pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, November 2, 2012

Perjuangan Hudud Akhirnya PAS Di Malukan Sendiri Oleh Hadi Awang @DPPMalaysia


Dengan kenyataan yang telah di lakukan Presiden PAS, Hadi Awang, dah sah-sah PAS tak jujur dalam memperjuangkan hukum hudud.

Mengapa PAS tidak berani menjanjikan Hukum Hudud dalam manifestor PRU 13 ?

Mengapa PAS hanya mahu menguat kuasa di Terangganu dan Kelantan sekiranya PAS mentadbir Negeri tersebut, mengapa tidak di kuat kuasa kesemua Negeri yang di menangi Pakatan Haram sekiranya tulus dalam memperjuangkan hukum hudud ?

Mengapa Negeri Kedah tiada di dalam senarai PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud sedang Negeri tersebut kini di kuasai PAS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri ?

Sekira inilah hasil dari "titik persamaan secara umum sudah disepakati dengan DAP dan DAP menerima konsep yang sedia ada dalam Perlembagaan Malaysia, termasuk kedudukan Islam" seperti yang di maksudkan Hadi Awang sebelum ini, nampak gayanya terbukti PAS masih lagi di perkudakan DAP dan PKR.

Sebelum ini pada tahun 1981, Hadi Awang pernah berkata dalam amanatnya bahawa Perlembagaan yang di gunakan di Malaysia adalah perlembagaan jahiliah, perlembagaan penjajah yang patut PAS tentang dan sehingga sekarang Hadi Awang masih lagi tidak menarik balik amanat tersebut. 

Yang menjadi peliknya mengapa sekarang ini PAS melalui Hadi Awang mengiktiraf Perlembagaan Malaysia yang satu ketika dahulu di katakan perlembagaan jahiliah dan perlembagaan penjajah.


Apa yang dapat lihat PAS hanya terlalu menuruti kehendak DAP dan PKR sehinggakan apa yang di perjuangkan PAS satu ketika dahulu akhir kini di lihat satu perjuangan yang sia-sia sahaja.

PAS kini tiada apa yang boleh di banggakan dengan perjuangan parti setelah perjuangan Hudud PAS kini boleh di tentukan parti DAP, dasar perjuangan Negara Islam sudah di gugurkan atas kehendak parti DAP dan apa yang tinggal hanyalah perjuangan "Matlamat Menghalalkan Cara".

Dengan matlamat yang di kejari untuk mendapatkan kuasa dan menjatuhkan UMNO, PAS sudah tidak peduli akan nasib Islam yang di perdagangkan demi kepentingan politik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog