Dek kerana malu akibat sambutan yang diterima dari penduduk rumah pangsa di Bukit Kerinchi tidak sebagaimana yang diharapkan, walhal itulah tempat yang dikatakan lubuk dan kekuatan Nurul Izzah Anwar Ibrahim, terpaksalah PKR mencipta pelbagai taktik bagi terus meyakinkan para penyokong mereka kononnya UMNO adalah pengganas sebenar.
Sedangkan selama berbelas tahun, PKR merupakan pencetus segala masalah di negara ini. Dari masalah demonstrasi sehinggalah masalah peningkatan kadar jenayah, industri lendir, industri judi haram, pemerdagangan manusia dan sebagainya di Selangor, semuanya berpunca daripada PKR, dengan dibantu atau lebih tepat lagi didalangi oleh DAP.
Kekecohan di Kerinchi sebenarnya bukanlah disebabkan kerana batu atau objek yang dibaling dan mengenai kepala orang yang tidak bersalah, tetapi kerana Anwar Ibrahim cuba menjadikan para pendengar ceramah tegarnya agar menyeberang pagar dan menyerang setiap orang yang berada dalam ceramah UMNO tidak jauh dari tempat dia berceramah.
Itu sebenarnya yang ingin dilakukan.
Justeru, bersandarkan kepada beberapa bukti lakonan yang melibatkan PKR seperti mati hidup semula dalam BERSIH 2.0, sabotaj kereta supaya terlibat dalam kemalangan tetapi Anwar sentiasa ‘cheating-death’ dengan menaiki kereta lain, menuduh Najib penakut dan enggan menghadiri perbicaraan, sedangkan Anwar Ibrahim pula enggan berhujah sebaliknya cuba mencari kemenangan dari segi teknikal, bersahabat baik dengan orang yang telah mengarahkan agar umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan, Sudan dan Bosnia dibunuh tetapi mengalihkan tuduhan tersebut kepada Tun Dr. Mahathir yang namanya cukup harum di negara-negara berkenaan bukan kerana persahabatan dengan tokoh Zionis tetapi kerana BANTUAN-BANTUAN BESAR yang dihulurkan.
Seperti juga dalam drama terbaru, kisah UMNO ganas kononnya tentu sekali akan mengimbaukan kenangan kita kepada kenangan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang apabila seorang penyokong Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Bob Parking telah ditetak oleh orang-orang UMNO.
Gambar-gambar ‘mangsa tetakan’ tersebut telah disiarkan oleh blog-blog Pakatan. Anwar Ibrahim dan PKR sangat kecoh dengan dibantu pula oleh Ketua Pemuda PAS, Nashruddin Tantawi kononnya UMNO ganas dan pengganas.
Namun setelah diselidiki, lain pula ceritanya. Kulit ‘mangsa tetakan’ tersebut langsung tidak mempunyai sebarang kesan. Sebaliknya baju yang ditetak telah terkoyak dan kelihatan seperti dituris, sekaligus mengesahkan bahawa senjata yang digunakan amat tajam.
Anehnya, ‘mangsa tetakan’ tidak mengalami sebarang parut luka walaupun pada masa yang sama, kelihatan ‘darah’ pada kesan turihan di baju.
Apa yang berlaku di Kerinchi sebenarnya mempunyai motif yang sama. Anwar datang ke Lembah Pantai dalam usahanya untuk membantu Nurul Izzah yang semakin menurun populariti lantaran sikapnya yang tidak bekerja untuk rakyat, sebaliknya lebih sibuk dengan perkara-perkara lain yang langsung tidak berkaitan dengan masalah rakyat Lembah Pantai.
Malah, cerita-cerita berkenaan Nurul Izzah yang langsung tidak melayan sebarang aduan rakyat Lembah Pantai kepadanya, bukan juga cerita kosong.
Berbeza dengan zaman Reformasi dan 2008, penduduk Lembah Pantai yang seringkali dijadikan sebagai ‘guinea-pig’ oleh Anwar Ibrahim dan PKR mula menunjukkan sikap negatif mereka terhadap Anwar Ibrahim dan PKR khususnya. Dari awal lagi, sewaktu Nurul Izzah sedang berucap, penduduk yang tidak senang dengan hasutan-hasutan Nurul Izzah sudah mula menunjukkan reaksi mereka.
Apabila Anwar Ibrahim tiba, reaksi negatif semakin menjadi-jadi. Ucapan Anwar Ibrahim lebih banyak terganggu. Emosinya tercabar. Egonya tercalar kerana yang berucap di seberang pagar adalah Ummi Hafilda yang tidak habis-habis menceritakan tentang skandal seks melibatkan Anwar Ibrahim dan kakak iparnya, Shamsidar Taharin.
Itu adalah kemuncaknya bilamana Anwar Ibrahim gagal meneruskan ucapannya dan ceramahnya seperti biasa. Pada ketika yang sama jugalah, saksi-saksi melihat batu-batu dan objek-objek keras berterbangan dari arah sekumpulan ahli AMK, bukan sahaja ke arah kumpulan UMNO tetapi juga ke arah pendengar-pendengar ceramah Anwar Ibrahim.
Dan menariknya, Anwar Ibrahim dalam ucapannya yang berapi-api, menyatakan BETAPA SIALNYA PEMUDA UMNO… kemudian mencabar supaya batu-batu terus dibaling ke arah kumpulan pendengarnya sambil mengapi-apikan para pendengarnya tentang kesialan UMNO dan keganasan yang dilakukan akibat DUIT YANG BANYAK.
Hasutan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu memang sangat jelas agar satu pertempuran berdarah tercetus. Dia sebenarnya tidak marah kerana ada orang yang cedera tetapi dia lebih berharap agar lebih ramai yang cedera. Kalau ada yang mati, itu lebih baik buat Anwar Ibrahim. Pendengar-pendengarnya ceramahnya semakin kurang. Provokasi dan keganasan merupakan intipati kehidupan PKR perlu digerakkan secara agresif untuk meramaikan pendengar ceramah Anwar Ibrahim.
Dan anehnya, di sebalik segala macam provokasi dan keganasan yang melibatkan Anwar Ibrahim dan PKR, sekarang ini pula, UMNO yang dituduh melakukan perbuatan berkenaan. Anwar dan PKR sudah bertaubat ke? Sumber: Klik sini
PAS Baling telah melakukan penipuan terhadap Azizan Razak,dengan mengatakan seramai 200 orang telah menyertai PAS di kampung Iboi,Kupang,Baling..sedangkan hakikatnya hanya 5 orang ahli PAS yang masuk PAS dan selebihnya ahli PAS dari luar di import ke kampung itu bertujuan untuk menubuh cawangan baru PAS.
Kejadian ini bukan saja berlaku di Kampung Iboi,malahan satu lagi perkampungan yang bernama Kampung Seniyek,Kupang juga mengunakan modius operandi yang sama untuk menipu Azizan,Menteri Besar Kedah.tapi di Kampung Seniyek melalui apa yang Pisau Kedah dapat maklumat di akui benar ahli UMNO masuk PAS,tapi tak sampai 10 orang yang masuk PAS di sebabkan kecewa dengan JKKP.
Bagi memenuhi kouta untuk menubuhkan cawangan baru di Kampung Seniyek,maka PAS terpaksa mengimport ahli PAS di perkampungan berhampiran untuk menubuhkan cawangan baru.
Apa yang Pisau Kedah dapat tahu,tujuan cawangan baru di tubuhkan walau terpaksa menipu adalah kerana duit peruntukan dana PRU yang akan di agihkan ke setiap cawangan dengan "cash money tanpa rekod" dan duit itu akan di beri kepada seseorang individu penting dalam PAS Baling.
Sekiranya "cash money tanpa rekod" di berikan pada individu penting terbabit maka mudah la individu terbabit mengelapkan "cash money tanpa rekod" ,kerana sekiranya "cash money tanpa rekod" ianya tidak melalui audit dari Parti.
Dan dari sumber maklumat yang di perolehi."cash money tanpa rekod" di berikan oleh pihak tertentu yang mendapat projek besar dari PAS Kedah.dan PAS Kedah tak dapat memasukan ke dalam akaun cawangan kerana ianya membabitkan jumlah yang besar peruntukan yang di beri pihak tertentu dan PAS mengunakan cara "cash money tanpa rekod" untuk di berikan kepada setiap cawangan supaya ianya tidak di ketahui ahli yang tiada kepentingan.
Pisau Kedah :-
Jangan di sangka yang memakai lebai putih dan berjubah adalah manusia jujur.walau pun dari segi zahirnya menampakan seorang yang beriman,tapi dari segi dalamannya belum tentu ianya bersih...
Mungkin Orang tak tahu nasib yang di terima penduduk di sekeliling kawasan pembalakan di Baling,Keluarga Pisau Kedah juga tinggal di kawasan berhampiran kawasan balak Baling.Pisau Kedah tahu bagaimana peritnya yang di lalui penduduk kampung di sekitar kawasan kawasan berhampiran pembalakan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan Menteri Besar Kedah Azizan Razak sebagai pelawak apabila tidak memandang serius desakan orang ramai mengenai pembalakan di Baling. "Membaca reaksi Azizan yang berkata air sungai itu keruh kerana hujan lebat dan beliau menyindir pemuda pemudi yang membuat demo itu, saya rasa kenyataan itu hanya sesuai dibuat oleh seorang pelawak," katanya.
"Beliau sepatutnya memandang serius perkara berkenaan kerana melibatkan kepentingan rakyat. Mereka bersuara kerana gelisah dengan apa yang berlaku. Tetapi Azizan memperkecilkan suara rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan kerajaan persekutuan kepada 25 persatuan pemandu teksi dan 43 persatuan penjaja di Anak Bukit hari ini.
Ahmad Bashah berkata air keruh itu berpunca daripada hujan yang turun yang membawa bersama hakisan tanah.
Hakisan tanah itu berlaku kerana sudah tiada pokok yang menguatkan struktur tanah, katanya.
"Daripada maklumat penduduk, dahulunya sungai itu airnya jernih dan digunakan untuk saluran air masyarakat tetapi sekarang sudah tidak boleh digunakan kerana sudah kotor," katanya.
Ahmad Bashah berkata rakyat mahu melihat tindakan dan bukannya penafian.
"Ambil tindakan segera sama ada arahkan berhenti pembalakan itu dan kaji semula pembalakan di situ, bukannya memperlekehkan mereka yang bersuara. Mungkin Azizan perlu meninjau sendiri masalah rakyat di sekitar Baling abru beliau memahami penderitaan mereka kerana pembalakan," katanya.
Transformasi ekonomi Malaysia semakin diiktiraf global dengan ekonomi negara sekarang berada di kedudukan ke-14 paling kompetitif di dunia, yang dalam pada itu menewaskan beberapa negara maju, lapor Bernama.
Agensi berita nasional itu memetik Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Switzerland bahawa Malaysia memperoleh skor tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan malahan Jepun.
Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lepas, kata IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara-negara menguruskan ekonomi dan sumber manusia mereka untuk meningkatkan kemajuan.
Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara-negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).
Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada US$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.
Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.
IMD berkata rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain dari Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22).
"Penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan.
"Langkah-langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.
Mustapa berkata daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.
Kaji selidik IMD itu menilai negara-negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.
Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan (kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lepas) dan kategori kecekapan kerajaan (ke-13 daripada ke-17).
Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial. seterusnya.
Pisau Kedah tertarik dengan artikel ini,,dan Pisau Kedah nak berkongsi dengan sahabat pembaca blog Pisau Kedah berkenaan seorang insan yang pernah di gelar firaun oleh parti yang membangakan mereka sebagai parti memperjuangkan Islam
Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.
Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA.Tapi dialah yang mengerakkan negara Islam yang lain untuk membantu ketika umat Islam... di sana disembelih oleh pengganas Serb.
Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.
Insan ni digelar MahaFiraun, dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan islam dimata dunia. Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.
Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.
PALING UTAMA...
Seumur hidupnya, dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel.
Insan ini TEGAR bersama UMNO dan BN. Anda pula bagaimana?!!
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, mungkin marah dengan kenyataan Presiden DAP, Karpal Singh yang berjuang mahu melihat seorang bukan Melayu Muslim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maklumlah, bukankah Mahfuz mengaku dia mahu menjadi PM sebelum-sebelum ini. Justeru itu, Mahfuz yang terkenal dengan sikap yang suka mengeluarkan kenyataan tak pakai otak, telah mendakwa bahawa Pakatan Haram sepakat untuk melantik seorang Melayu Muslim sebagai PM sekiranya mereka berkuasa, asalkan bukan pemimpin dari UMNO atau BN.
Mahfuz masih lagi membandingkan peratusan pengundi Melayu yang kononnya menolak UMNO pada PRU ke-12 yang lalu sebagai batu asas untuk mengukur sokongan orang Melayu kepada Najib dan UMNO.
Saya tertanya-tanya, sejak bila Pakatan Haram menetapkan untuk melantik seorang Melayu Muslim sebagai Perdana Menteri?
Sebenarnya, persoalan mengenai siapa yang akan menjadi PM sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya pernah dilontarkan oleh para media sebelum ini kepada para pemimpin pembangkang.
Namun sebagaimana biasa, Anwar mahu menjadi PM bagi pihak PKR, PAS mahu Hadi Awang jadi PM bagi pihak mereka, manakala DAP melalui kenyataan Karpal memperjuang dan mahu melihat seorang yang bukan Melayu Muslim sebagai PM.
Dari kenyataan pihak Pakatan Haram sendiri, mereka enggan menjawab soalan mengenai siapa yang akan dilantik sebagai PM sekiranya mereka berjaya menewaskan BN pada PRU ke-13 ini. Mereka tak mahu beri nama sebab masing-masing mahu pemimpin parti masing-masing jadi PM!
Dan yang paling jelas, PAKATAN HARAM TAK PERNAH BERSETUJU ATAU SEPAKAT UNTUK MELANTIK SAMA ADA SEORANG MELAYU MUSLIM ATAU BUKAN MELAYU MUSLIM SEBAGAI PM JIKA MEREKA BERJAYA MENJAJAH PUTRAJAYA.
Jadi, dari mana faktanya Mahfuz berkata Pakatan Haram sudah sepakat mahu melantik pemimpin Melayu Muslim sebagai PM?
INI MENUNJUKKAN BAHAWA MAHFUZ MENIPU..!!!
Lagipun, siapa Mahfuz untuk berkata demikian? Dia bukan Ketua Pembangkang dan dia bukan Presiden atau Mursyidul Am PAS! Apakah kata-kata dari Naib Presiden dari parti yang “dikeldaikan” DAP selama ini mampu menafikan kenyataan Pengerusi DAP?
Mahfuz nak rasa “tempeleng” dari Gobind Singh, ke?
Pada pandangan saya, Mahfuz terpaksa menipu untuk menyelamatkan keadaan PAS yang tersepit dengan kenyataan Karpal itu.
PAS sedar bahawa kenyataan dari Pengerusi DAP itu akan memburukkan lagi ‘sindrom meninggalkan PAS’ yang sedang dihadapi parti itu akibat para pemimpinnya yang dilihat seolah-olah ‘makan nasi kangkang DAP’.
PAS sedar bahawa mereka semakin hilang sokongan dari umat Islam setelah menolak agenda menyatupadukan ummah dan menjadi “pekakas” DAP kafir harbi dan PKR agen Yahudi. Jadi, mahu atau tidak, PAS terpaksa mengarahkan Naib Presidennya yang paling bodoh untuk mengeluarkan kenyataan bodoh dan berbohong kepada umat Islam untuk meredakan kebencian umat Islam yang semakin ketara terhadap kebaculan PAS.
Mahfuz yang “gila glamour” memang suka dengan idea yang memberikan publisiti murahan kepadanya dan tidak pernah terlintas di akalnya bahawa dia akan ditertawakan oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada Melayu atau bukan Melayu!
Tahniah kepada Mahfuz atas cubaan menipunya yang gagal dan harapan saya agar Mahfuz tidak akan “frust menonggeng” jika dia tidak menjadi Perdana Menteri sampai ke akhir hayatnya. Kalau nak sangat jadi PM, bertandinglah di Israel, mungkin Mahfuz boleh jadi PM atas restu Anwar…
Kalau hampa nak tahu,Pisau kedah tulis artikel ni sambil tergelak besar dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali.."Kami bukan terlampau yakin,tetapi yakin boleh menang PRU13.
Dalam keadaan PAS yang terumbang ambing dengan masalah dalaman bagaimana PAS yakin akan menang PRU 13?.dengan pemecatan Hasan Ali apakah PAS yakin akan menang PRU13,dengan perbalahan pemimpin PAS di Kedah PAS yakin boleh menang PRU 13?.dengan keganasan dalam BERSIH 3.0 apakah PAS yakin akan menang PRU 13?
Rasanya PAS yakin boleh menang kerana PAS menyangka dengan menawarkan Syurga kepada yang undi PAS akan menarik perhatian pengundi,sedangkan PAS tidak tahu semakin ramai yang tinggalkan PAS kerana doktrin "UNDI PAS MASUK SYURGA".sebagai bukti Bekas Ketua Penerangan PAS selangor yang kini masih ahli PAS,Hassan Basri juga menentang doktrin PAS itu.dan ramai lagi dari golongan tokoh Islam yang menentang doktrin PAS "Undi PAS masuk syurga.
PAS di lihat tak ubah seperti pencacai bagi DAP dan PKR..apabila DAP dan PKR membuat sesuatu perkara yang menimbulkan kemarahan rakyat,maka pemimpin PAS dengan rela menjadi penjilat najis kekotoran yang di tinggalkan dan memastikan DAP dan PKR bersih dari penghinaan rakyat.
Rakyat sudah nampak jelas PAS hanya tamakan undi untuk di berikan kuasa pada DAP,kerana DAP cukup kukuh dalam Pakatan Haram,DAP merupakan parti dominan,DAP tidak pernah tunduk ke atas kehendak PAS dan PAS pulak sangup tunduk menyembah DAP kerana takutkan DAP..
Pisau Kedah nak buktikan apa yang di perkatakan Pisau Kedah berkenaan PAS takutkan DAP dan sangup menyembah DAP.,ok cuba kita lihat kenyataan terbaru Karpal Singh "Karpal Singh akan memperjuangkan Perdana Menteri dari kalangan bukan dari bangsa Melayu",.
Apakah pemimpin PAS tak ada teloq untuk mengkritik Karpal Singh? Apakah Anwar Ibrahim yang tergilakan jawatan Perdana Menteri berani mengkritik kenyataan karpal singh yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan bukan berbangsa Melayu..lihatlah bertapa rasistnya Karpal Singh dengan mempertikai hak orang Melayu menjadi Perdana Menteri.
Rata-rata rakyat sudah nampak keburukan PAS,bagaimana yang Mustafa Ali boleh katakan PAS yakin akan menang PRU13 ?..sedangkan orang PAS sendiri kata Mustafa Ali tak berwibawa,kalau tak percaya nah Pisau Kedah buktikan !!!
Zulkifli Yahya merupakan penyokong tegar PAS berjawatan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah,penulis Harakah,ketua editor surat Khabar Warta Darulaman dengan berani mengatakan Mustafa Ali pemimpin yang tak berwibawa.dan termasuklah Azmin Ali yang di katakan tidak berwibawa,bagaimana Mustafa Ali yant tidak berwibawa boleh katakan PAS yakin boleh menang PRU13?
Bacalah kenyataan dari Mustafa Ali dalam Sinar Harian yang telah membuatkan Pisau Kedah tergelak besar dengan kenyataan yang terlalu bodoh dan bengap dari Mustafa Ali.
SHAH ALAM - "Kami bukan terlampau yakin, tetapi yakin boleh menang (PRU13)."
Demikian menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Sambil menekankan bahawa menang atau kalau bergantung pada sokongan rakyat, Mustafa juga berkata, pokoknya sekarang sokongan kepada Barisan Nasional (BN) semakin menurun manakala arah aliran sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) "semakin meningkat naik."
Ia sebahagian daripada perkara yang disentuh dalam wawancara terbaru ini.
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang persepsi 'orang luar' terhadap Pas yang sudah berusia lebih enam dekad ketika pesaing politiknya melontarkan pelbagai kritikan dan kecaman, antaranya ia sudah berubah dasar perjuangan dan sanggup bekerjasama dengan DAP atas nama PR.
Mustafa ada jawapan tersendiri dan menjelaskan dengan terperinci.
Beliau juga berkongsi mengenai 'siapa' calon Menteri Besar Terengganu jika merampas balik negeri dalam PRU13.
Turut disentuh dakwaan berkaitan dengan pengaruh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hala tuju Pas.
Mustafa ditanya "Pas dilihat terlalu tunduk dengan pandangan dan campur tangan Anwar. Adakah beliau banyak mempengaruhi keputusan yang dilakukan Pas?"
Melihat pada perkembangan semasa, Mustafa juga menjawab dengan mendalam pendirian Pas mengenai isu muzakarah termasuk menjelaskan dengan terperinci kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz baru-baru -Sinar Harian .
“Saya bukan baru kenal Anwar..saya sudah kenal 30 tahun lebih..dia pusing macam mana, saya tahu..tunggu lah…”, kata Senator Datuk S Nallakaruppan ketika sidang media semalam tentang karektor sahabat lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam afidavit Musa Hassan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada tahun 1998, Nalla dikenalpasti sebagai orang perantara Anwar dengan wanita-wanita termasuk Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali.
Nalla dalam sidang media semalam mengakui pernah merakamkan aksi panas Anwar dan Shamsidar dalam bentuk VHS berdurasi selama satu jam 20 minit untuk tujuan keselamatan.
"Saya sudah serahkan pada peguam. Nanti pergi mahkamah kita sama-sama tengoklah.
"Saya jaga safety dia takut apa-apa berlaku pada dia..Kalau saya mahu (saya sudah serah dulu lagi) , masa polis tangkap saya pada 1998, saya tidak serah (pada polis) saya tidak tunding jari pada Anwar, kalau tidak Anwar masih dalam penjara,” katanya.-AIDC
Pisau Kedah :-
Hebat Al-Juburi china doll dia sapu,siam doll dia sapu,Azmin doll dia sapu,Shamsidar doll dia sapu...makan keliling..
TUMPAT 29 Mei - Seorang tokoh agama di negeri ini melahirkan rasa kesal kerana pernah terlibat dalam perjuangan Pas yang menggunakan 'syurga dan neraka' untuk meraih sokongan rakyat.
Mudir Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar berkata, beliau menyedari penyelewengan yang dibawa oleh Pas itu selepas melihat pemimpinnya semakin ghairah menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis untuk menghalalkan cara.
Menurut beliau, tiada sesiapa pun yang boleh menghukum mana-mana individu untuk masuk syurga atau neraka di akhirat kelak.
"Saya menyedari terlalu banyak penyelewengan agama yang dilakukan oleh Pas sejak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir dipecat daripada jawatannya pada 1978. Muhammad adalah seorang pemimpin yang baik.
"Sejak itu saya menyedari Pas semakin menyimpang dan hari ini saya menyeru umat Islam supaya menolak Pas kerana ia semakin jauh daripada perjuangan Islam sehingga sanggup menolak perpaduan dengan saudara seagama.
"Malah, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada bersahabat dengan UMNO, apakah ini ajaran Islam sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebelum ini menegaskan bahawa parti itu tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.
Mengulas lanjut Mohd. Zin berpendapat, UMNO tidak pernah menolak Islam seperti yang sering didakwa oleh Nik Abdul Aziz.
Saksikan Video apa yang di perkatakan Ustaz Kamal Saidin berkenaan kecelaruan Nik Aziz
Inilah akibatnya sekiranya suka menunjuk-nunjuk kehebatan atas jalan raya..kemalangan ini berlaku di Arab Saudi setelah pemuda yang membawa kereta cuba menunjukan kehebatannya membuat aksi drift di dalam keadaan jalan basah dan kenderaan yang banyak.
Manusia kini kian bersikap pelik dengan melakukan aksi merbahaya demi menunjukan kehebatan diri,merasakan dengan menunjukan kehebatan kepuasan hati akan terhasil.tanpa memikirkan padah yang bakal menanti.
AIDCNews – 30/05/12 – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah dipanggil oleh Bank Negara petang ini untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Ketika hadir ke Bank Negara, jam 3 petang tadi, Rafizi turut membawa dua orang peguamnya, N. Surendran dan Latheefa Koya yang kedua-duanya merupakan aktivis PKR.
Rafizi dilaporkan telah menerima notis tuntutan untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 87(1)(a) Bafia 1989 hari ini.
Menurut peruntukan Akta tersebut, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta.
Nizar pasti gelabah bewak dengan perkhabaran ini apabila polis menyiasat apa yang di perkatakannya di bawah akta hasutan .Rakyat Malaysia dah cop Nizar lilin ni sebagai penderhaka pada Sultan.Pisau Kedah tak tau la Melayu jenis apa la si Nizar ni,langsung tak ada sikap menghormati kedaulatan Raja-Raja.
Si Nizar derhaka ini patut di halau dari Malaysia dan di lucutkan kerakyatan kerana menghasut dan menaburkan cerita yang buruk terhadap Sultan-sultan,
Polis Johor berkata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor.
Polis Johor menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat selepas lima laporan dibuat di negeri itu berhubung perkara berkenaan sejak semalam.
Laporan The Star menyebut, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan bahawa pasukan petugas telah memulakan siasatan.
“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.
Kelmarin, Nizar mengkritik mengenai bidaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk mendapatkan WWW 1, menerusi akaun Twitter beliau.
Cerita berkenaan penderhakaan Nizar sila klik sini
Pemimpin pakatan haram kini bertubi-tubi menghantam Sultan Johor yang kononnya tidak perihatin terhadap rakyat setelah membelanjakan setengah Juta untuk membeli no Plat WWW 1..
Sebelum ini Si Nizar yang cukup terkenal dengan penderhakaan terhadap Sultan telah mempertikai pembelian no Plat oleh Sultan Johor (klik di sini ) dan terbaru S Gobi Krishnan yang sokong Malaysia di jadikan Negara Komunis telah mempertikai Sultan Johor membeli no plat WWW 1..
Apakah menjadi satu kesalahan sekiranya Sultan membeli no plat ?.walaupun Sultan Johor membeli dengan harga berjuta pun semua orang sudah tahu Sultan Johor mampu beli,kerana Baginda mempunyai perniagaan sendiri,bukannya mengunakan wang rakyat untuk membeli no plat.
Dalam twitter yang terakhir si pelaq ni cukup biadap..siapa dia untuk menasihat Sultan Johor..kenapa Si Pelaq ni tak fikirkan walau pun berjuta Sultan Johor membeli no plat WWW 1,tetapi pulangan duit itu adalah kepada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maka duit hasil penjualan no plat berkenaan akan di pergunakan Kerajaan Malaysia yang banyak memberi Kebajikan pada rakyat Malaysia.
Mengapa perlu mempertikaikan sebelum memikirkan ke mana perginya duit yang di gunakan Sultan Johor untuk membeli no plat yang di jual JPJ melalui bidaan terbuka.semua orang dalam Malaysia ada hak membida no berkenaan,dan pulangannya adalah pada Kerajaan Malaysia.
Apa Pisau Kedah mahu perkatakan Pakatan Haram cuba mengunakan cara ini untuk membuat rakyat rasa benci pada Sultan-Sultan Melayu dan pada yang sama mereka mahu menghapuskan Malaysia Kedaulatan Raja-Raja,dan mahu menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara Republik
Kantoi..DS Najib Razak sah memakai rantai leher.memang Pisau kedah akui SAH apa yang Pisau Kedah nampak seperti apa yang diperkatakan cybertrooper pakatan haram..namun Pisau Kedah tak mahu membuat tuduhan melulu sebelum mengetahui apa jenis rantai yang di pakai DS Najib Razak apakah ianya saja-saja nak menunjuk atau di pakai untuk perubatan..
Ish..Ish.. DS Najib pakai rantai tu....
Jom kita tengok apa pulak fatwa yang di keluarkan oleh majlis fatwa berkenaan lelaki memakai rantai..
Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :
Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Ini merupakan jenis rantai seperti DS Najib Razak pakai..untuk mengetahui apa jenis rantai ini sila klik di sini
Ish,,ish siapa yang kantoi ni ???.
Lepas ni Pakatan Haram dah tak ada modal nak spin cerita DS Najib Razak pakai rantai..