pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 6, 2012

Eksklusif !!! Pendedahan Kemelut Permasalahan KUIN Yang Azizan Razak Buat Bodoh



Di sebalik kemelut permasalahan kewangan Kolej Univesiti Insaniah ( KUIN ), universiti hak milik Kerajaan Negeri yang cuba di sembunyikan Azizan Razak, bermacam pendedahan yang telah di lakukan di dalam media maya sebelum ini sehinggakan tak termampu di jawap dalam sidang Dun yang di adakan baru-baru ini.

Ternyata kemelut yang berlaku dalam KUIN adalah berpunca dari sikap Azizan Razak yang cuba mempertahankan sahabat baiknya yang telah di lantik sebagai Rektor iaitu Jamil Osman yang gagal mentadbir KUIN.

Sebelum ini pelbagai kesalahan yang telah di dedahkan berkaitan Jamil Osman yang terbukti cuba memusnahkan KUIN yang telah di bina sejak sekian lama.

Apa yang Pisau Kedah hendak ceritakan ini adalah, kisah seorang staf yang berjawatan Finance Controller yang boleh di ibaratkan seperti Menteri Kewangan di dalam Insaniah Holding ( Syarikat Swasta Dalam Pengurusan KUIN ),  sebenarnya seorang penyangak besar yang pernah di sabitkan kesalahan melakukan penyelewengan membabitkan penjualan saham sebuah syarikat pada tahun 2002.

Ahmad Shkri Ramli, merupakan seorang yang berjawatan Financial Controller di dalam Insaniah Holding dan pernah di sabitkan kesalahan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dan di denda sebanyak RM300,000 atas kesalahan melakukan penyelewengan penjualan saham syarikat AKN Teknologi Berhad.

Untuk makluman anda, pada mula Ahmad Shkri berkhidmat di Insaniah Holding, gaji yang di bayar Jamil Osman selaku CEO ketika itu adalah sebanyak RM 2500 dengan menggunakan duit Kerajaan Negeri yang di peruntukan kepada KUIN kerana pihak syarikat Insaniah Holding tidak pernah mendapat keuntungan dari  5 anak syarikat yang berada di bawah Insaniah Holding. ( klik di sini untuk mengetahui tentang 5 anak syarikat di bawah Insaniah Holding )


Selepas beberapa bulan menjalankan tugas sebagai Financial Controller, gaji Ahmad Shkri di naikan CEO Insaniah Holding melebihi 50% menjadikan gaji baru sebanyak RM 4000.

Tak cukup dengan jumlah gaji tersebut, pada tahun 2012 gaji Ahmad Shkri di naikan 50% lagi. Menjadikan gajinya yang terkini adalah RM 8000.

Yang menjadi tanda tanya, bagaimana gaji kakitangan Insaniah Holding, sebuah syarikat swasta yang di bawa masuk Jamil Osman di dalam pengurusan KUIN mendapat kenaikan gaji yang tidak munasabah berbanding tiada kenaikan langsung yang di nikmati kakitangan KUIN, sedangkan duit yang di gunakan Insaniah Holding membayar gaji kakitangannya adalah duit peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM 15 juta setahun kepada pihak KUIN.

Selain mendapat kenaikan gaji yang tidak munasabah, Ahmad Shkri juga telah mengunakan pengaruhnya dalam Insaniah Holding dengan membawa masuk anaknya berkhidmat di Unit Penyelengaraan Insaniah Holding walau pun di khabarkan anaknya tidak mempunyai kepakaran dengan jawatan yang telah di beri dalam Unit Penyelengaraan Insaniah Holding.


Bukti Ahmad Shkri Terlibat Dalam Jenayah Penyelewengan

Bagaimana Seorang yang terbukti pernah melakukan jenayah penyelewengan dapat berada di jawatan yang mempunyai risiko penyelewengan ?

Apakah selaku pengerusi KUIN, Azizan Razak tidak pernah memantau keadaan yang membabitkan KUIN ?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog