pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 31, 2013

Video Eksklusif !!! Janji Ds Najib Razak Kepada Orang Muda Kedah Buat PAS Gelisah Di PRU13 #BNPilihanOrangMuda



Pada PRU12 yang lalu, PAS Kedah telah berjanji kepada golongan muda yang mempunyai minat kepada pemotoran, PAS Kedah akan bina litar lumba untuk golongan muda di Kedah sekiranya PAS memenangi Kedah.

Setelah hampir lima tahun berlalu, janji berkenaan tidak pernah di tepati PAS Kedah setelah menjadi Kerajaan Negeri.

Sehubungan dengan itu, YAB DS Najib Razak telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan golongan muda yang berminat kepada pemotoran apabila berjanji akan membina Litar Lumba untuk golongan muda sekiranya BN mentadbir Kedah selepas PRU13.

Janji berkenaan akan di masukan dalam Manifestor BN Kedah di PRU13 ini.


Bukti !!! Puluhan Ribuan Anak Muda Kedah Sokong BN @NajibRazak @tunfaisal @khairykj #BNPilihanOrangMuda




Gambar lebih layak bercerita. Sambutan Himpunan Orang Muda Kedah Bersama PM begitu meriah dan padat. Lebih 30k orang muda berkumpul untuk menunjukan sokongan kepada PM yang disayangi. Ternyata jiwa orang muda lebih terarah kepada Kerajaan Persekutuan yang memerintah.

Masa untuk anak muda Kedah berubah.. #TukarKedah

Jangan lupa kunjungi BN youth Jobs Fair, banyak kerja kosong adaaa..

Kedah Ke KL

Video Menyayat hati !!! Seorang kanak-Kanak Etnik Rohingya Di Dera Bapa Tiri

Foto


Selama tujuh tahun seorang kanak-kanak Etnik Rohingya, Syafiq ( 10 tahun ) di dera oleh bapa tirinya tanpa balas kasihan.

Akibat di dera dengan begitu lama, Syafiq mengalami masalah daya ingatan yang agak serius dan kini telah di tempatkan di rumah anak yatim Selayang setelah menerima rawatan dari hospital tempatan.


Panas !!! DAP Mahu Pergunakan Anak Raja Untuk Raih Keuntungan Politik


Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?

Wednesday, January 30, 2013

Tu Dia !!! Nizar Jamaluddin Anggap Mayat William Yau Zhen Zhong Adalah BANGKAI @mbnizar



Keterlaluan !!! itulah yang boleh di perkatakan kepada bekas Menteri Besar Perak yang gila meroyan, Nizar  Jamaluddin di atas tindakan biadapnya tidak menjaga sensitiviti menganggap mayat William Yau Zhen Zhong yang di temui mati baru-baru ini merupakan bangkai.


Dalam kenyataan yang di buat dalam Twitter Nizar Jamaluddin berbunyi " The Carcass Gatherers : BN politicians rush to cash in on William's death ". yang bermaksud " Pengumpul Bangkai : Pemimpin BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William ".

Ternyata apa yang di perkatakan Nizar Jamaluddin berkenaan bangkai ianya merujuk kepada mayat William Yau Zhen Zhong.

Tergamak Nizar Jamaluddin menganggap mayat William merupakan bangkai.

Perkataan bangkai sekiranya nak di ikutkan ianya merujuk kepada jasad binatang yang sudah mati dan bukannya untuk merujuk kepada jasad manusia seperti yang di nyatakan Nizar Jamaluddin

Nizar Jamaluddin patut tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka di atas kebiadapannya menghina mayat William Yau Zhen Zhong.

Panas !!! Kenyataan Bishop Kristian Yang Memalukan Kepimpinan PAS


Bagaimana Hadi Awang serta beberapa beberapa pemimpin dalam PAS yang kononnya mengakui memperjuangkan Islam sanggup memperdagangkan kalimah Allah demi menjilat parti DAP yang menuntut penggunaan kalimah Allah di guna pakai oleh agama Kristian sedangkan Bishop Kristian menuntut Kristian tidak mengguna pakai kalimah Allah dalam Bible.

Semua kita tahu, tuntutan DAP ke atas kalimah Allah adalah tuntutan yang mempunyai agenda keuntungan politik semata-mata setelah diminta pengiat kristianisasi dari luar yang cuba memerangi Umat Islam di Malaysia.

Sehingga kini Ketua Pakatan Haram, Anwar Ibrahim yang berfahaman Islam Liberal tetap dengan keputusan  yang telah di lakukan Hadi Awang di dalam mensyuarat Majlis Presiden Pakatan Haram baru-baru ini walaupun Hadi Awang bersama PAS terpaksa membuat U-TURN dengan keputusan yang telah di buat kerana ianya di tentang hebat oleh Majlis Syura Ulama PAS serta penyokong akar umbi PAS.

Apakah Majlis Syura Ulama PAS serta penyokong akar umbi PAS menganggap tindakan Hadi Awang membuat U-TURN merupakan tindakan yang bijak dan dapat menghalang tuntutan yang di lakukan DAP ?

Sebenarnya tidak !!!. kerana Majlis Syura Ulama PAS serta penyokong akar umbi PAS harus tahu bahawa yang bakal di angkat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menang di PRU 13 adalah Anwar Ibrahim dan bukannya pemimpin dari kalangan pemimpin PAS.

Pastinya DAP akan mempergunakan kesempatan yang di perolehi sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri untuk menuntut apa yang di hajati mereka untuk memerangi bangsa Melayu dan Agama Islam.


Panas !!! Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kupang Mula Mengelabah Tipu Duit Orang Kampung



Di sebalik pendedahan yang di lakukan Team Media Kedah berkenaan isu duit orang kampung di tipu Pejabat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Dun Kupang ( Johari Abdullah ), seorang wakil dari pejabat berkenaan Cikgu Kadir telah tampil kononnya mahu membuat pencerahan.

Pencerahan dari wakil PKWR, :-


 Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.

Tu dia !!! punya dok gelabah terkantoi, sampai tahap nak saman penduduk kampung pulak dah yang kononnya individu yang bernama Tahak Lahamad tiada dalam senarai pemohon dari pihak juru ukur kerana tidak menerima apa-apa bayaran daripada individu yang bernama Tahak Lahamad.

Kalau semua nak tahu, Tahak Lahamad dalam kenyataan yang di lakukan, terang-terang dia menyebut tanah yang di usahakannya adalah milik anak-anaknya. ketiga-tiga orang anaknya telah membuat bayaran hampir RM 10,000 kepada Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas yang beralamat di PKWR Dun Kupang untuk mendapatkan geran setelah di janjikan Kerajaan Negeri.

Mari kita dengar betul-betul video kenyataan Tahak Lahamad yang sempat di rakamkan Pisau Kedah ketika sesi dailog di antara penduduk kampung yang merasa tertipu bersama dengan Penasihat Undang-Undang Unit Media Baru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Mohammad Ammar Aziz.



Dalam minit yang ke 2.07, individu yang bernama Tahak Lahamad dengan terang-terang menyebut resit tu atas nama anaknya dan bukannya atas namanya Tahak Lahamad.

Pisau Kedah cabar PKWR failkan saman kepada Tahak Lahamad seperti apa yang di perkatakan wakil PKWR Dun Kupang, Cikgu Kadir dalam pencerahannya. 

Pisau Kedah sedia membantu Tahak Lahamad walaupun terpaksa bergadai harta !!!

Pisau Kedah agak musykil dengan pencerahan yang di beri wakil PKWR berkenaan " Pihak Juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran dari Tahak Lahamad "

Sebenarnya siapa yang menerima bayaran mengukur tanah yang sebenarnya ini walau pun bukan dari bayaran yang di buat Tahak Lahamad ?

Adakah pihak PKWR atau syarikat Juru Ukur ?

Kalau nak di ikutkan resit cap ayam yang di berikan kepada pihak ( Orang kampung ) yang membayar kos mengukur adalah datang dari Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas yang beralamat di PKWR dan bukannya dari syarikat juru ukur yang di lantik.



Mengapa perlu hendak menunding jari kepada pihak syarikat juru ukur yang di katakan memungut duit dari orang kampung sedangkan yang terimanya adalah pihak PKWR ?

Selain itu, wakil PKWR, Cikgu Kadir juga membuat pencerahan bahawa :-


Bayaran yang diambil (bergantung kepada keluasan tanah yang dipohon dan diusahakan) bukan untuk mendapatkan geran tanah tetapi adalah upah jurukur tanah (Prosedur biasa permohonan tanah). Pihak PKWR tidak mengambil satu senpun dari bayaran mengukur itu melainkan semuanya adalah urusan antara juruukur dan tuan tanah.

Aik .., Orang kampung membuat bayaran kepada PKWR Dun Kupang bukan untuk mendapatkan geran sebaliknya adalah upah jurukur tanah ??? 

Oiii bengap !!! tujuan orang kampung membayar upah jurukur adalah untuk membuat geran, bukannya suka-suka orang kampung yang usahakan tanah Gunung Inas bayar untuk membuat pengukuran semata-mata sahaja.

Lagi pun Kerajaan Negeri yang berjanji nak bagi geran, orang kampung pun bayar la duit kepada PKWR Dun Kupang. Tapi bila orang kampung bayar dah hampir dua tahun, bayang geran pun tak nampak seperti yang di janjikan sedangkan kebanyakan daripada mereka sudah menjelaskan semua bayaran yang di kenakan PKWR.

Pencerahan berkenaan pihak PKWR tidak mengambi satu sen pun dari bayaran mengukur merupakan pencerahan paling lawak yang di buat. Langsung tak ada bukti di berikan untuk menafikan mendapat persen dari bayaran yang di buat orang kampung.

Kalau tak makan persen dari bayaran orang kampung, bagaimana Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas di wujudkan di PKWR dan nak hidup ? 

Kos mengurus tadbir Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas nak dapat duit dari mana nak beroperasi ?

Duit gaji Johari Abdullah sebagai wakil rakyat ka ?.

Nampak sangat puak PKWR Dun Kupang dah mengelabah !!!.


PKWR Kupang sentiasa berurusan dengan PTG berhubung permohonan tanah tersebut dan dimaklumkan permohonan tersebut dalam proses akhir kelulusan sebelum diserahkan kepada pemohon.

Biaq betul PKWR Dun Kupang sentiasa berurusan dengan Pejabat Tanah Dan Galian dengan mengambil masa hampir 2 tahun ??

Dari maklumat pihak yang pergi membuat pencarian fail pemohonan di Pejabat Tanah, tiada fail yang di buka di atas tanah yang di ukur jurukur .

Pihak penduduk kampung pun tidak pernah mendapat surat dari Pejabat Tanah bahawa geran yang di pohon  sedang di proses sepertimana biasa yang selalu di terima orang yang hendak membuat geran tanah. 

Kalau benar la pemohonan geran dapat di berikan dalam masa terdekat, Alhamdulillah.. syukur Pisau kedah ke Allah S.W.T kerana tindakan yang di ambil orang kampung untuk mendesak Kerajaan Negeri menepati janji di berkati. 

Sekiranya apa yang di perkatakan hanya la omong kosong saja. pihak PKWR harus membuat pembayaran balik duit orang kampung kerana tidak mampu menunaikan janji yang di lakukan.



Pisau Kedah :-

Dengaq kata, duit yang di kutip dari orang kampung di katakan telah di curi setelah PKWR di pecah masuk. Segala dokumen dan duit sudah lesap sehinggakan pembayaran kepada syarikat Jurukur tersangkut ... Betul Ka ?? atau saja-saja buat alasan nak elak duit di tuntut ??

Berita Baik Untuk Golongan Muda Kedah Yang Mahu Membina Kerjaya Bersama #BNYJobsfair13 @McTheoryCroniez @tunfaisal @khairykj



Sempena Himpunan Orang Muda Kedah bersama Perdana Menteri yang akan berlangsung 31 Januari 2013 sehingga 02 February 2013, pihak penganjur telah menyediakan bermacam-macam program untuk golongan anak muda di Kedah.

Antara program yang paling menarik di sediakan adalah untuk golongan anak muda Kedah yang masih mencari-cari peluang pekerjaan, golongan anak muda yang mahu membina kerjaya baru atau menambahkan jumlah pendapatan melalui sumber lain.
BNYJF13 Logo.jpg
Pihak penganjur melalui inisiatif Pemuda Barisan Nasional, buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 2013 telah mengadakan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di Kedah sempena Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri dengan menampilkan lebih dari 85 agensi kerajaan dan syarikat swasta yang menyediakan 4,200 peluang kerjaya dari segi pekerjaan dan perniagaan.

Bagi golongan muda yang mahu membina kejaya melalui perniagaan, latihan dan kemahiran, bimbing keusahawanan dan khidmat nasihat serta kemudahan pinjaman perniagaan turut di sediakan di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair.yang di adakan di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar.

Karnival Kerjaya berkenaan akan berlangsung selama 2 hari, bermula 31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013.

Golongan muda Kedah yang masih mencari atau mahu membina kerjaya baru di jemput hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan peluang keemasan yang di sediakan di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri.

Panas !!! Setelah Di Singkirkan Dari Majlis Syura, Ustaz Nasha Akan Sertai ILMU Demi Memertabatkan Islam ??



Demi memertabatkan Islam di Malaysia, Ustaz Fathul Bari telah mempelawa Ustaz Nasha yang telah di singkirkan dari Majlis Syura Ulama PAS untuk menyertai Sekretariat Ulama Muda Malaysia ( ILMU ).

SHAH ALAM - Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), menerima dengan tangan terbuka sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhasrat menyertainya.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.

Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.

“Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai Ilmu, meskipun masih lagi menjadi ahli Pas. Ilmu merupakan NGO yang proUmno dan bukannya sepenuhnya dengan Umno.

“Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.

Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.

Majlis Syura Ulama Pas, pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari, menggugurkan Nasharudin sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh parti.

Keputusan menggugurkan Nasharudin diambil setelah mendapati tindak-tanduk beliau kebelakangan ini merugikan parti.

Menyayat Hati !!! 10 Ekor Gajah Mati Di Racun Di Kota Kinabalu


pix_topright
Kota Kinabalu: Menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang bergelimpangan di Hutan Simpan Gunung Raya, kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
Anak gajah yang diberi nama Kejora itu seperti kelaparan dan terselamat, tetapi masih dipantau berikutan turut terkena tempias racun berkenaan akibat meminum susu daripada ibunya. 
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Datuk Laurentius Ambu berkata, kejadian disedari pihaknya pada 29 Disember tahun lalu apabila menerima laporan kematian seekor gajah jantan di tempat kejadian.

“Namun, bilangannya meningkat dan sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
Foto
ANGGOTA JHL Sabah menjalankan siasatan terhadap seekor gajah yang disyaki diracun.

“Sepanjang dua minggu ini, tujuh daripadanya betina manakala selebihnya gajah jantan berusia empat hingga 20 tahun,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), di sini, semalam.- My Metro

@abby_abadi112 Kufur Nikmat !!! Keluar Fatwa Baru Berkenaan BERTAHMID


Siapa yang selalu BERTAHMID tidak menjadi orang pertama yang di panggil Allah S.W.T untuk ke syurga ??. 

Biaq betul fatwa terbaru Ostazah Mee Segera ni ??

Apakah ini hasil dari didikan ajaran PAS setelah menganut fahaman parti tersebut ??

Patut la selama ini Ostazah Mee Segera tidak pernah rasa bersyukur ( Kufur Nikmat ) dengan kenikmatan yang di turunkan Allah S.W.T ke atas kerajaan yang menjadi pentadbir di Malaysia kerana selama ini Ostazah Mee Segera menganggap BERTAHMID satu perkara yang tidak di sukai Allah S.W.T.

Elok la Ostazah Mee Segera PAS dengar nasihat Ayahnda Tun Dr Mahathir supaya selepas ini, Ostazah Mee Segera tidak kufur nikmat lagi.

Video Eksklusif !!! Ahli PAS Seumur Hidup Gesa Pengundi Jangan Undi PAS Di PRU 13 #tukarkedah



Apa nak di kata lagi, apabila Ahli PAS seumur hidup pun sudah mengesa pengundi jangan mengundi PAS di PRU 13 ini kerana parti PAS kini sudah tidak releven lagi dalam perjuangan Islam.

Kepada yang benar-benar memperjuangkan Islam di dalam PAS, pastinya akan menyedari akan perubahan hala tuju PAS dalam politik setelah bersama-sama parti DAP dan PKR.

PAS kini di lihat, tidak ubah seperti satu parti pencacai yang menjilat segala kekotoran yang di tinggalkan DAP dan PKR demi kerana keuntungan politik.

Panas !!! Ostazah Mee Segera Dah Gila Meroyan Apabila PM Ke Gaza


Pandai sungguh PAS mendidik Abby Abadi atau Ostazah Mee Segera PAS sehinggakan menjadi seorang Janda yang bermulut celaka.

Terbaru, Ostazah Mee Segera PAS dalam akaun twitternya telah mempertikai kunjungan YAB DS Najib Razak ke Gaza baru-baru ini.



Kunjungan YAB DS Najib Razak ke Gaza adalah bertujuan mewujudkan hubungan dan perpaduan sesama Umat Islam di dunia serta memberi semangat kepada Umat Islam Palestin yang telah di tindas rejim Zionis dan sekutunya.

Walaupun ramai yang melihat tindakan menjejak kaki ke Gaza telah mengundang kemarahan Israel dan sekutunya, keberanian Najib Razak harus kita bangga apabila dengan terang-terang menyatakan sokongan kepada Palestin.

Sekiranya Ostazah Mee Segera mengatakan kerajaan yang sedia ada tidak memperjuangkan Islam. Ternyata Ostazah Mee Segera bengap di dalam menilai kenikmatan yang di perolehi Umat Islam di Malaysia di atas keredhaan Allah S.W.T kepada pemimpin.

Pisau Kedah sarankan Ostazah Mee Segera mendengar video di bawah ini sebelum menuduh Kerajaan sedia ada tidak memperjuangkan Islam atau memperjuangkan Hukum Allah.

Tuesday, January 29, 2013

Panas !!! Pecat Nasharudin Bukti PAS Amal Kuku Besi




Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz.

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu PAS mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam.

Pemecatan Ustaz Nasha Pertanda PAS Semakin Lemah Untuk Berhadapan PRU13



Akhirnya Pas mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa dengan menggugurkan beliau daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Keputusan itu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan hanya persoalan mengapa Pas mengambil masa begitu lama untuk bertindak ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

Sejak Nasharuddin kalah kepada Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semasa Muktamar Tahunan Pas ke 57 pada tahun 2011 dan sejak itu beliau telah banyak bermuhasabah diri mengenai isu perpaduan umat Melayu di negara ini.

Sikap Nasharuddin yang lunak dalam isu perpaduan dengan UMNO menjengkelkan malah menaikkan bulu kening pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Murshidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Kepada Nik Aziz dan geng Anwarinas, Nasharruddin dilabel sebagai pengkhianat kerana berkawan dengan UMNO.

Malah heboh pada tahun 2009 isu kerajaan perpaduan yang dipelopori oleh kumpulan UG atau Unity Government yang mahukan kerjasama politik dengan UMNO demi kesatuan dan mengukuhkan posisi politik orang Melayu di Malaysia.

Nasharuddin adalah antara tokoh utama UG disamping Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tetapi malangnya Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi pimpinan parti untuk menolah inisiatif UG.

Sejak itu Nasharuddin menggangap dirinya seperti melukut di tepi gantang, disisih oleh partinya sendiri.

Malah beliau sendiri sebagai Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dikatakan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat ang diadakan.

Beliau sebaliknya menumpukan perhatian mengetuai sebuah badan swadaya yang dipanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.

Atas kapasiti itu Nasharuddin sering kelihatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini telah menaikkan darah Nik Aziz dan sekutu-sekutunya yang pro-Anwar atau Anwarinas.

Gambar beliau bersama Perdana Menteri di Mekah bertemu dengan ulama-ulama di kota suci itu telah menjadi heboh di kalangan ahli Pas.

Nik Aziz lebih sakit hati apabila melihat Nasharuddin menemani Datuk Seri Najib semasa lawatan sehari ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Mungkin itu menjadi 'the straw that breaks the camel's back' atau penyudah kepada perbuatan 'khianat' Nasharuddin terhadap partinya, lantas beliau dikeluarkan daripada badan tertinggi penentu dasar dan halatuju parti itu.

Nik Aziz juga berang dengan Nasharuddin yang sebelum ini menggesa Pas mengkaji semula kerjasama parti itu dengan PKR dan Dap dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berlaga angin pendirian Pakatan Rakyat dan Pengerusi Dap Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Tindakan ke atas Nasharuddin didakwa berlawanan dengan semangat 'jemaah' tetapi hakikatnya Pas adalah sebuah parti yang jumud dengan aliran pemikiran yang beku dan kaku.

Parti itu berlagak seperti hero Islam malah nama agama dipakai pada nama parti tetapi sebenarnya kepentingan politik Nik Aziz yang diperjuangan, bukan parti, ahli mahupun umat Islam.

Pas iri hati dan cemburu apabila melihat pemimpinnya seperti Nasharuddin bersikap bebas dan tidak terikat dengan budaya parti yang menjadikan UMNO sebagai musuh tradisi untuk selama-lamanya.

Inilah pemikiran yang dibawa oleh Nik AZiz dan dipaksa ke atas pas menjadikan parti iaitu sebuah organisasi siyasah yang statik dan progresif.

Nasharuddin seorang pemimpin Pas yang berfikiran terbuka serta mempunyai pandangan jauh berkaitan perpaduan Islam.

Bagi beliau perbezaan peendekatan politik yang diambil oleh UMNO dan Pas tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai melalui kaedah lain.

Inilah yyang dilakukan olehnya apabila sanggup bersama-sama Perdana Menteri demi agenda memartabatkan kepentingan Islam.

Jika Nik Aziz berfikiran terbuka dan berlapang dada, apa salahnya Nasharuddin berganding bahu bersama pemimpin kerajaan Barisan Nasional demi perjuangan rakyat Palestin?

Juga apa salahnya Nasharuddin menjadi perantara bagi Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan ulama-ulama tersohor Mekah?

Tetapi bagi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya perbuatan Nasharuddin adalah antara dosa paling besar, malah kalau berdasarkan 'Amanat Haji Hadi, sudah tentu beliau boleh dijatuhkan hukum kafir!

Panas !!! Blogger Pakatan Haram Kantoi Berdua-Duaan Dengan Bini Orang ???



Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam. Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.

Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.

Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam.  

Identiti blogger terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya. Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.

VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber - Haramkahdaily.net

Biasa la, puak Pakatan haram ni, memang suka sapu bini orang. Janda dan anak dara ada, dia taknak, bini orang juga yang depa sapu. Dosa pahala tolak tepi, apa yang penting 'sedap'.

Berita ini adalah jawapan kepada FITNAH "Anak Sungai Derhaka" kepada Blogger dan Troopers UMB. Kononnya troopers dibayar mengikut 'perkataan'. Satu perkataan dua ringgit. Dei macha, cerita bodoh dan fitnah macam lu buat, sapa pun boleh. Contoh 'cerita fitnah' macam cerita yang aku buat diatas.. sedap?

Gambar lu letak, haram takdak sekor pun UMB. Video yang lu taruk tu pun, bukan video UMB, itu video Tun Maharezza, atau lebih dikenali sebagai TMX. TMX takdak kena mengena langsung dengan UMB. Kalau lu nak fitnah, bikin elok-elok sikit la bro. Ini fitnah macam budak sekolah.

Bila tak betul sapa yang susah? Sapa yang malu? Fitnah bodoh macam lu, budak tabika punya karangan lagi sedap der.. he he..


Kedah Ke KL

Mazlan Aliman Tipu Peneroka FELDA Dengan Menggunakan Pakar Ekonomi Cap Ayam



Korang pernah dengar nama Mazlan Aliman? Kalau kenal dengan Mazlan Aliman, sudah tentu pernah dengar nama Dr. Rosli Yaakop. Tapi ramai tak tahu siapa Dr. Rosli ni, kan? Kata Mazlan Aliman, Dr. Rosli ni "pakar analisis ekonomi" dan dia dilantik jadi Penasihat Ekonomi ANAK...

Itu kata Mazlan Aliman. Seorang pengacau Felda yang bercerita tentang seorang rakannya yang akan "dikeldaikan" untuk membantunya mengacau saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Dah tentu dia akan "lambung" tinggi-tinggi "keldai"nya tu, kan?

Tapi, siapa sebetulnya Dr. Rosli ni? Meh sini aku cerita...heh!

Menurut maklumat yang aku dapat, Dr. Rosli ni bekas Ketua Jabatan di dalam Bank Negara dulu. Tapi khabarnya dia mengaku berjawatan Timbalan Gabenor Bank Negara..!!! Dia kerja kat situ selama 18 tahun...

Masa di Bank Negara, dia sempat sambung belajar dan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara sampai dia dapat PHD dalam bidang ekonomi. Bila dah dapat PHD, dia sokong pulak parti pembangkang. Dia masuk PAS.

Jenis tak kenang budi punya orang. Dia pakai duit rakyat untuk kepentingan dirinya dan bila dah dapat gelaran "Dr", dia hentam pulak kerajaan! Orang jenis macam ni pun ada..?

Nak tahu kenapa dia sokong pembangkang? Rupanya dia ni orang Anwar Ibrahim yang diseludup masuk ke dalam PAS. Anwar memang dah rancang dari awal????

Lepas keluar dari Bank Negara, Dr. Rosli ni pernah jadi CEO di Abrar Finance Berhad dan turut dilantik jadi Pengarah dalam beberapa anak syarikat Abrar tu. Abrar tu kumpulan syarikat kroni Anwar..!!! Mungkinkah Rahim Ghouse letakkan Dr Rosli di dalam anak syarikat kumpulan Abrar???


Memang satu keputusan yang baik masukkan Dr Rosli jadi CEO Abrar Finance sebab lepas tu “pakar ekonomi” ni telah kapankan Abrar Finance ni… Syarikat tu rugi hampir RM200 juta dan dibeli oleh AmBank kemudiannya. "Pandai" betul Dr. Rosli jaga finance syarikat Abrar tu, kan? Sampai "kena jual" dikerjakan syarikat tuuu...heh!

Mungkin dia dah tak laku untuk "dipungut" oleh syarikat-syarikat kewangan di Malaysia, ya lah perlantikan dalam institusi kewangan kena dapat approval Bank Negara. Kalau masa jadi CEO Abrar Finance dah dilingkupkan, takkan nak dapat approval kan.

Dr. Rosli terpaksa cari kerja di Bangladesh jadi CEO sebuah syarikat kewangan di sana.

Peliknya, dia kerja di Bangladesh, tapi dia banyak menghabiskan masa di Malaysia sebok bantu Mazlan Aliman buruk-burukkan saham peneroka dalam FGVH! Dia dah kena pecat dari syarikat di Bangladesh tu ke?

Dari apa yang diceritakan kat aku, Dr Rosli ni hanyalah pencacai ekonomi je. Dia mungkin tahu pasal ekonomi dan sikit-sikit pasal pasaran saham. Dia bukan pakar analisis pelaburan pun, tapi Mazlan Aliman yang bagi gelaran tu kat dia..heh!

Baru-baru ni pada 21 Januari lepas dia kata saham FGVH akan jatuh merudum. Kononnya pasal stok minyak sawit banyak dalam pasaran dunia dan kurang permintaan. Dia confident je ramal saham FGVH tu akan jatuh teruk sejak hari tu...

Mungkin Allah nak tunjuk la kan, lepas dia kata macam tu, harga saham FGVH melonjak naik dari RM4.38 kepada RM4.51..!!! Banyak tuuuu..!!! Kan dah kena sebijik..!!! Dr. Rosli kata jatuh merudum, sekali naik la pulakkkk..!!! Kah! Kah! Kahhhh..!!!

Pelik lah “pakar ekonomi” ni tak tahu harga saham semestinya ada turun naiknya mengikut perkembangan pasaran. Kadar inflasi pun turun naik.. Matawang pun turun naik … Takkan lah saham FGVH ajer yang menurun.. Kalau FGVH menurun, bermakna saham-saham berkaitan sawit macam Sime Darby, IOI, TH Plantations semua pun turun lah …

Macam tu ke ramalan "PAKAR ANALISIS" yang Mazlan Aliman pilih? Kalau Dr. Rosli ni jadi "pakar ekonomi" FGVH, saya yakin lingkup Felda dikerjakan dia. Sama la macam yang dia buat pada Abrar tu...habis lingkup sampai "kena jual" kat bank..!!!

Rasanya peneroka yang dah lebih 50 tahun buat ladang sawit lagi pandai… Mereka dah melalui asam garam turun naik harga sawit, boleh jadi “pakar ekonomi sawit” yang lebih baik daripada Dr Rosli
Jadi, mana kreadibiliti dia sebagai seorang "pakar ekonomi"?

Ramalan dia tu "sampah" belaka! Tak boleh pakai..!!! Sekaligus segala kenyataan dia pasal ekonomi pun memang tak boleh pakai. Tak de kreadibiliti untuk dipercayai...kan?


Aku sarankan Mazlan Aliman cari la orang lain untuk jadi "pakar ekonomi" ANAK. Buat malu je ada "pakar ekonomi cap ayam" macam Dr. Rosli tu. Suruh je Dr. Rosli tu jadi "pakar ekonomi" KOHILAL.

Manalah tahu dia boleh buat PAS kaya raya lepas jadi "penasihat ekonomi" syarikat yang nak mampos tuuu...

Minta-minta jangan dibuat macam kat Abrar Finance…Kah! Kahh..!! Kahhhhh..!!!

Duke Of UMNO

Khabar Berita Yang Membuatkan Pakatan Haram Tak Sanggup Baca


KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) menaruh keyakinan berpeluang untuk merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 82 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk memberikan kemenangan 2/3 majoriti kepada BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU) yang akan datang di samping mengekalkan kemenangan di semua kawasan Parlimen BN.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin, setakat ini BN telah mengenal pasti kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang boleh dirampas kembali terutama di sekitar Semenanjung.

“BN kini sedang berusaha keras ke arah itu. Kita juga telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang mempunyai peluang yang cerah untuk memberikan kemenangan kepada BN pada PRU yang akan datang. Ini bukan sekadar cerita atas kertas saja, tetapi kita telah menjalankan gerak kerja yang tersusun untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita pada kawasan yang kita sasarkan,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran BN itu ialah di kawasan-kawasan di mana BN mengalami kekalahan tipis atas pelbagai sebab, termasuk kerana sebab sabotaj yang berlaku pada PRU ke 12 sebelum ini.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil dari gerak kerja jentera BN, kerusi-kerusi yang BN tewas tipis di tangan Pakatan Pembangkang diyakini boleh dimenangi semula oleh BN pada PRU ke 13 akan datang.

“Kita sudah kaji dengan teliti dan kita dapati, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran kita itu adalah kerusi-kerusi yang mana kita mengalami kekalahan yang tipis akibat beberapa perkara seperti sabotaj, masalah dalaman dan calon yang tidak digemari penduduk setempat.

“Justeru itu, kita akan memastikan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan BN mengalami kekalahan tipis itu akan diperbaiki dan In shaa Allah, sekiranya jentera BN terus berusaha keras, kita akan mendapat kesemua jumlah kerusi yang menjadi sasaran BN atau mungkin lebih dari itu,” ujarnya. -MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog