pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 12, 2012

Coretan dari Ketua Team Media Kedah kepada UMNO Kedah..

Kenyataan Team Media Kedah kepada Umno Negeri

Sebagai seorang dari Team Media Kedah,,dengan ini menyokong penuh apa yang di perkatakan Leader Team Media Kedah,,Team Media Kedah di tubuhkan atas dasar memerangi Pakatan Rakyat di Kedah..dan untuk UMNO Kedah bacalah coretan yang tertulis ini...




Mc ada terbaca artikel di satu blog pro Pas Kedah. Kiranya blog depa yang ni la paling power. Mengegarkan kepimpinan UMNO Kedah suatu ketika dahulu. Dulu laa.. cerita lama boleh simpan. Dulu pun polis pakai seluar pendek, sekarang dah smart.. ala-ala korporat.

Bab UMNO Kedah takdak isu nak serang Pas Kedah ni, Mc takmau ambil peduli sangat pun. Sebab UMNO Kedah bukan peduli kat blogger macam kami ni. Kami bergerak, buat kerja semua sendiri. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Sebab tu Mc wujudkan Team Media Kedah (TMK) yang di bantu oleh UMB Pusat. Harap UMNO Kedah bantu, sampai kiamat pun takdak apa.

Mungkin ada blogger Kedah yang dibantu oleh UMNO Kedah, tapi Mc tak nampak pun blogger ni buat kerja. Mc pun taknak tuduh sapa-sapa, tapi mungkin ada. Itu rezeki dia, dia punya pasal la.

Tapi bagi Mc, perjuangan untuk membongkarkan dan menyelongkar perangai busuk semasa pentadbiran Pas Kedah LANGSUNG UMNO Kedah tak pernah bantu kami geng TMK ni.

Kalau ada sesiapa yang CLAIM kata kami ni blogger UMNO Kedah, sorry to say.. its not!

Blog Kedah Ke KL, Media Kedah, Medan Tempur Kedah dan Melayu Kedah Terakhir adalah ahli TMK yang diwujudkan sendiri oleh Mc dan rakan-rakan.

Biarpun kami disini terkontang kanting tanpa bantuan dari negeri, namun semangat kami untuk UMNO menawan semula Kedah tak pernah padam. 

Sampai ada orang kata, kalau UMNO menang di Kedah, bukan kerana UMNO Kedah kuat. Tetapi kerana orang Kedah takmau Pas lagi.

Walaupun UMNO negeri tak pedulikan kami. Namun masih ada bahagian dan cawangan yang sudi bekerjasama dengan kami, contohnya Kuala Kedah, Baling, Sungai Petani, Sik dan Padang Terap. Bahagian-bahagian sini yang nampak berusaha nak menang.

Bahagian yang lain, Mc akan cuba hubungi untuk bekerjasama bagi mengorek kebusukkan Pas Kedah. Tu pun kalau hangpa nak menang. Kalau masih dok berkelahi sesama sendiri.. mampuih pi kat hangpa la.

Walaupun Pas Kedah kata UMNO Kedah takdak isu.. tapi disini Mc nak bagitau la.. berlambak-lambak isu Pas Kedah yang ada dalam poket kami ni. Tunggu masa nak dedahkan saja.

Isu duit, isu moral, isu sapu balak, isu beli tanah murah (sama kes macam Dr. Khir Toyo), isu tanah rizab dan lain-lain lagi. Hinggakan isu peribadi (sapu bini orang) pun ada.

Mungkin betul cakap Pas Kedah, UMNO Kedah takdak isu.. tapi kami Blogger Kedah ada banyak isu. Jadi get ready la untuk kena hentam.

Biarlah orang lain berjuang kerana nak kejar pangkat, wang dan kuasa. Tapi kami blogger berjuang kerana kami nak Pakatan Haram kalah dan UMNO menang di Kedah.

5 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH KERANA SANGGUP BERJUANG TANPA GANJARAN.SABARLAH MUNGKIN UMNO KEDAH BELUM SEDAR,MEREKA TAK TAHU MACAMANA NAK CARI KELEMAHAN PR.DALAM FIKIRAN MEREKA KAT KEDAH KALAHPUN TAKPA MASIH BOLEH MENGHARAP BN DI JOHOR, SABAH, SARAWAK.MACAMANA KALAU BERLAKU SUNAMI DI JOHOR,SABAH,SARAWAK NAK GANTUNG KAT MANA PULAK?, KAT POKOK.

Anonymous said...

Teruskan Mc.. kami rakyat akan bantu, UMNO Kedah bukan kisah nak jadi Wakil Kpd Rakyat. Mereka cuma nak jadi Ketua Bahagian Umno. Bantuan dan Peruntukan akan turun kpd Ketua Bahagian dari Pusat.Lagi lumayan drpa jadi YB.Gelaran Datok dah dapat. Kalah pun masih Datok. Cuma jaga ahli UMNO saja bukan kena jaga RAKYAT yg ramai. TAPI BUKAN SEMUA. Datok Najib SEDARLAH.......

Anonymous said...

Sebenarnya Kedah ketandusan pemimpin pelapis. Yang dok ada sekarang ni dok jaga pungkur dan perut masing masing saja.Tak reti nak meletupkan isu.Dok jaga kerusi Ketua Bahagian saja.Pemimpin yang berpengalaman depa tak peduli. Rasa cukup terror.Yang muda tak cukup ilmu politik.

Mc jangan dok harap bantuan. Jenis ni makan tak kenyang ni.....

Anonymous said...

Sabar MC...syukur kerana Mc dan rakan2 saling bantu. UMNO Kedah ni tonggong...baik si Bashah maupun si Mahadzir Khalid maupun Johari Baharom tu...kaki bodek.

Harap PRU 13 ni tiada nama depa dlm senarai calon,klau ada sure kalah. Kami benci sungguh tgk muka depa pun....tau dok buat duit dan perabih duit je....

Anonymous said...

Kepada MC dan Pisau Kedah serta rakan perjuangan Team Media Kedah perjuangan anda adalah satu perjuangan yang murni,,kami tetap menyokong anda semua di TMK..Di Harapkan UMNO Negeri sedar kesilapan mereka,,jangan hanya suka ambil kesempatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog