pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, January 21, 2012

Panas!! Karpal di Tuduh Menghasut ???

Karpal Singh di arahkan membela diri terhadap isu menghasut,dan di bicara Di Bawah Akta Hasutan 1948


PUTRAJAYA 20 Jan. – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Pengerusi DAP, Karpal Singh membela diri terhadap tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.
Dengan ketetapan tersebut, mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tanpa dipanggil membela diri.
Panel berkenaan memerintahkan kes itu disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Februari depan bagi menetapkan tarikh perbicaraan. Kes diarah didengar di hadapan hakim yang sama.
Peguam terkemuka itu dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara 12 dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.
Hakim Ahmad (kini hakim Mahkamah Persekutuan) ketika membacakan penghakiman bertulisnya berpendapat, Karpal wajar dipanggil membela diri selepas panel itu berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Pada hemat beliau, perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.
Ujar Hakim Ahmad, ini kerana ia cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan.
Beliau berpendapat, perbuatan Karpal itu telah melepasi batas-batas peradaban di antara rakyat dan raja berperlembagaan yang membawa maksud bahawa Sultan Perak boleh diberi ‘kata dua’ atau pernyataan tegas.
Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati dengan penghujahan pihak pendakwaan bahawa Karpal telah mempersoalkan hak mutlak dan bidang kuasa Sultan Perak, yang mana ia termasuk di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948.
‘‘Kami menyedari bahawa Karpal merupakan peguam termasyhur dan kerap menghujahkan isu-isu perlembagaan tetapi hak dan kebebasan bersuara itu tidak mutlak,’’ ujar beliau ketika membacakan penghakiman bertulisnya selama hampir dua setengah jam.
Hakim Ahmad selanjutnya menyatakan, keterangan tiga saksi pendakwaan yang disokong pula oleh rakaman ketika sidang akhbar sudah memadai untuk menunjukkan bahawa Karpal mengeluarkan perkataan-perkataan sedemikian.
Beliau turut mempersoalkan apa kesannya pernyataan-pernyataan itu terhadap fikiran rakyat yang diucapkan berulang-ulang kali pada sidang akhbar di pejabat peguam tersebut yang mana niatnya agar disiarkan oleh media.
Ujarnya, selepas meneliti pernyataan-pernyataan itu dalam konteksnya dan setelah melihatnya dalam latitud sebagaimana yang diucapkan, mahkamah membenarkan rayuan pendakwa raya selepas berpuas hati bahawa kenyataan tersebut melepasi garis panduan yang dibenarkan undang-undang.
Sehubungan itu, panel tersebut berpendapat, hakim bicara terkhilaf ketika melepas dan membebaskan Karpal kerana beliau mungkin tidak jelas dengan apa yang dicari ketika mendengar kes tersebut.
Hakim Azman Abdullah melepas dan membebaskan Karpal selepas mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Karpal pada sidang akhbar itu termaktub di bawah pengecualian Seksyen 3(2)(a) Akta Hasutan.
Hakim bicara menyatakan, pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati yang diperlukan iaitu kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal menimbulkan kecenderungan menghina, membenci atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Raja.
Sementara itu, Karpal ketika ditemui pemberita sejurus keputusan diumumkan menyatakan, pihaknya menimbang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan agar isu-isu yang dibangkitkan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.
“Walaupun saya tidak menyangka penghakiman bertulisnya sepanjang itu, ia bagus kerana penghakiman tersebut meliputi segenap segi. Namun, penghakiman yang panjang tidak semestinya baik,’’ ujar beliau.
Karpal diwakili oleh peguam-peguam Jagdeep Singh, Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Sangeet Kaur dan S. Ramesh manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Noorin Badaruddin dan Najib Zakaria.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.


Sumber :- Utusan Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog