pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 12, 2012

Terkancing Gigi Hadi nak jawap ni!!!

Berita ni cukup mengembirakan Mat Sabu,,kalau dia baca berita ni mesti dia kata betul punya,,dan akui Utusan Malaysia telah sampaikan cerita yang sebenar,,,sambil tersenyum sampai ke telinga la,,dalam hati Mat Sabu,,Mungkin ada la peluang Mat Sabu jadi Tok Ketua PAS,,jadi mudah la sikit DAP nak pencacikan PAS lebih teruk lagi


Abdul Hadi juga patut dipecat?

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azram.rahim@utusan.com

KOTA BHARU 11 Jan. - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan

pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk

kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul

Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut

dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12

lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan

itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain

dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya

adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu

dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz

sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul

Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut

kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada

pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi

pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan

kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama

Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu

yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada

negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang

rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap

beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901

kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga

Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan

perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan

mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut

dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan

dipecat.

"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz

buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

4 comments:

fikirkan.. said...

Berita ni cukup mengembirakan Mat Sabu,,kalau dia baca berita ni mesti dia kata betul punya,,dan akui Utusan Malaysia telah sampaikan cerita yang sebenar,,,sambil tersenyum sampai ke telinga la,,dalam hati Mat Sabu,,Mungkin ada la peluang Mat Sabu jadi Tok Ketua PAS,,jadi mudah la sikit DAP nak pencacikan PAS lebih teruk lagi

ayat diatas ni berunsurkan fitnah..klau yg mengeluarkan statement ni belajar ilmu agama, dia mesti tau hukum org memfitnah...

Anonymous said...

tulisan di atas tak menunjukan fitnah ianya satu gurau senda,,kami baca kami boleh faham,,kami tak anggap ianya fitnah,,


ooo,,,yang tertulis dalam haramkah tak ada fitnah la?


komen anda berbaur politik,,,

Fauzi Hamid said...

komen puak-puak pakatan haram ni komen yang menguntungkan depa,,yang puak-puak pakatan haram edit gambar letak najib semacam menyebah pope yang pegang salib tu,puak pakatan dok edar apa kes?last-last terkantoi,,ayat penulisan di atas sekali tu pisau kedah boleh kenal la siapa dia,,,ayat yang sama selalu di gunakan dalam fb

sokongkerajaanBN said...

fikirkan oo cik fikirkan..

nampak benor hang tu x berfikir,x bole beza fitnah dan gurauan..haramkah daily,malaysia insider,malaysiakini semua buat fitnah hang x pikiaq ka no?mmg hang sah dh minum air ketum pope khalid samad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog