pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 4, 2012

Dr MiM membongkar penipuan fitnah cybertrooper & blogger Pakatan Haram


Al-Ruwaibidoh adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Parasahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih






DR MiM Seorang Doktor maka pendedahan ini lebih tepat dari Blogger dan Cybertrooper Pakatan Haram


"Sekiranya sesorang yang bercakap bukan dalam bidangnya,maka tunggulah saat kehancurannya"






1. Pelbagai versi telah kita dengar, Daripada nazak ke koma, patah tulang pipi ke patah tulang rusuk ke patah gigi geraham. Jika anda tidak hati-hati, anda mungkin boleh percaya.

2. Kita menunggu laporan perubatan yang sahih tentang kecederaan Safwan Anang dan juga Amar Rasyidi yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

3. Facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah menyebarkan foto Amar Rasyidi di bawah sebagai 'bukti dibelasah dan dipukul sehingga tenat'.

4. Apabila MiM teliti foto di bawah, terdapat unsur-unsur pembohongan yang cuba diputarbelitkan oleh jentera pro-pembangkang.

5. Bagi orang biasa, mereka mungkin boleh tertipu dengan propaganda tersebut tetapi bukan semua.

6. Sebagai seorang doktor perubatan, MiM ingin terangkan bahawa luka atau laceration yang telah dijahit itu merupakan luka yang lurus dan bersih.

7. Dan hanya satu cara sahaja luka itu dihasilkan iaitu sesuatu yang tajam seperti pisau atau kaca.


8. Dan kita pun tahu bahawa terdapat insiden di mana perusuh telah merempuh pintu kaca klinik yang berhampiran.

9. MiM lebih percaya jika perusuh haram ini tercedera dek gelas yang pecah itu daripada dakwaan 'disepak terajang oleh pihak polis' 

10. Gengaman tangan atau lutut tidak mungkin menghasilkan luka yang lurus dan licin seperti di atas! Ia akan hanya menghasilkan blunt trauma.

11. Selain daripada itu, beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang melaporkan kecederaan Safwan Anang yang berlainan versi BACA SINI danberkemungkinan besar menokok tambah cerita untuk menimbulkan rasa marah pembaca.

12. Selain daripada aksi berkerusi roda di Balai Polis Dang Wangi, foto di bawah adalah contoh kecederaan perusuh haram itu yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

13. Yang kelihatan ialah sedikit abrasion di bahagian dalam bibir beliau. Itu sahaja?

14. Secara logiknya, jika anda dibelasah dan diterajang oleh sekumpulan orang, apakah anda akan luka sedikit sahaja di bahagian bibir?

15. Sudah tentu tidak! Anda akan dapat cop lebam hasil daripada tumbukan atau terajang.

16. So, bagaimana boleh luka di dalam bibir sahaja tanpa lebam, abrasion atau laceration di kawasan luar bibir ? Sudah tentu tidak masuk akal.

17. Yang logiknya ialah si perusuh haram itu tergigit bibirnya mungkin semasa terjatuh atau terhantuk.

18. Ditumbuk? Tiada lebam yang signifikan di muka Safwan Anang!

19. MiM tidak dapat melaporkan kecederaan yang lain kerana tiada foto lain. Tetapi lumrahnya, sesiapa pun akan menunjukkan kecederaan yang paling teruk kepada umum untuk mendapat simpati.

20. Maka MiM anggap yang di atas adalah yang 'paling teruk'. Bodohlah jika kedua-dua perusuh haram itu tidak menunjukkan kecederaan tersebut, jika ada.

21.. Dua foto di atas jelas menunjukkan bahawa facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah sengaja menokok tambah kecederaan Safwan Anang dan Amar Rasyidi
 semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik pihak polis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog