Selamatkan Madrasah Salihiah Dari
Kerajaan Negeri Pentadbiran Pas yang Zalim!!!!!
dah terbukti Pas Menzalimi Islam
Dari Sahabat :-Kedah Times
Sah!!!! Fatwa Tidak Dipersembah Maklum Kepada Tuanku.
Bukan main hebat lagi PAS mencanangkan bahawa Jawatankuasa Surau telah menderhaka kepada Tuanku Sultan apabila bersolat hajat memohon agar Madrasah Salihiah tidak dirobohkan. Kata mereka itu adalah keputusan Sultan, dan bukan keputusan PKNK dan Kerajaan Negeri.
Mudahnya mereka cuci tangan, tapi cuba kita baca petikan dibawah:
Sinar Harian: Adakah isu ini sudah dipersembah kepada pengetahuan Tuanku Sultan?
Sheikh Muhamad Baderudin: Kelmarin, Tuanku Sultan ada bertanya mengenai isu ini kepada saya. Saya sedang berusaha aturkan perjumpaan dengan Baginda dalam masa terdekat, untuk memperjelas isu madrasah ini, terutama berkaitan fatwa yang dibuat.
2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.
Ini membuktikan bahawa, sehingga Tuanku Sultan bertanya, Fatwa ini masih tetap belum dipersembahkan kepada Tuanku. Malah Tuanku belum diperjelaskan lagi tentang isu Madrasah Salihiah ini.
Cuba baca sebahagian daripada laporan polis Ketua Pemuda Parti yang nak merobohkan Madrasah Salihiah:
Tanpa pengetahuan, beliau membuat laporan palsu bahawa "Fatwa TELAH dipersembahkan...". Kalau perkara sebesar ini boleh diperbohongkan, cuba bayangkan apa lagi yang dibohong beliau.
Malah, pendedahan demi pendedahan membongkarkan bahawa perkara tersembunyi disebalik Tindakan Kerajaan Negeri menjual tanah wakaf ini..
Malah surat dibawah memperjelaskan lagi beberapa isu yang menjadi persoalan hebat iaitu:
1. Bahawa penjualan Madrasah Salihiah adalah dipohon oleh PKNK, dan tidak ada kena mengena dengan cadangan menambahbaik wakaf. Ia dipohon oleh Dato' Abdul Rahman Ibrahim dan sudah tentu dengan perkenan pengerusi PKNK, Ustaz Azizan.
2. Ia juga menjelaskan bahawa kebenaran perobohan surau itu adalah kebenaran bersyarat iaitu, Surau itu mesti lebih besar, lebih luas, seboleh-bolehnya berasingan dari bangunan lain dan ditadbir bersama oleh JK Madrasah Salihiah yang ada.
3. Jadi, adakah terdapat bukti bahawa syarat-syarat tersebut telah dipenuhi? Kerana sibuk memaki hamun, Kerajaan PAS tidak sedar bahawa Fatwa bersyarat tersebut tidak langsung dipenuhi, malah tidak berani dibentangkan kepada rakyat mahupun pihak jawatankuasa Madrasah. Walhal penglibatan JK asal Madrasah adalah sebahagian dari syarat Fatwa tersebut. Bukan setakat tidak bekerjasama dengan JK Madrasah yang ada, JK tersebut diserang kiri kanan. Apa bentuk kerjasama kah ini?
Dan jika syarat tidak dipenuhi oleh kerajaan PAS dan PKNK, mengikut fatwa ini bermakna perobohan tidak boleh dilaksanakan. MAIK dan Majlis Fatwa tidak boleh dipersalahkan perobohan diteruskan.
Malah, bagi memelihara amanah pihak yang mewakafkan, Kerajaan PAS dan MAIK juga wajib membentangkan apa perancangan terperinci untuk digunakan wang RM1.48 juta ringgit itu? Sudah adakah? Setahu kami, tidak ada yang berani merancang apa-apa berkenaan duit tersebut kerana bahang panas tidak memelihara amanah akan memburu sesiapa sahaja yang bersubahat.
Tidak ada satu pun bukti bahawa kerja-kerja dan perancangan penting bagi memelihara amanah wakaf tersebut diwujudkan samada oleh PKNK atau kerajaan negeri. Tapi bukti kegelojohan aktiviti Meroboh dan Menjual tanah tersebut telah berlaku.
Kesimpulannya, terbukti bahawa perobohan dan penjualan harta wakaf Madrasah Salihiah ini tidak ada kena mengena dengan menambahbaik amanah wakaf, sebaliknya memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah yang bakal dihuni dengan pelbagai aktivi komersial yang mustahil dapat dikawal halal haramnya.
Dan tanah wakaf itu akan menjadi saksi melangkaui hayat sesiapa pun diantara kita disini, aktiviti-aktiviti yang tidak selari dengan apa yang diajar Rasulullah SAW berlaku diatas tanah wakaf.
Yang manakah lebih utama? Kompleks komersial atau Amanah Wakaf?
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2012/01/sah-fatwa-tidak-dipersembah-maklum.html#ixzz1iZy7huSG
3 comments:
Semua masaalah yang dihadapi Kerajaan bengong PAS/PR Kedah adalah kerana kehelojoan Dato Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dahulunya anak didik bapaknya Allahyarhan Cik Gu Hamzah, Ketua UMNO Cawangan Tok Pasai, Kuala Kedah yang juga Setiausaha UMNO Bahgian Kuala Kedah.
Masaalahnya, Amirudin bukan pejuang PAS tulin, macam Fakhrulrazi atau Taulan Rasul. Helah dalaman Amirudin mengkucarkacirkan PAS Kedah, inilah caranya.
RASAKAN USTAZ AZIZAN...SEDANG MENGHADAPI MUSUH DALAM SELIMUT.
YA........BENAR....
Ramai pehak yang akan bersetuju dalam hal ini kerana...anak Cikgu Hamzah ni..sudah melampaui batas....sudah telah tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih senior kerana..terlalu perasan dan mudah makan pujian..
AMIRDIN TELAH MENJADI DURI DALAM DAGING....HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN PADI.....TERLALU ..TERMAKAN HASUTAN OLEH...MD BINA DARULAMAN TU...SI MAMAK ...HITAM LEGAM TU...SIAPAKAH DIA? MEREKA BERDUALAH ANTARA YANG MENJADI...DALANG ATAU PUN TALIBARUT KEPADA MB...KENAPA TIDAK ..KERANA...MEREKA TELAH MEMANIPULASIKAN....FATWA
JADI...SI MAMAK INI PULAK ADALAH PALING RAPAT DENGAN BELLEVIEW KRISTIAN YAHUDI...ENTAHLAH BERAPA BANYAK KOMISEN DIPEROLEHINYA...DENGAN SIAP HANTAR SAMI HINDU DAN SAMI SIAM YANG DIIIMPORT DARI LUAR NEGERI...UNTUK HANYALAH UNTUK MENGIKUT NAFSU SERAKAH MEREKA UNTUK MERAMPAS TANAH WAKAF TU..........
KITA LIHATLAH APA AKAN TERJADI...TETAPI PARA SAHABAT SEKALIAN............KITA MESTILAH YAKIN DAN INGAT..
TANAH WAKAF ALLAH DAN RUMAH ALLAH....ADALAH HAK ALLAH....ALLAH AKAN MELINDUNGINYA BUAT SELAMA-LAMANYA....KEBENARAN AKAN MUNCUL TIDAK LAMA LAGI.....KEBATILAN AKAN DIMUSNAHKAN HANYA DENGAN SEBUTAN "KUN FAYAKUN"...MARILAH KITA SEMUA YANG BERIMAN...TERUSKAN DOA DAN BERSOLAT HAJAT DEMI MEMELIHARA MARUAH DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM.................
rakyat kedah sedang bangkit untuk menyuarakan rasa sedih dan kecewa mereka yang tak terhingga terhadap kepimpinanan kerajaan negeri kedah. rata-rata mesjid dan surau telah mengadakan solat hajat bermunajat kepada Ilahi supaya madrasah salahiah yang berdiri di atas tanah wakaf ini dipertahankan dikekalkan sehingga hari kiamat, salah satu yang dinyatakan ialah pewakaf telah mewakafkannya....untuk amal jariah nya yang berterusan sehingga kiamat...bukannya UNTUK MEMBIAKKAN IBLIS DAN SYAITAN YANG BERTOPENGKAN SHOPPING COMPLEX TEMPAT MAKSIAT.!!
Post a Comment