pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, January 29, 2012

Panas!!! Lakonan terkini Hadi Awang nak test market

Hadi Tawar Diri Tidak Bertanding


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan

bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.


Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang

disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu

bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh

bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.


Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila,Marang, di sini.


“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh

membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.


Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri,

Tun Dr Mahathir Mohamad.“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.


“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil

Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya -sinar


Pisau Kedah:-


Hadi Awang bawa keluar kenyataan tawar diri tak mau bertanding,?? Boleh percaya ka kat hadi awang ni??,kalau di nilaikan dengan keadaan politik la ni,,saja aja Hadi Awang bawa keluaq kenyataan macam tu,,nak "Test Market" katakan,nak tengok sama ada dia masih laku ka atau pun tidak lagi dalam PAS setelah ikut telunjuk Azmin Ali untuk pecat Hasan Ali,


Kerana isu Hasan Ali lah berduyun-duyun ahli PAS  keluaq dari parti,untuk berpatah balik dah terlambat kerana semua orang dah tahu kes Hasan Ali di pecat oleh sebab desakan Azmin Ali,


Jadi untuk menarik perhatian kembali Ahli PAS yang masih lagi tertanya-tanya tentang isu Hasan Ali,Hadi Awang telah membuat satu lakonan pengemis politik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Test punkok said...

Lagi lama lagi baguih. Tengok sapa menang dia ka Nik Aziz.

Agak2 lah Mat Shabu kot akan pecah rekod depa ni.

Kit Siang dengan Karpal tak mau test market juga kah. Depa ni pun boleh masuk race jugak. Maklumlah dari boleh dok jalan sampai guna kerusi roda pun tak sedaq ke diri.

penyokongketuanan said...

Dia tak sebut tapi dia kata sekarang dah tak ada kuasa lagi dalam parti. Ada golongan lain yang lebih berkuasa menentukan arah tuju parti. Mana ada presiden parti yang tak boleh tentukan dimana dia bertanding. Maknanya dia menyerahkan kepada golongan yang lebih berkuasa dalam parti untuk buat apa-apa keputusan. Dia dah merajuk dengan parti dan kalau boleh ingin meninggalkannya. Tapi dia tidak mahu dituduh menikam parti dari belakang. Ini bukan lakonan, tapi sandiwara. ha ha ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog