pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 25, 2012

Panas!!! Dato Latt Shariman buat hal lagi di Kedah

RM100 RIBU BANTUAN BUAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDZAH

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000.00 untuk SABK An Nadhzah Bukit Besar, Kota Sarang Semut yang mengalami kebakaran asrama melalui Dato' Latt Shariman Abdullah,Tindakan pantas Dato' Latt menghubungi YAB Perdana Menteri yang menjadi pembuka RM100K untuk pihak sekolah.


Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada pukul 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah Adnan Osman berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu setelah seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar katil, tilam serta buku-buku sekolah sahaja," katanya.

Katanya blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Abdul Muin Ayob, yang mengetuai operasi memadam kebakaran, berkata bomba menerima panggilan pada pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah membaik pulih asrama itu. – Bernama


Sumber :- Team Media Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog