pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, August 7, 2012

Kisah Israel di kecam yang tidak mungkin berada dalam Suara Keadilan dan Haraka



Kerajaan Malaysia dengan lantang mengutuk tindakan Israel  menghalang mensyuarat yang di lakukan  Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengenai Palestin yang di adakan di Ramallah, Palestin.


Kisah ini yang pastinya tidak akan di keluarkan dalam Suara Keadilan dan Harakah kerana ianya hanyalah merugikan PAS dan PKR sahaja di dalam politik sedangkan hakikatnya Kerajaan Malaysia pimpinan BN dengan lantang sering mengutuk tindakan Israel secara terang-terang.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengecam dan mengutuk tindakan Israel yang telah menghalang penganjuran Mesyuarat Luar Biasa Peringkat Menteri Jawatankuasa Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengenai Palestin yang dijadualkan di Ramallah, Palestin selama dua hari bermula semalam.  
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Israel tidak mempunyai alasan yang sah untuk tidak membenarkan sesetengah Menteri Luar dan ketua delegasi masuk ke Ramallah memandangkan lawatan tersebut adalah ke wilayah Palestin dan bukan Israel.  
"Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ini yang melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan obligasi Israel sebagai kuasa yang menjajah Palestin", kata kenyataan itu. 

Tindakan Israel itu juga menunjukkan sekali lagi kepada NAM dan masyarakat antarabangsa tentang penderitaan rakyat Palestin di dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan sepenuhnya dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota.  
Kerajaan Malaysia juga yakin bahawa tindakan Israel berkenaan hanya akan memperkukuhkan lagi azam NAM untuk terus memperjuangkan maruah dan hak rakyat Palestin untuk mencapai taraf sebagai sebuah negera merdeka serta Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan dan rakyat Palestin. - BERNAMA


Apakah bakal Perdana Menteri bayangan Pakatan Haram, Anwar yang berpaksikan Israel mampu mengkritik secara terbuka tindakan Israel ??


Apakah DAP tidak akan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sedangakan PAP abang kepada DAP di Singapura mengiktiraf  Israel sebagai sebuah Negara.


Apakah PAS berani meminta Anwar dan pemimpin DAP menyatakan pendirian mereka mengenai pengiktirafan Negara Israel ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog