pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, January 28, 2012

MB Kedah serba tak tahu,,

Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.


"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik,

iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim," katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini Khamis.


Katanya tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.


Beliau berkata Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.


"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik," katanya.

Kata Mukhriz beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas sebab-sebab berlakunya kemerosotan itu tetapi akan meningkatkan daya tarikan Kedah sebagai destinasi pelaburan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing.


"Kita kena faham negeri-negeri lain yang selalu lebih berjaya daripada Kedah dalam menarik pelaburan adalah negeri-negeri yang mempunyai prasarana yang cukup iaitu dari segi lebuh raya,pelabuhan, lapangan terbang dan juga kemudahan lain seperti kemudahan institusi pengajian tinggi yang akan memudahkan syarikat-syarikat perkilangan tersebut."


"Sebab itulah negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang selalu mendapat kedudukan yang tinggi," katanya.


Untuk 2011, Mukhriz berkata Sarawak berada pada kedudukan teratas kerana pembukaan kawasan industri baru yang melibatkan pelaburan yang agak besar dan ada juga yang memerlukan tenaga elektrik dari sumber-sumber seperti projek Bakun.


Pada 2010, Sarawak berada pada kedudukan keempat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog