pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 26, 2012

Panas!! al Kisah Kampung Jalan Kebun,patut kena baca

Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Izinkan kami di sel13.com menerangkan kepada anda apa yang sebenarnya berlaku dan punca kepada masalah tersebut.

Kampung Jalan Kebun Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang.Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu.

Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa ‘hidup’ dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.Majlis Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR.Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.Punca Pergaduhan

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.


Ulasan Peristiwa


Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif.Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret

hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.

Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut. Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.

Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.

Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.

Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis.Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ? Itulah sebabnya penting kebenaran atau permit dari polis sebelum sesuatu program dianjurkan. Tidak lain tidak bukan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Sel13.com


Published with Blogger-droid v2.0.2

3 comments:

Fauzi Hamid said...

ok dah link''terima kasih

Anonymous said...

Syabas orang Melayu Jalan Kebun ..

Selama ini buka dan ruas tidak pernah bertemu ..

Sejak tahun 1998 mereka berlagak terlampau lampau .. waktu itu mereka tgh ramai dan tengah panas ..

Hari ini baru mereka tahu tingginya langit dan rendahnya bumi ..

Saya mengharapkan bukan sahaja di Jalan Kebun tetapi seluruh kawasan dan kampung perlu ada sekumpulan pemuda yang berani tampil ke depan untuk mempertahankan ugama, bangsa dan tanah air dari kumpulan yang sukakan huru hara ini ..

Kalau selama ini sikap 'lembut' kita dianggap pengecut, sudah sampai masanya mereka lihat 'semangat' melayu ..

Mereka yang kurang ajar perlu diajar sebelum negara menjadi huruhara dengan hasutan dan tindakan mereka yang melampau ..

Perlu ada task force sebagai barisan depan di kalangan anak anak melayu yang cintakan keamanan dan kedamaian untuk berhadapan dengan golongan perosak yang tidak tahu bersyukur !!!

Dot said...

jgnlah bersikap melampau dlm apa jua keadaan. sbb tu la kita perlukan semangat muhibbah & kerjasama yg berterusan krn ini sj jalan utk keharmonian terpelihara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog