk mengetahui akan maklumat berkenaan perlombongan bijih besi di Gurun melalui laman internet.

Kalau semua nak tahu papan iklan ini adalah kepunyaan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah, di mana Pengarahnya, Datuk Mohamad Nor Rofie ( Totok PAS ) 

Kalau semua nak tahu, Datuk Mohamad Nor Rofie ni ada kena mengena juga dalam perbalahan antara puak Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dengan SUK Negeri Kedah, Dato' Wira Hj Rasli Basir. (Nanti Geng Team Media Kedah akan dedahkan )

Berbalik kepada penipuan PAS Kedah. Tindakan memasang papan kenyataan itu tidak lain tidak bukan, niat  puak PAS Kedah hanyalah hendak menipu orang luar bandar yang tak tahu akan hal sebenarnya yang berlaku di mana PAS Kedah begitu lemah di dalam mentadbir Kerajaan Negeri.

Mengenai pembalakan pulak yang di paparkan di papan iklan tersebut. Puak PAS Kedah hanya menerangkan RM80 Juta hasil yang di perolehi Kerajaan Negeri, tetapi tidak menerangkan berapa jumlah keluasan balak secara halal, keluasan balak secara haram dan keluasan balak yang melanggar undang-undang yang telah di sapu di sebalik hasil RM 80 Juta itu.

Nampak sangat puak PAS dok penipu orang luar bandar terutamanya penyokong PAS yang selalu dok kena kencing dengan maklumat yang di putar belit.

La ni Jom kita cabar Puak PAS Kedah serta Pengarah PTG Kedah dedahkan berapa keluasan keseluruhan balak halal yang telah di ambil di Kedah ( tidak termasuk kawasan pembalakan haram kerajaan negeri ) dan berapa peruntukan keluasan balak yang di luluskan setahun di seluruh Kedah pada tahun 2008, 2009,2010 dan 2011.

Tu Dia !!! Pendedahan Penipuan SUARAM Berkaitan Sidang Akhbar Musa Hassan Adalah Agenda Pakatan Haram





Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'. 

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

Tu Dia !!! Azizan Razak Nampak Bengap Bila Sering Tak Tahu Apa Yang Berlaku Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah

Raja Balak Malaysia..

Azizan Razak MB Kedah paling tersohor (dari belakang) membuat penafian bahawa projek Papua New Guinea tu bukan atas tanggung jawabnya. Kiranya dari mula projek tu, sampai ke habis pun, dia taktau. Pisau Kedah taktau la apa fungsi dia sebagai MB Kedah. Kalau dia asyik taktau saja apa yang berlaku.

Itu yang kita dengar dari mulut Azizan, mulut nak pelepas diri.

Tapi bila pulak si Azizan nak jawab persoalan yang diutarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah ni? Alaa.. Ustaz, Ketua Pemuda saja pun, takkan Ustaz sebagai MB dah rasa tercabar kot? he he



Ustaz kan MB Kedah yang paling hebat dan macho habis.. jawab la persoalan tu.. kacang goreng saja tu kann Ustaz kann..

Persoalan Pertama. Siapa yang membenarkan Dato' Puad Pegawai Kewangan Negeri ke London untuk membuat pinjaman kewangan?

Persoalan Kedua Siapa tanda tangan cek untuk pelaburan ke Papua New Guinea? Bukankah Chairman dan board of director KCB saja yang boleh luluskan cek yang lebih dari rm10,000.

Persoalan Ketiga. Pasal lembu kat Australia.. Pisau Kedah tau pasai lembu tu.. tapi takpa, Mc tak persoalkan bab tu dulu. Nanti kita londeh kemudian.  

Pasal tanda tangan cek tu, awat Azizan kata dia taktau? Pelik kann??

Azizan boleh tolong jawab tak? 


Sumber :- Kedah Ke Kl

(Patut Baca) Azizan Razak Punca Sebenar KCB Tanggung Beban Kewangan Projek 99 East Di Langkawi



Pihak Blogger pencacai PAS Kedah masih lagi tak faham dan bengap dalam isu projek 99 East di Langkawi apabila menuduh Kerajaan Pentadbiran BN dahulu yang telah menyebabkan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS menanggung beban di atas projek berkenaan.

Yang hendak membatalkan projek berkenaan adalah Kerajaan Negeri pentadbiran PAS setelah menganggap pemilikan saham 20% dalam syarikat 99 East Langkawi SDN BHD oleh Kedah Corporation Berhad (KCB) tidak berbaloi kerana gagal memenuhi sikap tamak Azizan Razak yang mahukan jumlah saham lebih dari seperti apa yang di janjikan di awal perjanjian usahasama diantara KCB dan Syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd.

Harus di ingat projek yang bernilai RM1.9 billon itu kesemuanya di laburkan oleh syarikat Terra Monda, dan KCB hanya menyediakan tanah sahaja untuk di bangunkan projek 99 East di Langkawi.

Mengapa perlu Azizan Razak bersikap bodoh sombong dan tamak mahukan lebih dari 20% saham dalam syarikat 99 East Langkawi Sdn Bhd sedangkan KCB hanya sediakan tanah untuk di bangunkan dan tanah yang hendak di bangunkan itu harus di ingat bukannya di jual kepada pelabur seperti mana yang telah di lakukan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS apabila menjual tanah wakaf Madrasah Salihiah kepada Sonny Ho untuk di bangunkan pusat membeli belah.

Selepas gagal mendapatkan saham lebih dari 20%, Azizan Razak tanpa berfikiran panjang serta di cucuk orang sekelilingnya mahu membatalkan projek berkenaan pulak yang akan membebankan syarikat KCB untuk menanggung beban kewangan bagi membatalkan perjanjian dengan syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd.

Sebenarnya projek berkenaan bukan saja pihak Kerajaan Negeri mendapat perolehan saham 20% dalam 99 East Langkawi Sdn Bhd melalui KCB. Kerajaan Negeri boleh mendapat perolehan cukai dari keuntungan pelaburan serta penyediaan perkhidmatan.

Ternyata yang menyebabkan KCB menanggung beban kewangan untuk membatalkan projek 99 East di Langkawi adalah sikap ketamakan dan kebodohan Azizan Razak selaku pengerusi KCB.

Setelah tidak mahu bertanggungjawap Azizan Razak mengatakan perjanjian projek berkenaan di antara KCB dan Terra Monda, KCB tidak memiliki tanah yang di janjikan di Bukit Malut Langkawi kerana tanah berkenaan di miliki sebahagian besarnya oleh Permodalan Kedah Berhad (PKB) salah satu syarikat GLC Kerajaan Negeri yang di pengerusikan Azizan Razak.

Lawak gila bila membuat alasan tanah yang di janjikan kepada Terra Monda di bangunkan itu tidak di miliki KCB yang di pengerusikannya maka menjadi salah satu punca untuk di batalkan.

Hakikatnya pengambilan tanah tu boleh di lakukan Azizan Razak dari PKB ke KCB kerana kedua syarikat GLC Kerajaan Negeri di miliki penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) itu sebenarnya di pengerusikan oleh Azizan Razak selain itu Azizan Razak mempunyai kuasa eksekutif di setiap GLC Kerajaan Negeri.


Bukti !!! Demi Jawatan Perdana Menteri, Anwar Sanggup Menjilat Kembali Kekotoran Yang Di Ludahkannya



Demi jawatan yang di idamkan  Anwar Ibrahim, dia sanggup menjilat kembali kekotoran yang telah di ludahkannya kepada PAS dan DAP pada tahun 1995.

Sebenarnya Anwar sememangnya dari dahulu tidak menyukai PAS dan DAP tetapi terpaksa bersatu dengan PAS dan DAP demi mendapat jawatan yang di idamkannya.

PAS menggunakan kesempatan setelah di perbodohkan Anwar untuk melunaskan dendam kesumat terhadap UMNO setelah kecewa tidak dapat menguasai Malaysia.

DAP pulak lebih cerdik dari PAS apabila menggunakan Anwar sebagai batu loncatan untuk mempermudahkan DAP menguasai Malaysia kerana Anwar bakal akan di jatuhkan DAP setelah Pakatan Haram berjaya memiliki kuasa di Malaysia dengan menggunakan kumpulan  rahsia DAP yang telah di latih pihak yahudi iaitu kumpulan G17
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog