pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, January 16, 2012

PAS mempertahankan anak ikan Anu Gay,,tapi tidak untuk Mahasiswa KUIN.......

Bila PAS bermain isu AUKU,,mereka juga telah terlupa berkenaan isu KUIN,,di mana pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah langsung tidak masuk campur dalam permasalahan mahasiswa KUIN di gantung awal tahun lepas,,


Namun apabila Adam Adli yang begitu biadap,dan cuba mencetus huru hara,di gantung pengajian,,puak-puak PAS jadi meroyan mempertahankan dia,,mempertikai akta AUKU,,dasyat sungguh puak-puak PAS ni,,sangup menjadi pencacai Anu Gay untuk menjaga anak ikan Anu Gay,,PAS ni memang dah tak ada maruah dah menjadi pencacai murahan!!


berita mengenai Mahasiswa yang di gantung


KUALA LUMPUR, 27 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.

“Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.

“Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu,” tambahnya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu

dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki

membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab

Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof,

digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz. “Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.“Saya juga merayu agar pihak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dengan pelajar," gesa Nasruddin.

Sebelum daripada itu, pada 1 April lalu, sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang akan diguna untuk pembangnan Sekolah Insan Bestari tersebut.

Rentetan itu, Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran, Muhammad Idrus Ismail didakwa telah dilucutkan jawatan kerana turut terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Selain itu, mereka kemudiannya mengadakan sepaker corner bagi menjelaskan perkara itu namun dihalang pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum ‘selamatkan idealisme mahasiswa' kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil. Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga bercadang untuk membawa isu tersebut ke Muktamar PAS Ke-57 pada 4 dan 5 Jun ini, untuk dibahaskan oleh para perwakilan.Cadangan tersebut dibuat dengan membawanya menerusi perwakilan untuk membolehkan para pemimpin PAS campurtangan bagi menyelesaikan isu itu yang kini telah menjadi semakin rumit.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab menjelaskan, dengan memboawa isu tersebut ke muktamar, pihaknya berharap agar ia akan menjadi salah satu isu utama untuk dibahaskan bagi membolehkan semua pihak mendapatkan penjelasan mengenainya.

Menurut beliau, lanjutan dari itu, ia diharap akan membawa kepada satu penyelesaian yang baik terhadap isu tersebut, setelah ia menuju kepada kemuncak tindakan, dengan tindakan tatatertib yang membawa kepada penggantungan pengajian ke atas 6 orang pelajar KUIN - Harakahdaily


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog